Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

pada minggu yang lalu, program daya eUsahawan telah diadakan dan pelancaran eU@Marketplace juga telah diselesaikan oleh Perdana Menteri kita.

Sejumlah 3000 usahawan telah menyertai program itu, dan kami berpeluang untuk bertemu beberapa usahawan mikro yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka selepas menghadiri latihan eUsahawan yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Anis mahasiswi berumur 22 tahun

Mahasiswi pengajian Usuluddin menjana ribunan ringgit sebulan

Saudari Anis yang merupakan mahasiswi pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (hadis) di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangar; yang baru berumur 22 tahun ini mula menjalankan perniagaan pada awal tahun ini, tidak sampai setahun lagi beliau mengusahakan perniagaan jamu susuk dara. Pada bulan julai, beliau telah menghadiri program latihan eUsahawan di Kampar, Perak.

Selepas daripada sesi latihan itu, beliau telah menumpukan sepenuh usaha semasa cuti semester beliau dan berjaya menambah pendapatan daripada RM800-900 sebulan kepada lebih RM4000 sebulan. Ini merupakan pencapaian yang cukup membanggakan terutama untuk mahasiswi seperti beliau.

Semasa di luar cuti semester, jualan beliau dapat diperolehi sekitar RM1000-2000 sebulan, ini disebabkan tumpuan kepada kelas dan aktiviti universiti menyebabkan Anis perlu membahagikan masa untuk perniagaan dan pelajaran.

Anis bersama produk yang dipasarkan

Tujuan berniaga ingin membantu masalah dalaman wanita

Tujuan utama Anis menjalankan perniagaan ini ialah untuk membantu para wanita yang mengalami masalah dalaman dengan mengamalkan produk jamu susuk dara yang beliau pasarkan. Selain memasarkan produk, Anis turut memberi konsultasi kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan bantuan.

Ilmu dan pengalaman memasarkan produk ini memberikan Anis peluang untuk mempelajari selok belok dan masalah pelanggan seterusnya memberikan beliau kelebihan dalam pelbagai sudut.

Setakat ini, Anis juga telah membantu ejen-ejen di bawah kelolaan beliau yang sudah mencecah 20 orang untuk menjana pendapatan melalui jualan produk jamu susuk dara secara online. Alhamdulillah setakat ini, Anis dan ejen-ejen dalam kumpulan beliau, berjaya menambah pendapatan bulanan dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.

eUsahawan pemangkin ekonomi digital

eUsahawan sebagai platform dan jambatan ilmu

Pesanan saudari Anis kepada semua anak muda di luar sana, ambillah peluang yang disediakan oleh pihak MDEC dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas bimbingan dan latihan dalam program eUsahawan ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari, terutama selok belok pemasaran online.

Selain itu, Anis juga melihat bagaimana beliau akan terus berusaha dalam bidang yang diminati iaitu pengajian Usuluddin dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan jamu susuk dara ini sebagai aktiviti sampingan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga cita-cita saudari Anis tercapai.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Jamu Susuk Dara daripada Anis, bolehlah ke halaman Instagram JSD Jelita Beauty atau halaman Facebook JSD Jelita Beauty


Spread the love

28 Comments

  1. e usahawan merupakan platform bisnis yang luar biasa menurut saya …. mampu mencetak orang – orang yang sukses didalamnya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!