Lambakan cryptocurrency di pasaran

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Realiti Madrasah Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta Malaysia“. Kali ini Abang nak menulis tajuk duit digital, bukan kali pertama tetapi ini adalah entri ke empat kerana minat masyarakat kepada duit digital semakin tinggi.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kalau ikut pakar konspirasi, duit digital bakal mengantikan duit kertas maknanya fungsi duit kertas akan diambil alih oleh duit digital suatu masa nanti yang tidak lama lagi. Di dunia sekarang ada beratus matawang kertas yang dikawal oleh negara masing-masing begitu juga sekarang ada lebih daripada 1000 jenis duit digital yang setiap satu mempunyai komuniti tersendiri yang tidak dikawal oleh mana-mana Bank Pusat Negara.

Ramai yang gunakan duit kertas untuk untuk perdagangan jual beli dan selebihnya sebagai pelaburan apabila nilai naik akan dicairkan. Tapi hanya beberapa matawang kertas sahaja yang laku dimerata dunia antaranya USD, Euro dan Pound, sekarang matawang Yuan semakin diterima dibanyak negara. Beratus-ratus matawang yang tidak laku dan tidak diterima melainkan di negara sendiri contohnya duit Ringgit tak boleh ditukar dan diguna dibanyak negara.

Pada pendapat Abang, duit digital juga begitu dari beribu jenis hanya beberapa sahaja yang boleh didagangkan dimerata dunia yang lain hanya digunakan dalam komuniti sendiri sahaja. Buat masa ini duit digital yang paling popular dan diterima pakai oleh komuniti bisnis untuk jual beli adalah bitcoin. Ethereum, Ripple, Litecoin antara cryptocurrency yang popular selepas bitcoin.

Ramai yang mempromosi untuk kita membeli ICO duit digital baru dengan membandingkan kejayaan bitcoin yang naik dari harga hanya beberapa sen USD sehingga harga terkini USD4422 (ketika entri ini ditulis). Bitcoin bukan sahaja meningkat harga berganda-ganda tetapi boleh digunakan di banyak kedai, restoran dan online mall.

Katalah kita beli ICO duit digital baru tersebut, kita tunggu harga naik maka kita jual kepada ahli komuniti yang hendak membeli duit digital tersebut, kemudian yang membeli tersebut perlu menjual kepada orang lain apabila harga duit digital tersebut naik. Proses ini akan terus berulang-ulang kerana duit tersebut tidak boleh digunakan untuk membeli produk melainkan komuniti tersebut menyediakan platform untuk jual beli produk. Jadi apa yang akan berlaku kepada pengguna yang akhir memegang duit digital tersebut? Pasti yang untung besar adalah mereka yang mengeluarkan ICO duit digital tersebut.

Mungkin inilah sebabnya mengapa Kerajaan China dan Korea sudah mengharamkan ICO duit digital baru. USA dan negara Eropah juga bakal mengeluarkan perundangan baru terhadap lambakan crytpocurrency. Bank Negara Malaysia juga bakal mengeluarkan panduan baru untuk duit digital pada penghujung tahun ini.

scan bar code untuk pembayaran bitcoin

Abang lebih suka menyimpan duit kertas yang laku diseluruh dunia iaitu USD, Euro, Pound dan Yuan, begitu juga duit digital Abang lebih berminat menyimpan hanya bitcoin, ethereum dan bitcoin cash sahaja. Teknikal matawang kertas dan matawang digital memang berbeza tetapi konsep perdagangan kedua-dua matawang ini pasti tidak akan berbeza banyak.

Majoriti jutawan dunia menyimpan duit kertas USD jadi begitu juga jutawan digital pasti mereka lebih banyak menyimpan Bitcoin berbanding duit-duit digital yang lain.


Spread the love

87 Comments

  1. Sekarang Bitcoin da cecah USD5000 lebih da Tuan Haji. Hujung tahun ni dengar cerita bakal cecah USD6000. Betul atau tak kita tunggu dan lihat je… eh silap, kita beli dan simpan…bila harga naik lagi kita jual… Tengah tahun hari tu diorang jangka harga bitcoin naik sampai RM10,000 hujung tahun nanti, tapi setakat Oktober ni pun da hit RM25,000… Pakar ekonomi US plak jangka harga bitcoin ni boleh naik sampai USD100,000… betul ke tak Qiya tak pasti… maklumat ni pun dari hasil carian kat Google dan pembacaan kat website CNBC. Lama da tau Qiya tak singgah blog Tuan Haji ni… sekarang tengah praktis apa yg Qiya belajar dari blog Denaihati ni…hehe
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare ReviewMy Profile

  2. Ada juga ikut perkembagan bitcoin dan dengar-dengar ada beberapa pelombong bitcoin banyak nak jual graphic card mereka dan berhenti melombong sebab terlalu ramai yang melombong..

    Takut-takut tak balik modal katanya. Mungkin pasal tu juga semakin banya cryptocurrency lain berada di pasaran.
    Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!