Kucing siapa suka

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, anak bujang aku sorang ini memang suka sangat dengan kucing. Kalau mengadap kucing boleh berjam-jam tetapi malangnya permintaan beliau nak memelihara kucing tidak mendapat perkenan ibu tercinta. Untuk melepaskan rindu pada sang kucing hanya apabila pulang menziarahi atok di kampung yang mempunyai minat yang sama. Abah memang minat sangat dengan kucing sejak aku kecil lagi memang tidak pernah tidak ada kuching di rumah.

Anak bujang minat dengan kucing.

Orang tua kata kalau anak-anak suka dengan binatang peliharaan seperti kucing sifat caring nya tinggi jadi khidmat kepada orang tua juga sangat tinggi. Mungkin ada betulnya sebab aku tengok adik aku no tiga memang suka sangat dengan kucing dan sekarang sudah enam tahun dengan penuh sabar menjaga ibu dan arwah bapak mertua dengan sabar. Semuga anak bujang aku juga mempunyai sifat sabar dan boleh memberi khidmat kepada aku dan isteri suatu masa nanti.

Kucing juga binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Kucing ini memang binatang yang unik dan sangat manja. Aku bukanlah peminat kucing tetapi seronok juga melayan apabila kucing datang nak bermanja-manja. Aku tahu ramai juga Rakan Blogger yang suka dengan kucing antaranya Kak Jie, Mr Kay dan Emila Yusof.

Ala comelnya kucing ni

Baru-baru ini ketika aku seronok menjelajah blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa blog Curious Cat memanglah best tengok video kucing yang ada kat blog ini kalau tak percaya tengoklah terutama kepada yang minat kucing. Kucing yang dipaparkan di blog Curious Cat memanglah tersangat cute membuatkan aku bersemangat nak pelihara kucing tapi tak pelah simpan sebagai impian sebab pasti tidak akan dapat perkenan my darling. Kepada peminat kucing yang dah klik blog Curious Cat jangan lupa pulak klik dan like Fanpage Curious Cat dan follow Twitter untuk kongsi cerita.

Ini sebahagian daripada video kucing yang sangat cantik kalau nak tengok banyak aksi menarik kucing ini lansung je lah ke blog Curious Cat. Rugi kalau tak tengok.

---

  1. kucing mmang indah,tpi syang aq tidak suka

  2. kucing adalah binatang yang paling saya suka. paling manja sekali…rindulah dgn kucing saya tapi dia sudah tak ada dan tak mungkin saya dapat kucing lain yg dapat mngantikan tempat dia….
    Entri terbaru Nana – Ayat2 CintaMy Profile

  3. Kucing memang binatang yang cantik, sayang bulunya dapat membahayakan kesehatan.

  4. saya baru je ambil seekor anak kucing siam terbiar…
    Entri terbaru noorsyamsul – WORDLESS WEDNESDAY: MY YELLOW PRINCESSMy Profile

  5. Meski tak minat dengan kucing namun banyak nian kucing yang tinggal di rumah
    Entri terbaru smp3lembang – Alergi dan cara mengatasinya atau menghindarinyaMy Profile

  6. i love cats. tapi mama tak kasi bela. nanti berak merata. :(
    Entri terbaru nikkhazami – (Gambar) Mural Pemetik Suis 3D Pada BangunanMy Profile

  7. Saya pun minat juga dekat kucing nie sampai rumah ‘penuh’ dengan kucing… hehehe
    Entri terbaru Budak Lanun – The Avengers (2012) 720p HD TSMy Profile

  8. sarraazzam says:

    kucing xsesuai la bela dlm rmh.

  9. saya dari kecik sampailah form 1 kalau kucing belaan mati, menagislah..hehe..

    pengalaman bela kucing ni macamĀ², ada kucing yang ajak teman dia nak beranak, ada yang beranak dalam celah kangkang saya..haha

    kucing adalah teman karib semasa kecikĀ² dulu, sekarang susahlah nak bela sebab duduk rumah atas
    Entri terbaru cikgu naman – WW-Nak Jadi Model Ubat GigiMy Profile

  10. Kucing memang kesukaan rasullulah tapi saya dengan haiwan kurang sikit
    Entri terbaru ProfHariz – Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

  11. kucing ni kalau nk main best.tp nk bela mintak ampun la.xnak..huhu

  12. suka kucing apalgi yg bulu gebu, tp dgn seriusnya tak reti sgt nak jaga pet dgn baik dan cermat.. huhuhu

  13. kucing haiwan yg sgt memahami..jgnlah menyeksa kucing..huhu
    Entri terbaru adele – Safa dan Marwah (1)My Profile

  14. ya saya juga suka dengan kucing, habis lucu sekali…
    Entri terbaru diet sehat – Cara Aman Menaikan Berat BadanMy Profile

  15. tuan,kalau nak anak kucing saya boleh bagi..kucing kacukan domestic/persian..baru 6 bulan umur
    Entri terbaru Zarul Umbrella – Masih Ada Yang Sudi…My Profile

Trackbacks