Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun yang lalu sahabat baik saya Prof Madya Dr. Shamsul Bahari dan isterinya Pn. Zayda Kassim yang juga rakan sekolah aku ketika belajar di Sekolah Men Sains Johor datang ziarah ke rumah. Baru aku tahu rupanya sahabat aku ini pakar madu tapi bukanlah kisah madu tiga seperti cerita P. Ramlee. Di rumah kami memang tak pernah tak ada stok madu kan makanan sunnah dan disebut dalam Surah An Nahl jadi kalau kita tak amalkan siapa lagi.
Kami perbincangan kisah kehebatan 1001 khasiat madu lebah dan khasiat madu lebah kelulut sehingga peluang bisnis yang sangat besar di Malaysia kerana permintaan melebihi penawaran. Bila bercerita kisah madu pasti isu keaslian menjadi topik hangat kerana dalam pasaran terlalu banyak madu sintetik atau pun madu tiruan yang kelihatan seperti madu asli tetapi sangat bahaya kepada kesihatan. Peniaga mafia hanya mementingkan keuntungan kerana mereka tahu permintaa madu sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia terutama apabila dikaitan dengan makanan sunnah.
Dari perbincangan tersebut maka terkeluarlah idea kenapa tidak aku ternak lebah kelulut di rumah jadi sudah pasti dapat madu lebah kelulut yang asli. Terima kasih kepada sahabat ku Mesol yang bagi idea sangat bernas. Nak minta bantuan daripada Dr. Shamsul agak susah sebab beliau menetap di Kuala Terengganu jadi aku tanya kawan-kawan di Lembah Klang yang boleh membantu. Alhamdulillah rupanya ada seorang bapa pelajar Madrasah Tahfiz An Nur, Tuan Sazali memang pakar tentang lebah kelulut dan tinggal tak jauh di Hulu Langat. Terima kasih kepada Tuan Sazali yang bersusah payah menghantar dan memasang sarang lebah kelulut di malam hari.
Hasil daripada idea bernas ini sekarang bukan sahaja aku sudah ada tiga sarang lebah kelulut sendiri malahan Madrasah Tahfiz An nur juga sudah ada lebih daripada 50 sarang lebah kelulut untuk menjana pendapatan madrasah. Alhamdulillah adik aku di Bandar Tenggara Johor juga sudah ada lebih 60 sarang lebah kelulut. Untuk pengetahuan pembaca harga madu lebah kelulut lebih mahal daripada madu lebah biasa sehingga mencecah RM300 – 500 sekilo. Nak kumpulkan madu lebah kelulut boleh sedut dengan mesin atau boleh sedut dengan straw terus dari sarang … peehhh nikmatnya bermadu.
Kepada sahabat yang nak ternak lebah kelulut di rumah bolehlah roger-roger Ustaz Firdaus tapi ustaz jangan lupa percent untuk saya heeeee. Madu lebah kelulut memang sedap tak terlawan dengan madu poligami. Terima kasih kepada semua sahabat jemaah yang membantu sehingga aku mampu menternak lebah kelulut sendiri. Itulah kehebat Jemaah Bisnis Denaihati.
102 Comments
Bagsu madu ni. Kita makan untuk menjaga kesihatan kita. Banyak kebaiknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Sedap madu ni. Ramai yang makan madu ni untuk tambah kesihatan mereka. Boleh cuba juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Cari pasal penjual sarang lebah di google jumpa blog famous ni punya entry apa pagi terus klik denaihati
Saya nak beli honeycomb
Berapa harga ya
Suka makan honeycomb sebab dia kenyal2 mcm jeli
Actually nak cari yg sidr punya
Boleh advice tak
Mana boleh saya beli
Madu sidr ori?
Tqvm
Curahan rasa Pengedar Shaklee Cheras @ ..Pengalaman buat Bisnes Shaklee sejak 2013
Comments are closed.