Lebih 300 Ribu Bakal Nikmati Kempen Domain .MY #HARGAGILERRRCRAZY

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Memiliki nama domain bukan hanya menjadi keperluan bagi memberikan identiti dalam talian kepada individu mahupun syarikat, tetapi telah menjadi satu trend kepada pengguna media sosial yang inginkan penjenamaan mereka sendiri.

Melihat perkembangan ini, MYNIC telah mengambil peluang dengan membuat promosi domain .MY secara besar-besaran melalui promosi #hargagilerrrcrazy dengan memberikan diskaun tinggi sehingga 75% bagi pendaftaran nama domain baru di mana pelanggan boleh menikmati harga serendah RM30.

Pengguna .MY yang sedia ada juga bakal menikmati harga promosi bagi setiap pembaharuan nama domain sejumlah RM60 sahaja. Domain .MY merupakan alamat internet yang dikhususkan istimewa untuk rakyat Malaysia dan organisasi yang didaftarkan di negara ini.

Kempen seluruh negara yang berlangsung selama 15 hari ini melibatkan pendaftaran dan pembaharuan kategori nama domain .my, .com.my, .net.my dan .org.my. bermula daripada 11 Mei sehingga 25 Mei 2017.

Pendaftaran dan pembaharuan nama domain boleh dibuat melalui www.ichoose.my atau mendapatkan secara terus melalui agen jualan MYNIC yang terlibat melalui pautan goo.gl/wVKuPf

“Kami mensasarkan lebih 300 ribu pengguna nama domain .MY akan dapat menikmati faedah harga yang sangat menarik ini. Kami yakin promosi ini dapat memberikan galakan kepada orang ramai untuk mendapatkan nama domain .MY sekaligus meningkatkan penjenamaan secara dalam talian.” – Datuk Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.

MYNIC merupakan agensi di bawah KKMM yang bertanggungjawab membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

Sebagai pentadbir nama domain peringkat kebangsaan, MYNIC memberikan organisasi dan individu di Malaysia identiti jenama yang unik di Internet. Kami mendaftar nama domain .my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my.

Laman web : www.mynic.my
Facebook : MYNIC Berhad
Twitter : @mynicberhad
Instagram : @mynicberhad

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Unit Jenama dan Komunikasi
di brandcomm@mynic.my atau
di talian 03-8943 5510 (samb.104)


Spread the love

68 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!