Liat nak bayar hutang

Spread the love

Assalamualaikumndan Salam 1Dunia,

Dua hari sebeluam Adilfitri 2013 aku dapat panggilan telefon dari kawan lama. Kawan lama call mestilah jawab walaupun ada urusan lama yang masih belum selesai.

Biasanya kalau dia call mesti nak minta bantuan kalau tidak jangan haraplah nak call. Sangkaan aku memang tepat beliau nak pakai duit nak guna untuk persiapan raya. Katanya baru dapat cek bayaran dari projek yang dia buat tapi tak sempat nak tunaikan kerana bank dah tutup.

Kawan lama ni kata dia dah jumpa beberapa orang kawan tapi semua tak dapat dan harapannya sangat-sangat tinggi aku dapat membantu. Dia janji bila bank buka je selepas raya akan bank in cek seperti jumlah yang dia perlukan. Aku pun serba salah sebab hutang lima tahun dulu pun tak selesai lagi. Ingatkan anak-anak kawan lama yang nak menyambut raya dan jaminan cek yang sudah ada ditangan melembutkan hati aku. Silapnya aku lupa nak minta dia screen shot cek yang disebut-sebutkan.

Teringat pesan Tun Mahathir bila kawan minta pinjam jangan bagi semua sebab keberangkalian untuk bayar semula sangat tipis. Sehari selepas tu kawan tu follow up tanya duit dah masuk ke? Aku mohon maaf kepada dia kerana lambat sikit transfer sebab sibuk. Aku maklumkan juga yang aku tak dapat bagi semua jumlah yang dia minta tapi 3/4 dari jumlah tersebut … ni kira ikut nasihat Tun Mahathir lah.

Duit Ringgit Baru Malaysia
Hutang mestilah dijelaskan

Beberapa hari lepas Aidilfitri aku semak akaun nampak ada duit floating seperti jumlah yang aku kirimkan pada kawan tu. Lega hati nampaknya kali ni dia menepati janji. Aku pun tak ambik kisah sehingga suatu hari dapat surat dari bank menyatakan cek tersebut ada masalah teknikal kalau tak silap tarikh tak lengkap.

Aku sms kawan untuk maklumkan masalah yang berlaku bersama screenshot surat dari bank. Kawan tu senyap je …. selepas beberapa hari aku sms sekali lagi dan kali ini di jawab kata tak terima sms pertama. Pelik juga juga tak terima sms pertama tetapi sms ke dua terima. Aku sms sekali lagi detail dan screenshot surat dari bank. Dua bulan dah berlalu kawan tu tak jawab pun sms call pun tak jawab.

Nampaknya terkena aku untuk kali kedua dari sahabat yang sama. Kawan kenapalah kau liat sangat nak bayar hutang. Betul ke ada cek projek tu atau hanya sekadar alasan sebab tu sengaja tulis tarikh cek tak sempurna … Allah sahaja yang tahu. Kawan macam ini yang menyebabkan kawan lain yang jujur jadi mangsa bila nak pinjam duit … perasaan prejudis kita pasti ada.

Semuga Allah swt bagi hidayah pada kawan ini … Dalam hati berkata aku tak miskim kalau kau tak bayar hutang dan kau pun tak kaya tak bayar hutang TAPI tanggungjawab sebagai pembayar hutang tetap tidak akan putus sampai ke akhirat kelak.

Nampaknya nak kena hafal doa bebas hutang, ustaz kata bagus diamalkan sebelum tidur

Ingatlah kepada penghutang tak kira hutang kawan, hutang keluarga, hutang pinjaman bank, hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang tekun dan macam jenis hutang … tak lupa juga hutang ahlong… Tanggungjawab tetap tanggungjawab jangan liat nak bayar hutang.

Kawan ku faham ke apa hukum orang yang tak bayar hutang …. kalau faham mesti takut. Jadi janganlah liat bayar hutang…

Kawan-kawan juga mesti ada kisah tak bayar hutang jom lah kongsi sebagai pengajaran.


Spread the love

137 Comments

  1. sampai sekarang wawa tak berani nak mintak duit dengan dia dan wawa pun takut dia tak nak mengaku. kadang kadang bila masa wawa perlukan duit, rasa juga nak mintak kawan lunaskan hutang tapi berat hati pula
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  2. dan lepas tu wawa ada mntk tolong dia bank in duit baju, dia cakap tak boleh nak pergi bank in. jadi wawa ingtkan dia pulangkan la balik duit rm40 yang wawa suh bank in tu, tapi terus senyap jugak. kalau kira kira dah 140 kot dia hutang.
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  3. nenek waw cakap orang yang tak bayar hutang nanti bila tiba diakhirat jenazahnya tergantung. ngeri pula dengar cerita di alam barzakh ni. mudah-mudahan wawa bebas dari segalam hutang. taknak hidup berhutang. susahkan diri
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  4. peminjam duit ni pinjamnya bukan main bersemangat lagi, tapi bila tiba nak bayar hutang Allahu, liat sangat sampai ada yang sanggup tak nak berjumpa dengan kita takut kena bayar hutang. sedangkan hutang itu wajib di bayar
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

    1. betul tu, kita kena bersedia untuk menanggung risiko sekiranya memberi pinjaman kepada kawan atau orang lain. mudah-mudahan kita dapat memberi kebaikkan kepada peminjam dan dapat peminjam yang akan melunaskan hutang
      Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  5. sy slalu gak pnjm duit personal dr kwn2..tp sume settle..sy jns x suke tipu org..sharp on time sy byr..

  6. Kes aku sama mcm cerita di atas, cuma yg tipu aku mak dgn pak sedare aku sendiri…sampai skrg diaorang mendiamkan diri. Pak sedare aku ni selalu ceramah agama kat aku, mcm ustaz la dia ni…alih2 tipu duit aku…

  7. Promosi pembiayaan peribadi Alliance Bank..
    Semak kelayakan sepantas 5 minit!!

    *Min gaji rm3k/month
    *Jumlah amount rm5k-100k
    *Kadar interest serendah 0.74% sebulan
    *Percuma perlindungan Takaful
    *Tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 7 tahun
    *Tiada yuran / penalti penyelesaian awal
    *Boleh overlaping dr p.loan bank lain or credit card..

    Doc yg diperlukan
    *IC
    *Payslip 3bln
    *Bank stmnt 6bln
    *SSM lebih 2 tahun

    Untuk servis yang lebih cepat & efektif, sila hubungi sy di talian 01128557455 / 0126032941 (whatsapp sahaja)

  8. Bila baca pasal liat nak bayar hutang ni, aku sendiri pun kena..sampai nak buat aku jd racist pn ada.

    X colleague aku, bukan main lagi pujuk nak minta tolong, biasa la nak pinjam, mulut bukan main manis

    sekali tu berapa kali dia msg aku bg tau aku percaya la dengan dia, dia pasti akan bayar..agama dia pun tak ajar penganut nya lari dari tanggungjawab bayar hutang.

    Sampai sekarang terus menyepi, kalau tak boleh nak bayar ‘lump sum’ pun bg tau la..aku terima je kalau kau bayar sikit2.. aku pulak jadi pengemis mengemis,dengan kwn yg lain sedangkan hakikatnya aku bukan la seorang yang suka meminjam 🙁 Sampai sekarang aku tak blh nak tengok muka orang sebangsa dengan dia walaupun hakikatnya aku tau, bukan semua kaum dia perangai jahanam macam dia. Nak halalkan? Memang tak kan la..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!