Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada pagi 12hb Mac 2014 team Denaihati telah dijemput untuk menghadiri majlis pengumuman dan penyampaian hadiah Contest Video Funderful oleh pihak Yeo’s Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca contest video Funderful adalah permulaan kerjasama antara Denaihati Network dengan Yeo’s Malaysia sehingga membawa kepada penajaan Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014. Terima kasih kepada team Yeo’s Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kami.
Majlis penyampaian hadiah Contest Video Funderful diadakan di Auditorium Tingkat 4, The Summit Subang Jaya. Contest ini telah menerima banyak penyertaan, namun hanya 72 Video yang layak ke peringkat akhir.
Tema dan mesej yang diambil kira dalam contest ini adalah dengan mesej ‘fun‘ dan ‘wonderful‘. Memang banyak video-video menarik yang telah dihantar sebagai penyertaan. Kreativiti orang-orang Malaysia dalam bidang pembikinan video pendek ini memang di tahap yang bagus. Sekiranya anda belum pernah menonton video-video yang dipertandingkan, boleh ke Halaman YouTube Yeo’s Malaysia.
Contest ini telah dihakimi oleh barisan pakar iaitu Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Encik Ong Chay Seng, pengarah filem terknal, Encik Osman Ali dan Encik Dick Chua yang merupakan seorang pengarah yang berbakat.
Contest ini merupakan contest yang pertama kali diadakan oleh pihak Yeo’s Malaysia menggunakan platform media social. Yeo’s ingin memberi inspirasi kepada individu, keluarga dan komuniti untuk melihat perkara yang positif dalam kehidupan dan menyerikannya dengan gelak ketawa dan keceriaan.
Senarai Pemenang Contest Funderful Video Yeo’s
Terdapat 10 pemenang saguhati yang membawa pulang wang tunai RM1000 dan trofi. Tahniah kepada rakan blogger kita abang BoniKacak dan team beliau Penyamun Inc. yang telah terpilih sebagai top 15 dan memenangi hadiah saguhati. 3 hadiah tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, tempat kedua RM5000 dan tempat pertama membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.
Berikut adalah senarai pemenang Contest Video Funderful anjuran Yeo’s Malaysia. Boleh klik pada link untuk tengok video yang dihasilkan oleh mereka.
TEMPAT PERTAMA :
Achievement (DanKhoo Productions)
TEMPAT KEDUA :
Funderful (Muhamad Asyraf)
TEMPAT KETIGA :
Always Remember (Tee Keh Ping)
Soya King (Gan Teck Chee)
Missing Soya (Toh Pei Yeon)
HADIAH SAGUHATI :
What Does the fox says?
Funderful Land
The little Funderful Wushu Master
A Funderful Romance
What’s the Magic Words?
A Funderful Way To Start Your Day
Super Yeo’s
Rasa Dapat Dinikmati Bila Bila Masa
Soy Vampire
Goal
VIDEO PALING BANYAK DITONTON :
The Moment
Semua pemenang juga menerima produk Yeo’s Malaysia selain hadiah wang tunai dan trofi tadi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga para peserta akan dapat menghasilkan lebih banyak video-video berkualiti seperti dalam contest ini untuk tujuan lain pula.
Sejak penghujung tahun lepas, kita dapat lihat Yeo’s Malaysia bersungguh-sungguh untuk bersama-sama penggiat media social tanahair melakukan pelbagai aktiviti seperti Contest Funderful Video, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 dan terbaru mulai 13hb contest bernilai RM500,000 yang melibatkan penggunaan aplikasi WeChat.
Semoga usaha Yeo’s Malaysia ini untuk bergiat aktif dalam bidang media sosial ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk follow rangkaian media social Yeo’s Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.
51 Comments
Wow, Dan Khoo menang! Yay!
Wilson
Curahan rasa Wilson Ng @ ..Ipoh White Coffee Sin Yoon Loong Coffee Shop
tahniah untuk para pemenang dan ia memang mengujakan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Percutian Di Negeri Bawah Bayu 2014 (1)
Tertarik dengan pemenang pertama dengan yang kedua. Video memang menarik.
Curahan rasa Bahrain @ ..Konsert Liar FMFA14 Mengundang Bala
tahniah pada yang menang tu!
Curahan rasa titan @ ..Strategi Membina List yang Responsif.
sukalah diorang dapat menang..
bilalah nak menang juga
Curahan rasa zool @ ..Tips Asas Penjagaan Kereta
Tahniah buat semua pemenang.. Tahniah Yeos.. Tahniah Denaihati.. Hehe
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Bantu Kesuburan: ESP Shaklee Alternatif Kepada Clomid?
Paling best pic bawah sekali tu, happening 🙂
Apapun tahniah buat semua pemenang 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Sepetang Bersama Blogger di Saloma Bistro
Tahniah untuk semua Pemenang, Penaja dan seluruh Team Denaihati
Curahan rasa munir ardi @ ..A Sample of English Speech on Teacher’s Day
Assalamualaikum Tuan Denai Hati
Tahniah kepada pemenang.
Video mereka ini memang terbaik dari segi jalan ceritanya.
Macam ‘filem pendek”
Curahan rasa Mohd Azrin Abu Bakar @ ..Lagi Faktor Prestasi Manchester United Junam Teruk
Seronoknya..tahniah kepada yang berjaya
Curahan rasa faizal @ ..5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
Wah tahniah pada semua pemenang..
Curahan rasa sabun hilangkan jerawat muka @ ..Hello world!
Video yang simple tapi sangat deep.
Curahan rasa profhariz @ ..Blog Kurus, Cerita Diet Plan Mesti Badan Sado?
tahniah kepada yang menang..
Curahan rasa hafiz @ ..Terima hadiah dari IntanBerlian
Sudah 2 hari masuk contest Yeos 80 days drink to cash. Harap ada rezeki menang RM3000. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Gaya rambut Pompadour dengan Shiner Gold Pomade
Tahniah kepada semua yang menang
Curahan rasa GreenLava @ ..How To Outrank Your Competitors In 3 Simple Steps
Comments are closed.