Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest SEO “HIDUP SEORANG BLOGGER” semakin panas. 55 blogger telah mendaftar termasuk 7 blogger dari negara jiran Indonesia dan tak mustahil lebih ramai akan ikut serta setelah membaca tips ringkas SEO dalam entri ini. Tips SEO yang akan aku persembahkan ini memang bagus dan aku sendiri pun banyak belajar dari tips ni …kenapa tak percaya??? Jadi kenalah baca sampai habis jangan sekerat-sekerat dan bagus RE TWEET dan Share kat FB tu..heee.
Kepada sesiapa yang telah membaca entri aku SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking, korang nampak dalam carta tu Link Popularity terletak di tangga kedua sebagai salah satu komponen penting kepada Google untuk menyenaraikan page korang dalam Google search. Disebabkan entri ni bertemakan pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger, kat sini aku nak kasi satu penerangan mudah kepada korang supaya semua orang dapat idea macam mana Link Popularity ni dikira. Dengan itu, pertandingan ni nanti jadi lebih sengitlah kan. hehe.. Barulah adil macam tu.
Pertama sekali nak tanya, laman web apa yang paling popular dalam internet selain Google? Laman web ni memang satu dunia popular, walaupun kita tak nampak orang link website-website ni kat mana-mana, tapi kalau kena keyword dia kat Google memang senang sangatlah nak cari. Jawapan dia kita tunggu di penghujung entri ni ye.
Perkara asas untuk menaikkan populariti sesebuah laman adalah link. Konsep dia senang je, semakin banyak link yang diterima oleh laman web tu dari pelbagai domain lain, semakin popular laman web tu. Populariti ini dikesan apabila Google mengindex laman web, spiders ni akan sampai semula ke laman web yang telah dilinkkan dari tempat lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, contohnya kalau blog.ariff mendapat satu link daripada satu juta laman web atau blog yang lain, maka berjuta-juta kalilah Google bot akan mengindex blog.ariff (kemungkinan akan mendapat PR yang lebih tinggi pada update yang seterusnya). Itu pada asasnya.
Tapi Google pun pandai. Dalam hal ini mereka tahu yang orang akan mula buat berjuta-juta website baru yang lain semata-mata untuk memberi linkback ke website mereka (ada yang menjual kepada website lain). Untuk menangani masalah ini, mereka ambil kira maklumat click through daripada link-link ini, anchor text yang digunakan, IP, ISP dan pelbagai data lain. Kadang-kala sebuah laman web tidak perlu untuk memiliki linkback yang banyak untuk menjadi popular kalau kadar click through untuk laman web tersebut terlalu tinggi.
Dalam hal pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger ini pula, disamping usaha-usaha untuk memantapkan entri pertandingan yang berlandaskan best SEO practices, click through rate adalah penting untuk mendapatkan 10 tempat pertama dalam Google Search Engine Result Page (SERP) dan seterusnya kekal di kedudukan tersebut sehingga pertandingan tamat. Kreativiti peserta adalah penentu kepada keputusan pertandingan ini. Sedikit tips: Anda boleh tweet entri tersebut tiap-tiap hari dengan mesej yang berlainan serta meminta rakan-rakan anda untuk ReTweet entri tersebut.
Oh ya, sebelum terlupa website yang aku maksudkan di awal entri ini adalah website pornografi. Kita tak nampak link dia pada laman web biasa atau blog orang lain, tapi kalau kena pada keywordnya memang laman web pornografi ni akan tersenarai di page pertama SERP dan biasanya kita tak perlu cari jauh sebab ianya dah memang popular!
Selamat berjaya kepada semua peserta pertandingan Hidup Seorang Blogger. Untuk tips SEO asas dalam bahasa Malaysia, silalah ke laman SEO blog.ariff.
Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.
P/s : Senarai penuh blogger berdaftar untuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER.
[ad#Mangga 300]
163 Comments
aku pun ngah belajar nie
Curahan rasa Propito.com @ ..3 Cara Menaikkan Traffik Blog
Tak pe.. semua kita pun masih belajar benda ni.. kalau tak, mana la kita baca entri ni kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
ariff tu suke gak kongsi… memang best dia tu..
aku pun ngah belajar SEO , rank ni semua
🙂
Curahan rasa Propito.com @ ..3 Cara Menaikkan Traffik Blog
Betul tu.. Saya sendiri pun baru jug abelajar pasal benda2 ni semua
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
ingin kesana lagi guna belajar bagaimana menaikkan peringkat
Na. harus la segera pegi menuntut dengan bro Ariff tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
ya memang harus ke sana selalu jika mau tips yang hebat2
Curahan rasa yangbaik @ ..Buffered Earnings terkini Mr Nuffnang dalam Hidup seorang Blogger- Apa bunga kebanggsaan Malaysia
Tu la.. kena ceduk sikit2 tips dari sana.. manatahu berguna untuk kita.
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
perkongsian yang menarik bro thanks
Betul tu.. terutamanya perkongsian dari bro Ariff ni.. kena belajar juga cara penulis dengan dia ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
mesti belajar lebih banyak lagi
Curahan rasa munir ardi @ ..5 jenis Makanan yang bisa Melawan Stress
Ya betul tu bro.. Selagi dapat belajar, kita belajar saja yah.
bro steward dah punya modal bagus selfhosting dn blog yang punya tema tertentu
Itu cubaan saja tu.. belum pasti sejauh mana blog itu boleh membawa saya.
Curahan rasa Steward John @ ..Amazing Race Asia Season 4
Bro Munir pula bila lagi mau membeli hostingan sendiri ni?
setelah 3 hair kontes entry belum masuk senarai page 1 google
Curahan rasa munir ardi @ ..5 jenis Makanan yang bisa Melawan Stress
Na.. kalau saya mungkin lagi tiada peluang untuk masuk dalam senarai.
ahai ilmu yang didapat belum cukup pula
Curahan rasa munir ardi @ ..5 jenis Makanan yang bisa Melawan Stress
Kena menuntut dekat Bang Iwan tu.. sedut semua ilmunya.. hehe
wah dah boleh sedut kat sini..
agak mencabar nak belajar ilmu ni yer..
Hehe.. betul tu.. kalau boleh sedut, kita cuba sedut sikit2.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
semoga bisa mendapat ilmu SEO dari blog ini pula
Ha betul tu..kalau ada contest yang dianjurkan seterusnya, senang nak cuba nanti.
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Configure and setup custom domain on blogger
sekarang ni masih berfikir..camne nak kasi lebih mantap..huhu
Curahan rasa aizuddin @ ..Hidup Seorang Blogger 1
Saya yakin sangat bro boleh kasi mantap entri tu..
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Configure and setup custom domain on blogger
meamang mantap tips SEO kali ni.
p/s- tengah cari semnagt untuk masuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER.
Curahan rasa samdaddycool @ ..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
wow..ramai yang dah sertainya. tahniah!
Curahan rasa datraveller @ ..Blogger Julie Gerstein &124 Gadlingcom
Tak ikut serta memeriahkan lagi contest ni ker bro?
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Configure and setup custom domain on blogger
Comments are closed.