Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia terhenti tepat jam 8.45pm 28/7/2011 untuk menyaksikan live perlawanan pusingan kedua kelayakan kedua piala dunia 2014 Malaysia menentang Singapore. Harimau Malaya yang tertinggal 2 gol setelah tewas di pusingan pertama di stadium Jalan Besar setelah tewas 3 – 5 pasti bagaikan Harimau cedera yang akan berjuang hingga titisan peluh terakhir.
Lebih 85ribu tiket telah habis dijual untuk memenuhi Stadium Bukit Jalil bagi melihat secara live Malaysia vs Singapore dan memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Berdoalah semuga Harimau Malaya dapat bermain pada prestasi terbaik melawan dan menjaringkan gol tapi jangan lupa pertahanan mesti kukuh menahan serangan Singa Singapore. Aku mahu lihat Malaysia menang 3-0 barulah power.
Aku seperti biasa akan mengikut keputusan terkini Malaysia lawan Singapore melalui live streaming di stadium Twitter dengan hashtag #HarimauMalaya yang akan di update setiap saat oleh penyokong tegar Malaysia dan Singapore. Pasti Pasukan Harimau Malaya dengan jersi kebanggaan akan memberi tentangan yang hebat untuk memastikan Malaysia layak ke kelayakan ketiga zon Asia.
KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA MALAYSIA vs SINGAPORE : 3 – 5
Tonton juga Live Streaming @ Zulkbo.com
KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA MALAYSIA vs SINGAPORE : 1 (Safee Sali) – 1
Keputusan penuh Malaysia vs Singapore Agregate : 4 – 6
Rakyat Malaysia dan Harimau Malaya jangan kecewa perjalanan baru bermula. Pasukan Kebangsaan boleh pergi lebih jauh di pertandingan yang lain insyallah.
Nota : Jangan lupa letak hashtag #HarimauMalaya setiap kali update tweet perlawanan Malaysia vs Singapore.
[ad#Yieldads]
52 Comments
Rajagopal telah salah percaturan…
Frust..tengok corak permainan Malysia..pertahanan lembik. tengah tak berfungsi tanpa shafiq dan penyerang hanya Safi sje, tak mampu dia pun nak sumbat gol tanpa bantuan rakan2. Rasa2nya lah cuba next time mcm tu juga..kurang skil mengelecek dan tak guna fikiran utk mengubah corak permainan…tiada masterman yg dpt mencorakkan permainan skuad Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020.blogspot.com
bukan rezeki kita la jawabnya.. 🙁
Curahan rasa ohcikgu @ ..Cikgu-cikgu suka tak sukan Extreme?
memang bukan rezeki kita jawabnya.. 🙁
team kita seperti menanggung tekanan yang kuat semasa bermain
terus-terang aku cakap back 4 Malaysia patut dirombak sepenuhnya. terlalu rapuh benteng pertahanan Malaysia. setiap kesilapan di bhgn pertahanan akan lebih memberi kesan moral dan sgmt kpd smua pemain. harap Dato Rajagobal akan gugurkan terus Muslim dan Fazli Shas….
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Crystal Bubble: Rumah Mudah Alih Untuk Golongan Kaya Berkhemah
frust..tapi byk aksi yg menarik
Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Aksi menawan hati Malaysia vs Singapura (video)
sgt2 frust….
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Crystal Bubble: Rumah Mudah Alih Untuk Golongan Kaya Berkhemah
Great Job!
Curahan rasa ScaniaZ @ ..10 Tanda-Tanda Anak Anda Bijak
Walaupun #HarimauMalaya kalah. Itu hanyalah permulaan buat skuad negara. Bknnya titik terakhir. Rakyat malaysia kena terus menerus memberi s0k0ngan kpada skuad kita. .
Ya betul tu…apa yang penting adalah sokongan yang berterusan.
pemain perlu lebih matang dlm menyerap tekanan. kecewa sgt2 dgn pertahanan Malaysia
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Crystal Bubble: Rumah Mudah Alih Untuk Golongan Kaya Berkhemah
tak pandai la nak komen… sebab tak tengok pun… baca kat FB macam2 ulasan macam dah faham dah kesudahan… hu3
Curahan rasa yangbaik @ ..BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !
Dkt malaysia ni ramai sgt pengulas. Cuba bagi depa main? Hampehhh!
Curahan rasa ProfHariz @ ..Lafaz Niat Puasa Edisi Video
Sedih,sedih,sedih tahniah buat Singapore!
sedih tu sedih jugak… apa nak buat itulah agakanya kemampuan Malaysia …
Curahan rasa yangbaik @ ..BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !
Blm titik terakhir lagi…masih ada perlawanan yang akan mendatang…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Comments are closed.