Assalamualaikum dan Salam dari London, mata memang mengantuk, badan memang letih tapi tak mahu lelap walaupun selepas dinner di Restoran Haandi Knightsbridge tak jauh dari Harrods. Malam pertama di London sempat juga pusing-pusing di Kotaraya London melihat nightlife in London.
Sempat tidur dua jam, jam 4.30 am pagi terjaga lansung tak nak lelap mata ni akibat Jet Lag perubahan masa tujuh jam dari Malaysia memang sangat terasa.
Hari kedua kami lunch di Restoran Melur yang menghidang makanan Malaysia dan Indonesia. Terletak di Edgware Road selang dari beberapa kedai arab yang aku sarapan pagi semalam. Edgware Road ni lebih bagus tukar nama jadi Arab Street sebab banyak sungguh restoran, market dan kedai arab tu tak masuk lagi orang arab yang bersimpang siur.
Macam-macam menu Melayu dan Indonesia ada paling best dapat pekena teh tarik. Rasa makan yang dipesan memang sedap jadi kepada yang nak ke London mesti singgah sini nikmati kelazatan makanannya. Lain kali kalau dah jemu ngeteh kat Shah Alam bolehlah Abang Ensem dan Zarul Umbrella organise ngeteh kat London … heee.
Selepas lunch naik teksi pergi ke The Square Mile London pusat kewangan London. Mengikut seorang teman yang menemani The Square Mile ini adalah kawasan hartanah termahal di dunia. Boleh lah aku ajak Bro Jomhartanah survey prospek kat sini … mampu ke??
Ni antara pemandangan London dari tingkat 21 sebuah menara perniagaan yang terkenal di The Square Mile London yang kami lawati.
Banyak juga bangunan yang cantik di The Square Miles ini gabungan bagunan lama dan baru. Semasa perang dunia ke dua hampir semua bagunan di sini musnah di bom oleh German. Bagunan warna merah ini antara yang cantik dan kreatif.
Trafik di The Square Miles ni pun boleh tahan. Untuk menuju ke Oxford Street kami ambil keputusan untuk naik Tube (keretapi bawah tanah). Kami berjalan ke stesen paling dekat Liverpool Street Station. Boleh tahan besar dan lebih teratur kalau nak dibandingkan di Rome (teringat-ingat pulak kembara di Rome).
Punyalah ramai manusia shopping di Oxford Street. Macam bangsa, rupa dan gaya. Cuaca pun agak sejuk jadi memang seronok duduk ngopi sambil cuci mata melihat simpang siur manusia dengan berbagai ragam. Di Oxford Road ni ada macam-macam kedai dan mall dengan berbagai jenama dari yang murah hinggalah yang super mahal, pilih je apa yang nak ikut bajet yang ada. Kalau dapat shopping dengan Sweetkurma mesti best ni.
Nak pusing-pusing Kota London tak susah sangat boleh naik Tube atau paling popular naik teksi yang unik hanya ada di Kota London sahaja tapi perangai pemandu teksi macam lebih teruk dari pemandu Teksi Malaysia je. Pusing di mana-mana sahaja diaorang nak, bawa laju dan tergesa-gesa macam tak welcome je tapi bukanlah semua. Banyak juga berlaku kemalangan di London ni serupa seperti di Malaysia.
Paling popular dan paling unik boleh juga travel dengan bas double decker.
Malam kalau nak merasa suasa dingin boleh naik beca. Insya Allah ada rezeki nanti bolehlah bawa isteri pusing-pusing Kota London naik beca moden ni.
Kepada yang lebih adventure boleh sewa basikal pusing-pusing Kota London.
Nak bersiar-siar melihat kehebatan London lebih mudah naik London Tour Bus yang akan bawa kita kebermacam tempat yang menarik. Tiket bas boleh dibeli di reception hotel atau di kaunter hentian bas dengan harga 29 pound. Kepada yang nak tengok keindahan London jom terjah blog ini yang dah biasa pusing-pusing London.
Kami akhirkan hari kedua dengan dinner di Restoran China Tang di Hotel Dorchester yang diperolehi dari aplikasi Zabihah. Bukan senang nak cari Chinese Halal Food di London dan Restoran China Tang antaranya.
Tapi tak sangka rupanya ni upmarket restoran majoriti yang makan di sini Orang Kaya Arab, perut dah lapar kami order je lah. Macam-macam kereta besar dan sport yang parking depan hotel antara yang paling pelik yang ini.
Hari ketiga lebih banyak pusing-pusing London dengan London Tour Bus dan window shopping di Chinatown dan Oxford Street. Puas mencari restoran Halal ikut aplikasi Zabihah, setelah berjalan hampir 1Km baru jumpa C & R Restoran tapi bila tengok menu ada pulak menu yang tak halal. Jalan lagi lebih kurang 400 meter jumpa Restoran Jom Makan tapi dah tutup. Jalan lagi 500 meter sampai di Restoran Melati setakat tengok gambar makanan yang sedap kerana restoran ini pun dah tutup. Akhirnya buat keputusan makan di Restoran Melur. Inilah uniknya kembara ke luar negara mencari Halal Food memang susah tapi pengalaman yang manis.
188 Comments
Pergh menarik tu,.. nanti belikan baju Arsenal ek.. hehehe
Curahan rasa zool @ ..Pameran Perumahan dan Hartanah Melaka di Mahkota Parade pada 7-9 September 2012
orang arab memang kaya.. beli kenderaan custom made je.. kita bila agaknya
Curahan rasa zool @ ..Pemandu Ambulan salah guna siren
hujan emas di negeri orang… hujan batu di negeri sendiri…
Curahan rasa eXception @ ..40 Ahli Parlimen Keluar Barisan Nasional?? Biar Betul!?
senangnya bisa ke London, Insya Allah nanti kesana
Curahan rasa ardi @ ..Jeli Gamat Luxor Mengobati Luka Diabetes
Sepertinya damai suasana di London
Curahan rasa syam @ ..Obat Herbal Gagal Ginjal
pegi gak kat oxford street dan harrods masa jejalan kat london..tapi tak beli apa pun..window shopping ajer…
Curahan rasa kak ina kl @ ..Idea Menikmati Susu-Pastry Puff
Lain kali kalau nk gi lg bawalah saya.. He3
Akupun maulah kalau dibawa serta.
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
Jangan lupa dik Munir panggil saya juga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 20 Grand Finalist Duta Muslimah The World Muslimah Beauty 2012
seronoknya bro dapat melancong ke negara orang..plan nak p jugak bercuti luar negara ni tapi setakat australia je la..duit nuffnang tak cukup lagi trpksa guna duit gaji..huhu
Curahan rasa Nick Nashram @ ..Bila Entri Anda Tiada Orang Komen
Blog aungguh boleh kumpul duit ge oversea. Nak murah pergi lah dulu asia tenggara.
wah best nampak…nak simpan duit ..nanti cukup leh le terbang ke sana…he he he
Kota bersejarah dengan bangunan-bangunan kuno yang artistik
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
Moga suatu saat bisa menjejakkan kaki disana.
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
wahhh tentu balik hotel mata jadi lebih bersih dan bersinar sebab cuci mata abis abisan…. apa pun mak cik masih boleh kontrol tahap kejelesan yang kritikal ni…. tungguuuuuu
Curahan rasa sweetkurma @ ..bukan lagi menjerit tapi meraung
Cuci mata jalan-jalan di london punya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Cuci mata sambil cuci dompet Mas..
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
Soalnya pastilah banyak oleh-oleh yang menarik disana.
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
Jadi sebelum kesana perlu nabung beberapa tahun dulu.
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
teh tarik yang tak boleh tahan tu…hehehe…
Curahan rasa Nurul @ ..Hot FM Pagi: X Cukup Duit
hahahaha.. jauhnya nak mengeteh.hehehehehe..
entah bila la ada rezeki ke sini.. mesti best kan kat sana.. kereta dorang pun dasyat2 la.. macam tak pernah nampak je kat sini.. macam kereta batman pun ada tu..hehe
Curahan rasa boni kacak @ ..Beraya Dengan Shiha Mentor
fuh..menarik..kalau ambik gambar pakai DSLR pastu attach wide angle lens mesti lagi meletup gambar 😉
ok lah kalau jumpa masakan melayu kat sana..bila lah nak sampai
Curahan rasa cikgu naman @ ..Hujung Minggu Tak Payah Masak
wah.. bestnya.. nak kena letak dalam target juga ni.. kat sana memang tak ada teh tarik ke?
Curahan rasa CMRatu @ ..Majlis Persandingan Aimi dan Qim
Orang kata kalau nak round London dengan senang, naik je bas merah 2 tingkat tu. Hehe.
Curahan rasa Fadzmie @ ..Oppa Gangnam Style : Video viral paling sensasi di Youtube [INFOGRAFIK]
best juga if ronda-ronda naik basikal. lagi feel. hehe
Curahan rasa Sya Isya @ ..AWAK SUKA SAYA TAK? – MELUR JELITA | REVIEW NOVEL
Basikalnya unik kalau di London
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Kalau Di Indonesia juga berbeda bentuk dan rupanya tiap daerah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Yang terlihat jelas perbedaannya adalah becak antara pulau Jawa dan luar jawa
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Bahkan ada basikal motor lagi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Ditempat saya disebut bentor Mas..
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
Comments are closed.