Kucing siapa suka

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, anak bujang aku sorang ini memang suka sangat dengan kucing. Kalau mengadap kucing boleh berjam-jam tetapi malangnya permintaan beliau nak memelihara kucing tidak mendapat perkenan ibu tercinta. Untuk melepaskan rindu pada sang kucing hanya apabila pulang menziarahi atok di kampung yang mempunyai minat yang sama. Abah memang minat sangat dengan kucing sejak aku kecil lagi memang tidak pernah tidak ada kuching di rumah.

Anak bujang minat dengan kucing.

Orang tua kata kalau anak-anak suka dengan binatang peliharaan seperti kucing sifat caring nya tinggi jadi khidmat kepada orang tua juga sangat tinggi. Mungkin ada betulnya sebab aku tengok adik aku no tiga memang suka sangat dengan kucing dan sekarang sudah enam tahun dengan penuh sabar menjaga ibu dan arwah bapak mertua dengan sabar. Semuga anak bujang aku juga mempunyai sifat sabar dan boleh memberi khidmat kepada aku dan isteri suatu masa nanti.

Kucing juga binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Kucing ini memang binatang yang unik dan sangat manja. Aku bukanlah peminat kucing tetapi seronok juga melayan apabila kucing datang nak bermanja-manja. Aku tahu ramai juga Rakan Blogger yang suka dengan kucing antaranya Kak Jie, Mr Kay dan Emila Yusof.

Ala comelnya kucing ni

Baru-baru ini ketika aku seronok menjelajah blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa blog Curious Cat memanglah best tengok video kucing yang ada kat blog ini kalau tak percaya tengoklah terutama kepada yang minat kucing. Kucing yang dipaparkan di blog Curious Cat memanglah tersangat cute membuatkan aku bersemangat nak pelihara kucing tapi tak pelah simpan sebagai impian sebab pasti tidak akan dapat perkenan my darling. Kepada peminat kucing yang dah klik blog Curious Cat jangan lupa pulak klik dan like Fanpage Curious Cat dan follow Twitter untuk kongsi cerita.

Ini sebahagian daripada video kucing yang sangat cantik kalau nak tengok banyak aksi menarik kucing ini lansung je lah ke blog Curious Cat. Rugi kalau tak tengok.

---

  1. mungkin banyak sahabat yang suka binatang comel ini
    Entri terbaru smp3lembang – Hasil UN 2012My Profile

  2. Fitrah kucing dijadikan Allah swt hidup serasi dengan manusia. Tapi nasib kucing sungguh malang jika ditakdirkan bertemu dengan manusia yang tidak suka kucing. Kasihanilah binatang!
    Entri terbaru jun cupcakekasih – Tahun-tahun Yang MenipuMy Profile

  3. Jadi pengen melihara kucing!! kira-kira harganya berapaan ya??

  4. Manis-manis kucingnya,, Q juga punya kucing!! namanya Bolang.. hahaha..

  5. saya juga suka mbak, suka sekali,,

  6. Commel sungguh kucing itu :)
    Entri terbaru Izzuddin Fauzi – Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. DreMy Profile

  7. kucing siapa tuh… :)

    salam dari Toko Obat Kuat

  8. Kucing suka lihat di youtube saja tingkah lucu mereka
    Entri terbaru smp3lembang – Hasil UN 2012My Profile

  9. saya pun suka dengan kucing. Kalau yang manja dengan kita tu, akan selalu menggesel di kaki bila balik kerja. tapi yang tak boleh tahan kalau yg buat ‘bisnes’ merata-rata. Jenuh nak cuci
    Entri terbaru ahalim – Cari Duit Tanpa ModalMy Profile

  10. karena istri tak suka, ada yang mau memberi kucing bagus juga terpaksa ga diterima…
    Entri terbaru Dadan – Dapat Ilmu Backlink dari DenaihatiMy Profile

  11. Memang betul bela kucing ni bagus tapi saya pun susah nak bela binatang.Takut mati pula.Sekejap2 aje bolehlah.
    Entri terbaru Ahmad Tarmizi – Rita Serahkan Segalanya Kepada Yang Maha KuasaMy Profile

  12. haspuad says:

    saya pon sama DH, ada yg lebih power overite saya yang berkuasa VETO nih. Kita ikot jee lah…..

  13. Aku pun minat kucing tapi sekarang tak bela lagi dah sbb duk taman perumahan, masa kat kampung ada berekor2 kucing aku bela.
    Entri terbaru RIS-FAMILI – Asrama S.M. King Edward VII, Taiping | ReunionMy Profile

  14. Assalam saya juga peminat kucing sejati…huhuhu
    Entri terbaru Budak Lanun – Hangat ! Mulan Jameela Cium Tangan Ahmad DhaniMy Profile

Trackbacks

    Artikel pilihan...close