Lambakan cryptocurrency di pasaran

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Realiti Madrasah Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta Malaysia“. Kali ini Abang nak menulis tajuk duit digital, bukan kali pertama tetapi ini adalah entri ke empat kerana minat masyarakat kepada duit digital semakin tinggi.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kalau ikut pakar konspirasi, duit digital bakal mengantikan duit kertas maknanya fungsi duit kertas akan diambil alih oleh duit digital suatu masa nanti yang tidak lama lagi. Di dunia sekarang ada beratus matawang kertas yang dikawal oleh negara masing-masing begitu juga sekarang ada lebih daripada 1000 jenis duit digital yang setiap satu mempunyai komuniti tersendiri yang tidak dikawal oleh mana-mana Bank Pusat Negara.

Ramai yang gunakan duit kertas untuk untuk perdagangan jual beli dan selebihnya sebagai pelaburan apabila nilai naik akan dicairkan. Tapi hanya beberapa matawang kertas sahaja yang laku dimerata dunia antaranya USD, Euro dan Pound, sekarang matawang Yuan semakin diterima dibanyak negara. Beratus-ratus matawang yang tidak laku dan tidak diterima melainkan di negara sendiri contohnya duit Ringgit tak boleh ditukar dan diguna dibanyak negara.

Pada pendapat Abang, duit digital juga begitu dari beribu jenis hanya beberapa sahaja yang boleh didagangkan dimerata dunia yang lain hanya digunakan dalam komuniti sendiri sahaja. Buat masa ini duit digital yang paling popular dan diterima pakai oleh komuniti bisnis untuk jual beli adalah bitcoin. Ethereum, Ripple, Litecoin antara cryptocurrency yang popular selepas bitcoin.

Ramai yang mempromosi untuk kita membeli ICO duit digital baru dengan membandingkan kejayaan bitcoin yang naik dari harga hanya beberapa sen USD sehingga harga terkini USD4422 (ketika entri ini ditulis). Bitcoin bukan sahaja meningkat harga berganda-ganda tetapi boleh digunakan di banyak kedai, restoran dan online mall.

Katalah kita beli ICO duit digital baru tersebut, kita tunggu harga naik maka kita jual kepada ahli komuniti yang hendak membeli duit digital tersebut, kemudian yang membeli tersebut perlu menjual kepada orang lain apabila harga duit digital tersebut naik. Proses ini akan terus berulang-ulang kerana duit tersebut tidak boleh digunakan untuk membeli produk melainkan komuniti tersebut menyediakan platform untuk jual beli produk. Jadi apa yang akan berlaku kepada pengguna yang akhir memegang duit digital tersebut? Pasti yang untung besar adalah mereka yang mengeluarkan ICO duit digital tersebut.

Mungkin inilah sebabnya mengapa Kerajaan China dan Korea sudah mengharamkan ICO duit digital baru. USA dan negara Eropah juga bakal mengeluarkan perundangan baru terhadap lambakan crytpocurrency. Bank Negara Malaysia juga bakal mengeluarkan panduan baru untuk duit digital pada penghujung tahun ini.

scan bar code untuk pembayaran bitcoin

Abang lebih suka menyimpan duit kertas yang laku diseluruh dunia iaitu USD, Euro, Pound dan Yuan, begitu juga duit digital Abang lebih berminat menyimpan hanya bitcoin, ethereum dan bitcoin cash sahaja. Teknikal matawang kertas dan matawang digital memang berbeza tetapi konsep perdagangan kedua-dua matawang ini pasti tidak akan berbeza banyak.

Majoriti jutawan dunia menyimpan duit kertas USD jadi begitu juga jutawan digital pasti mereka lebih banyak menyimpan Bitcoin berbanding duit-duit digital yang lain.


Spread the love

87 Comments

  1. saya agak sangsi dengan cryptocurrency kerana nilai yang tidak nampak pada pandangan mata kasar..

    tidak keterlaluan juga cryptocurrency adalah cara untuk manipulasi eonomi secara digital..

    lihat sahaja harga bitcoin sekarang..

    naik dan terus naik tanpa kasihan..

    siapa yang menjadi mangsa kalau bukan orang yang miskin..

    adakah seronok untuk tinggal di bumi ini jika ada golongan tertindas dan satu golongan menindas menggunakan kuasa digital daripada cryptocurrency…

    itulah pandangan black hat saya..
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Ulasan Buku : 2 Jiwa Satu CintaMy Profile

      1. tak pelah tuan Denaihati.

        Kita ambik iktibar dari perkara rersebut..

        tingkatkan iman dan takwa..

        buat amal kebajikan sebanyak yang boleh untuk persediaan hari akhirat sahaja…

        kita pegang pada al Quran dan as sunnah..

        Dalam masa yang sama kita ambil tahu juga perkembangan Bitcoin ini.
        Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Buat Duit Online Guna Blog TerbongkarMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!