Terkini untuk keputusan Arsenal vs Malaysia XI 2012 (klik)
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasukan favorite BPL aku, Arsenal kini berada di depan mata. Arsenal menentang pasukan bolasepak kebangsaan MALAYSIA, Harimau Malaya sudah pasti suatu perlawanan yang hebat. Dari dekat peminat setia Arsenal dapat menyaksikan muka-muka permain kesayangan mereka Samir Nasri, Wilshere, Walcott, Ramsey, Van Persi, Song, Sagna dan lain-lain.
Kehebatan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia juga semakin terserlah setelah layak kepusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 menentang Singapore. Walaupun menjadi peminat setia ARSENAL pasukan kebangsaan Malaysia tidak disisihkan. Kalaulah ada t-shirt sebelah jersi Arsenal dan sebelah lagi jersi Malaysia pasti aku akan beli.
Sepatutnya ketika ini aku berada di grandstand, Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan Arsenal menentang Malaysia tetapi last minute ada hal famili yang mesti diutamakan. Malam ni aku akan mengikuti perlawanan Arsenal vs Malaysia jam 8.45pm melalui stadium twitter dengan hashtag #Arsenal dan secara live streaming Arsenal vs Malaysia daripada beberapa blog yang menyediakan perkhidmatan.
Menang kalah tak penting tetapi perlawanan yang berkualiti dan mencabar itu yang semua peminat Arsenal dan Malaysia ingin saksikan.
Terkini dari Twitter Live Streaming (Taip #Arsenal dikotak search Twitter)
Keputusan terkini Arsenal vs Malaysia : 4 (Ramsey 5′, Walcott 37′, Vella 58′, Rosicky 90′) – 0
[ad#Yieldads]
37 Comments
Malaysia kalah 4-0
Curahan rasa Mercedes-Benz Mobil Mewah Terbaik Indonesia @ ..Mercedes-Benz Mobil Mewah Terbaik Indonesia
yang penting seru! 😀
.yang penting seru saja 😀
Curahan rasa fajar @ ..Pesona Wisata dan Kerajinan Magetan 2011, Telaga Sarangan
15:0 menurut saya
kalah 4- 0 takpe. perlu byk diperbaiki. utk perlawanan ngan Liverpool dan Chelsea kena tunjukkan persembahan yang lebih baik.. mesti mau menang
pasrah sebab xde live kt Astro. usaha tunggu. last2 tgk The Replacement, sebaik Keenu Reeves blakon. hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..EcoARK Pavilion Diperbuat Daripada 1.5 Juta Botol Plastik!
Percubaan Safiq Rahim hampir menewaskan penjaga gol Arsenal. Banyak kualiti permainan perlu dipelajari dari kelab EPL
yeke? xdpt tgk sbb xde live. pasrah..huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..EcoARK Pavilion Diperbuat Daripada 1.5 Juta Botol Plastik!
arsenal mesti la kena menang,tapi takpelah.untuk pasukan malaysia,sekurang-kurangnya dapat sedikit pengalaman sebagai bekal berjumpa Singapore.
Curahan rasa blog5zal @ ..Malaysia VS Arsenal;Ryo Miyaichi
semoga menjadi pengalaman berharga buat team harimau malaya.
Curahan rasa afzal laidin @ ..Wordless wednesday – Good luck
Friendly match kan.. ini lawan Kelab.. jadik laaa.. buat pengalaman lawan kelab gergasi.. huhuhuhu.. Malaysia still the Best!!
Tak perlulah merasa sedih,Malaysia tetap di hati walaupun kalah,sebab aku memang tahu arsenal sememangnya kuat
Walaupun saya juga menyokong Arsenal, saya juga berasa sedih sbb Malaysia tak dpt pe2.. Huhu 🙁 Harap mereka akn buat yg terbaik di Piala Dunia nanti.. 🙂
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Arsenal Training Session, Kuala Lumpur
puas hati tengok mereka bermain tadi… 🙂
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Nuffnang di “tutup”!
Malaysia tetap dihatiku..
Safee n Fahmi x dak harimau x der blang…..
Comments are closed.