Lee Chong Wei vs Lin Dan penentuan Emas Olimpik London 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai seorang rakyat Malaysia aku sangat teruja dengan final badminton single Olimpik London 2012, Lee Chong Wei vs Lin Dan. Aku yakin semua rakyat 1Malaysia mempunyai perasaan yang sama bersemangat dan teruja menunggu perlawanan yang akan menentukan maruah Malaysia.

Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pasti Datuk Lee Chong Wei merasai beban dan harapan 1Malaysia yang dipikul di atas bahunya. Inilah peluang terbaik untuk Lee Chong Wei memecah badi 55 tahun pingat emas sukan Olimpik. Olimpik London 2012 akan menjadi saksi Kontinjen Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang pernah mengondol pingat emas.

Aksi Lee Chong Wei
Lee Chong Wei no 1 dunia
Semuga aksi Lee Chong Wei akan berulang lagi – sumber Kujie2.com

Mari kita doakan semuga Lee Chong Wei menang dan membawa balik pingat emas bukan sahaja untuk Malaysia tetapi untuk Asia Tenggara yang belum lagi meraih pingat emas.

Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan : 21 – 15, 10 – 21, 19 – 21

Live Lee Chong Wei vs Lin Dan boleh disaksikan pada 5/8/12, jam 8.00pm waktu Malaysia di Astro HD 849.

Live Lee Chong Wei vs Lin Dan dengan gambar menarik di Kujie2.com

Live streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan di stadium twitter dengan hashtag Lee Chong Wei



Spread the love

103 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!