Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pada minggu yang lalu, program daya eUsahawan telah diadakan dan pelancaran eU@Marketplace juga telah diselesaikan oleh Perdana Menteri kita.
Sejumlah 3000 usahawan telah menyertai program itu, dan kami berpeluang untuk bertemu beberapa usahawan mikro yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka selepas menghadiri latihan eUsahawan yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Mahasiswi pengajian Usuluddin menjana ribunan ringgit sebulan
Saudari Anis yang merupakan mahasiswi pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (hadis) di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangar; yang baru berumur 22 tahun ini mula menjalankan perniagaan pada awal tahun ini, tidak sampai setahun lagi beliau mengusahakan perniagaan jamu susuk dara. Pada bulan julai, beliau telah menghadiri program latihan eUsahawan di Kampar, Perak.
Selepas daripada sesi latihan itu, beliau telah menumpukan sepenuh usaha semasa cuti semester beliau dan berjaya menambah pendapatan daripada RM800-900 sebulan kepada lebih RM4000 sebulan. Ini merupakan pencapaian yang cukup membanggakan terutama untuk mahasiswi seperti beliau.
Semasa di luar cuti semester, jualan beliau dapat diperolehi sekitar RM1000-2000 sebulan, ini disebabkan tumpuan kepada kelas dan aktiviti universiti menyebabkan Anis perlu membahagikan masa untuk perniagaan dan pelajaran.
Tujuan berniaga ingin membantu masalah dalaman wanita
Tujuan utama Anis menjalankan perniagaan ini ialah untuk membantu para wanita yang mengalami masalah dalaman dengan mengamalkan produk jamu susuk dara yang beliau pasarkan. Selain memasarkan produk, Anis turut memberi konsultasi kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan bantuan.
Ilmu dan pengalaman memasarkan produk ini memberikan Anis peluang untuk mempelajari selok belok dan masalah pelanggan seterusnya memberikan beliau kelebihan dalam pelbagai sudut.
Setakat ini, Anis juga telah membantu ejen-ejen di bawah kelolaan beliau yang sudah mencecah 20 orang untuk menjana pendapatan melalui jualan produk jamu susuk dara secara online. Alhamdulillah setakat ini, Anis dan ejen-ejen dalam kumpulan beliau, berjaya menambah pendapatan bulanan dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.
eUsahawan sebagai platform dan jambatan ilmu
Pesanan saudari Anis kepada semua anak muda di luar sana, ambillah peluang yang disediakan oleh pihak MDEC dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas bimbingan dan latihan dalam program eUsahawan ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari, terutama selok belok pemasaran online.
Selain itu, Anis juga melihat bagaimana beliau akan terus berusaha dalam bidang yang diminati iaitu pengajian Usuluddin dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan jamu susuk dara ini sebagai aktiviti sampingan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga cita-cita saudari Anis tercapai.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Jamu Susuk Dara daripada Anis, bolehlah ke halaman Instagram JSD Jelita Beauty atau halaman Facebook JSD Jelita Beauty
28 Comments
Patut menjadi ikon belia. Pogram seperti ini harus diteruskan supaya anak muda tidak mengeluh lg dan termakan janji-janji org2 politik yg berkepentingan sendiri
Curahan rasa Encik Ketam @ ..Microsoft 3D Paint Windows Insider Preview
Macam – macam cara nak buat duit sekarang. Rajinkan asah skill supaya kita dapat ke depan.
Curahan rasa rahimah @ ..Apa Dia Frostbite Dan Cara Mengelakkan Terkena Gangrene
Seronok tengok muda-muda lagi dah ada semangat keusahawanan yang tinggi. Moga lebih ramai dapat ikut jejak langkahnya. 😉
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman Buang Cyst Semasa Hamil Di Negara Orang | Endometriosis
Senang sekali melihat anak muda meraih prestasi dibidang bisnis dan sukses…
Karena tak mudah enjalankan bisnis ditengah tuntukan lingkungan yang sebagian besar tidak mendukung akan aktifitas bisnis…
Kisah Inspiratif, semoga semakin banyak anak muda yang mengikuti jejak keberhasilannya…
Saya selalu setia mengikuti update Denaihati, karena selalu memberikan inspirasi dan berguna bangi banya pihak…
Salam Iyank Muhtar, Bandung, Indonesia
Curahan rasa Muhtar Celana Pendek Pria @ ..Grosir Celana Jeans Murah Bandung SMS : 089672143303
Tahniah Anis.
Setiap yang kita buat kena bersungguh dan pastinya akan berjaya.
Program ni mesti best sampai Anis boleh naik cepat.
Nice Anis. Dah macam fulltime income tu. Maybe sbb byk agen tu
Syabas! Syabas!
Tulah… Income part time pun dah macam income full time… Tumpang Rasa kagum sekejap…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Semoga semakin ramai rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan income 5 angka seperti beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Supaya dapat kurangkan kebergantungan rakyat Malaysia kepada subsidi yang disediakan oleh pihak kerajaan….
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Tahniah usahawan malaysia..semoga malaysia dapat lahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya..
Curahan rasa harnani_dini @ ..BIJI LABU BAGUS UNTUK KESIHATAN
senang cerita sape sape je boleh berjaya kembangkan bisnes kalau rajin cedok ilmu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Fantastic Beast And Where To Find Them
Saya setuju sangat-sangat dengan kenyataan ini… Zaman sekarang ni tinggal rajin atau tak jer..
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Siapa yang rajin berusaha dah belajar teknik-teknik yang dipraktikkan oleh orang yang berjaya… In Shaa Allah, kita pun boleh berjaya seperti mereka..
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
dah dapat guidance yang betul dan juga minat untuk menambahkan pendapatan, memang boleh berjaya. diharapkan ramai lagi anak muda dapat mencontohi beliau hendaknya
Curahan rasa reezluv @ ..Jam Tangan Boy London Menggamit Memori
selamat yaa yang dapet tunjangaan, semoga berkah dan makin jaya
Tahniah kepada usahawan dan kerajaan Malaysia. Satu program yang bagus membangunkan usahawan-usahawan di Malaysia.
wah muda-muda dah berjaya ni. boleh jadi contoh / idola kepada anak muda lain.
Curahan rasa JMR @ ..3 Tempat Makan Sedap Wajib Singgah di Ipoh.
tahniah anis atas kejayaan, menjadi inspirasi semua orang terutama golongan muda
Curahan rasa raihanah @ ..Cara Tingkatkan Kesihatan Minda / Otak
Ramai pengedar Jamu Susuk Dara, tapi Anis ini lebih menyerlah dengan strategi bisnesnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Sama juga dengan affiliate tim infokerjaya.. dalam banyak2 program affiliate yang saya join, program affiliate infokerjaya yg paling best sekali..
Curahan rasa anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Sebab ejen affiliate yang ramai dan mempunyai daya saing yang cukup tinggi..
Curahan rasa anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Kemudian wujud interaksi dua hala yang aktif diantara pemilik produk dan ejen affiliate..
Curahan rasa anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Tahniah Anis di atas kejayaan sebagai seorang usahawan… tenyata program eusahawan dapat membantu ramai uasahawan..
Curahan rasa anuar @ ..Makan Buffet DI JPH PSIS pada harga yang cukup murah
Comments are closed.