Life begins at 40 dan doa menyambut usia 40

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum terlambat rasanya nak ucapkan happy birthday ke 40 kepada sahabat Facebook yang juga merupakan owner Saudacare yang telah menjadi sponsor kepada beberapa contest di blog Denaihati. Semuga tuan dimurahkan rezeki serta berjaya dunia dan akhirat. Entri ini kira macam entri bodeklah kot-kot Saudacare sudi lagi nak sponsor contest terbaru denaihati.

Orang putih kata “life begins at 40“, John Lennon pun ada menyanyikan lagu “life begins at 40“. Ungkapan yang simple tetapi penuh dengan makna. Orang Melayu kata kalau umur 40 tak berubah maka susahlah nak berubah. 40 ni mungkin umur kepatangan sebenar seorang lelaki. Jika lelaki yang nakal tidak berubah maka agak sukar untuk berubah selepas umur 40 (bukan tak boleh dengan izin Allah). Biasanya pada umur 40 seseorang lelaki sudah stabil ekonomi dan kehidupannya. Mungkinlah itu sebabnya ramai anak dara suka dengan lelaki berusia 4o tahun ni kot???

Tok guru ajar bila menyambut usia 40, jangan lupa mandi sunat taubat, solat sunat taubat dan baca doa menyambut usia 40 semuga Allah memberi perlindungan dan bimbingan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Paling baik dilakukan pada 2/3 malam.

Doa menyambut usia 40 seperti di Surah Al-Ahqaf Ayat 15 yang maknanya : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Happy Birthday kepada semua yang menyambut ulang tahun ke 40 tak kira lelaki dan perempuan. Bertambah usia bermakna semakin pendek masa kita di dunia ini.


Spread the love

108 Comments

  1. challenge begins at 40….. bila ada anak dara suka lelaki 40an… lelaki jangan mudah perasan sbb rata2 suka sbb kestabilannya dari segi financially, mentally, spiritually dan physically… bukan sebab dia kacak atau macho…..semua tu cobaaaannnnnnnn…. sbb tu tok guru berpesan untuk solat taubat banyak2… saya setuju bebenor dengan penulis part solat taubat dan doa tu….

      1. lelaki 40..an ni selalunya pemurah dari segi segala galanya… sebab tu hidup untuk memberi…. moga terus terusan memberi….

        sebenarnya steward…. wanita 40..an pun tak kurang juga larisnya… dah byk contoh wanita 40..an kawin dengan lelaki 10 tahun lebih muda… kenapa lelaki memilih wanita 40…an, saya belum ada jawapannya…..
        Curahan rasa indahjiwa @ ..USAH SEDIH REZEKI TERTANGGUH…percubaanMy Profile

        1. Bukan sahaja lelaki malah wanita yg berumur 40 juga kelihatan lebih rapi, teratur dan kemas berbanding dengan anak dara yg muda belia ni… tak kurang ramai juga wanita 40 an yg kelihatan lebih muda dari yg muda tu …tak gitu.

  2. salam,

    baru tahu ada doa untuk umor 40 ni yer.

    selamat hari lahir buat owner saudacare. semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat hidayah

  3. Met milad, barokallohu, amin.
    bukan berapa sisa umur yang dipikirkan, tapi untuk apa dan bagaimana umur yang tersisa itu akan digunakan. Berapapun umur yang tersisa, semoga bisa dipergunakan untuk LEBIH mendekatkan diri kepada Allah SWT, amin.
    Curahan rasa Abi Sabila @ ..Kalah Penasaran- Menang KetagihanMy Profile

  4. ermm life begins at 40…
    Rata-rata lelaki akan nampak ketampanan nya pada usia sebegini. Malah nampak lebih matang dan meyakinkan.. btl kata DH, mungkin ni la sebabnya ramai anak dara dan yang dah tak ‘dara’ lagi yang ter’suka’ dgn lelaki yg berumur 40-an.. ada benarnya juga, kalau tak pecaya bukak la album lama-lama… kalau dulu nampak mcm selekeh jer… tp bila dah mencecah 40 perghhhh….. rambut dah kemas, janggut dah trim elok2.. baju, minyak wangi dan apa2 je lah yg berkaitan dengan penampilan semakin dijaga. malah kadang-kadang cara berjalan pun dah nampak agak teratur….

    nak juga la cari yg umur 40 ke atas ..hihihi
    Curahan rasa tpinky @ ..Seriktaknak lalu jalan tu lagiMy Profile

  5. Orang barat bilang “life begins at 40”, kira2 berarti bahwa kehidupan matang/dewasa dimulai pada umur 40an tahun. Ada juga yang bilang 40 tahun adalah puber kedua. Meski bisa dimaklumi, karena umur 40 biasanya sudah mulai matang secara ekonomi, namun merasa masih cukup muda. Sehingga ah… sudahlah, semoga Allah senantiasa membimbing kita dan menjauhkan dari cerita-cerita aneh itu.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gerakan Nasional Indonesia Sayang Anak Ajakan Posting KolaborasiMy Profile

    1. Memang ada berbagai cerita pabila usia meningkat 40 dan biasanya kisah yang kutrang enak kerana itulah aku bawakan entri ini untuk jadikan panduan…insyallah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!