Maharaja Lawak 2011 pilihan denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya samada aku tengok tak Maharaja Lawak dan siapa pilihan hati. Sudah pasti aku layan program Maharaja Lawak produksi ASTRO tapi tak lah sampai kirim SMS. Ada yang kita boleh belajar dari program Maharaja Lawak ini iaitu minda kreatif dan daya tahan mengharungi pertandingan yang lama.

Lihat sahaja JAMBU yang dari awal merupakan antara kumpulan yang menjadi sebutan untuk menjadi johan tetapi di penghujung semakin hilang sengatnya, jenakanya semakin tidak menjadi mana silapnya adakah sudah kekeringan idea kreatif. JOZAN pada awal persembahan dikritik hebat tetapi mampu bangkit memberi kelainan. SEPAH pula pandai membina identiti dengan jenaka syarat dengan budaya Melayu. Paling mencabar adalah NABIL yang bergerak solo cuba menarik perhatian dengan berbagai idea yang mencuit hati.

Nampak mudah tetapi cuba kita sendiri yang mengharungi pertandingan ini pasti kering idea untuk membuat persembahan baru yang berbeza setiap minggu. Kenapa tidak kita belajar dari program Maharaja Lawak 2011 ini untuk kita menjadi manusi yang berjiwa kreatif dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi untuk mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Dalam dunia IT yang pantas kita mesti menjadi sebagaimana peserta Maharaja Lawak akhir yang mindanya sentiasa bergerak mencari idea yang kreatif kerana kalau tidak pasti kita akan ditinggalkan oleh kemajuan yang tidak pernah menoleh ke belakang.

Antara Maharaja Lawak SEPAH, JOZAN, NABIL dan JAMBU siapalah favorite johan Maharaja Lawak 2011 anda? Agak-agak siapa pulak Maharaja lawak pilihan denaihati?

Tahniah kepada SEPAH yang menjadi pemenang Maharaja Lawak 2011. Memang jadi favorite 1Malaysia ni dan layak jadi juara Maharaja Lawak pertama.


Spread the love

71 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!