Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada 6 – 8 Januari 2012 telah berlangsung Karnival Industri Asas Tani 2012 sempena Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Blog Denaihati telah terpilih sebagai ‘Official Blogger’ bagi membuat liputan di majlis perasmian telah diwakili oleh Blogger Anarm dan Jaws.
Suasana pada hari pelancaran sesak dengan kunjungan orang ramai serta pihak media TV3, TV1, TV9, Bernama dan Official Blogger Kak Jie dan Puan Bee. Selepas pelancaran, ada majlis menandatangani MoU antara Rukun Saksama dengan FAMA, Asia Shangtex dan beberapa lagi usahawan IKS yang terlibat (eksport ke China).
YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar juga telah dibawa melawat sekitar pasaraya My Agro Hypermart. Banyak gerai usahawan IKS memberi peluang kepada orang ramai untuk rasa produk makanan keluaran mereka. Usahawan IKS memang terkenal dengan produknya yang kreatif, berkualiti lagi bermutu.
Kehadiran maskot Upin dan Ipin menambah kemeriahan majlis dan telah menarik perhatian para pengunjung di situ. Ramai yang ambil peluang bergambar dengan Upin dan Ipin, termasuk Puanbee.
Pasaraya My Agro Hypermart yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) merupakan pasaraya produk IKS tempatan yang pertama di Malaysia di bawah kelolaan Pemandu, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ianya ditubuhkan sebagai platform bagi membantu para usahawan IKS melebarkan sayap perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.
My Agro Hypermart juga menawarkan urusniaga yang telus dan memastikan tawaran harga 30% lebih murah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Oleh itu, marilah ramai-ramai kita menyokong produk IKS tempatan.
Joom pergi shopping di Pasaraya My Agro Hypermart, kalau kita tidak menyokong produk IKS tempatan siapa lagi?
93 Comments
TERIMA KASIH DIUCAPKAN PADA SEMUA YANG SUDI MENGHADIRI KARNIVAL INDUSTRI ASAS TANI DI MY AGRO HYPERMART!! KAMI SANGAT TERUJA DENGAN SAMBUTAN DAN SOKONGAN YANG DIBERIKAN. KAMI AKAN MENGADAKAN BANYAK LAGI PROGRAM DI MASA AKAN DATANG DAN BERHARAP SENTIASA MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA!!!
ramai blogger yg buat liputan majlis ni.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar Perkahwinan Azren dan Hassan
bestnye la kalau dapat shopping dekat my agro hypermart
Kadang pemerintah pun kalau mau memberikan bantuan kepada usahawan kecil tidak selonggar yang diberikan kepada usahawan besar, sehingga usahawan kecil pun jadi semakin kecil…..
Curahan rasa Dadan @ ..PESAN DIBALIK HUMOR GUSDUR
bagus tu kerana dapat membantu IKS ,,,sekurang-kurang boleh bagi peluang kepada usahawan kecil berniaga yang mana selama ini dimonopoli oleh hypermarket yang mega-mega jer,,,
Curahan rasa amyamlan @ ..Theirry Henry jaringkan gol kemenangan untuk Arsenal
memang usahawan kecil tu…sudah modalnya kecil, peluangnya kecil pula, disini diperlukan campur tangan pemerintah agar usahawan kecil pun dapat mempunyai peluang….
Curahan rasa Dadan @ ..PESAN DIBALIK HUMOR GUSDUR
slamat ya mbak, da trpilih sbgai official blogger…
Curahan rasa Ghofur JEHZ @ ..Cara Mudah Memproteksi Folder tanpa Software
wah, semoga membantu masyarakat sekitar dalam pemenuhan kebutuhan …
Curahan rasa auni @ ..Puisi Orang-Orang Miskin
Semoga denga adanya Hypermart dapat membantu perekonomian masyarakat disekitarnya.
Sukse selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
Beruntung sekali jika mall atau hypermart seperti itu menjual produk hasil tempatan jadi tetap berpihak pada ekonomi rakyat
Curahan rasa Berita Satu Dunia @ ..Perbedaan besar pada wajah gadis China setelah Memakai MAke Up
tapi kadang-kadang mereka mengeluarkan syarat atau ketentuan yang super ketat sehingga menyulitkan produk tempatan untuk bisa masuk ke mall atau hypermart…
Curahan rasa Dadan @ ..PESAN DIBALIK HUMOR GUSDUR
untung la sapa-sapa tinggal kat area sana. nak pegi agak jauh la plak
Curahan rasa kodinz @ ..Tips Untuk Kurangkan Bounce Rate Blog
aku tinggal di Serdang… mungkin sekali sekala boleh ke sini jika harga yang di tawarkan lebih murah berbanding kedai runcit di taman perumahan kami…
Curahan rasa Wizurai @ ..Rumah Lelong Langkawi
Dengan ini dptlah produk IKS buatan Malaysia dpt menembusi pasaran antarabangsa jika barangan di MyAgo Hypermart dpt memenuhi citarasa org luar negara yg akan cuba merasainya apabila membeli-belah di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Meriah sungguh Majlis perlancaran MyAgro Hypermart, diharap produk IKS buatan Malaysia mendapat sambutan dan akan dpt memikat para pelanggan dari dlm dan luar negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Upin Ipin 😀
Curahan rasa Bun No Ichi @ ..Jurus Menghilang di Chat FB
salah satu cara memajukan produk iks..pasaraya besar kdg2 x mau nk jual produk2 ni..
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Kamera Fujifilm X-Pro 1
tu lah, kalau dekat, mahu singgah jugak ni, sbb dgrnya memang murah..berbaloi..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Lagi Pasal Kemenangan CGL dalam tahun 2011
Comments are closed.