Kuiz pertama cabaran iPhone 5s

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah 60 daripada 70 perserta akhir cabaran iPhone 5s telah berjaya menulis entri khas “Blogger buat duit online“. Ini bermakna 10 peserta yang tidak menulis entri dan tidak mengikut syarat yang diwajibkan telah terkeluar daripada cabaran seterusnya. Sila rujuk di SINI untuk melihat senarai 60 peserta terakhir yang akan meneruskan cabaran. Peserta yang terkeluar secara automatik tidak layak untuk menjawab kuiz dan tidak layak bersaing untuk hadiah top komen.

iphone 5 panorama

Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini dalam tempoh menilai semua tulisan entri “Blogger buat duit online”, pihak penganjurkan menyediakan empat kuiz mingguan dengan hadiah berbeza selain cabaran top komen. Semua soalan kuiz adalah daripada entri blog Denaihati yang perlu diselongkar oleh peserta untuk mendapat jawapan.

Untuk menjawab peserta perlu menggunakan username yang sama dengan nama domain blog yang menyertai cabaran iPhone 5s. Pemenang dikira daripada siapa yang paling cepat menjawab dengan betul. Sistem akan merekodkan masa jawapan dikirimkan. Peserta hanya boleh menjawab sekali sahaja. Kepada peserta yang semuanya memang baik hati sila JANGAN kongsi jawapan dengan rakan-rakan anda kerana usaha itu adalah tangga kejayaan. Setiap saat beza waktu menjawap soalan sangat berharga. Kuiz pertama ini akan ditutup pada 11.59 pm, 13/11/2014.

Hadiah kuiz pertama cabaran iPhone 5s

  • Pemenang 1 – 5 : RM100 setiap orang
  • Pemenang 6 – 10 : RM50 setiap orang

Soalan kuiz pertama cabaran iPhone 5s

“Dan buatlah suatu perumpamaan bagi mereka, yaitu penduduk suatu negeri, ketika utusan-utusan datang kepada mereka; (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata, “Sungguh, Kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu.” Mereka (penduduk negeri) menjawab, “Kamu ini hanyalah manusia seperti kami dan (Allah) Yang Maha Pengasih tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu hanyalah pendusta belaka.” – Surah Yassin ayat 13 – 15.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH banyak negara yang sudah aku jejaki. Kebanyakan pengalaman kembara aku kongsikan dalam catatan khas untuk berkongsi pengalaman. Salah satu tempat yang sempat aku coretkan adalah negeri yang disebut seperti dalam tafsiran di atas. Soalannya.

Borang jawapan Kuiz Pertama

Error: Contact form not found.

 


Spread the love

3,395 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!