Kucing siapa suka

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, anak bujang aku sorang ini memang suka sangat dengan kucing. Kalau mengadap kucing boleh berjam-jam tetapi malangnya permintaan beliau nak memelihara kucing tidak mendapat perkenan ibu tercinta. Untuk melepaskan rindu pada sang kucing hanya apabila pulang menziarahi atok di kampung yang mempunyai minat yang sama. Abah memang minat sangat dengan kucing sejak aku kecil lagi memang tidak pernah tidak ada kuching di rumah.

Anak bujang minat dengan kucing.

Orang tua kata kalau anak-anak suka dengan binatang peliharaan seperti kucing sifat caring nya tinggi jadi khidmat kepada orang tua juga sangat tinggi. Mungkin ada betulnya sebab aku tengok adik aku no tiga memang suka sangat dengan kucing dan sekarang sudah enam tahun dengan penuh sabar menjaga ibu dan arwah bapak mertua dengan sabar. Semuga anak bujang aku juga mempunyai sifat sabar dan boleh memberi khidmat kepada aku dan isteri suatu masa nanti.

Kucing juga binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Kucing ini memang binatang yang unik dan sangat manja. Aku bukanlah peminat kucing tetapi seronok juga melayan apabila kucing datang nak bermanja-manja. Aku tahu ramai juga Rakan Blogger yang suka dengan kucing antaranya Kak Jie, Mr Kay dan Emila Yusof.

Ala comelnya kucing ni

Baru-baru ini ketika aku seronok menjelajah blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa blog Curious Cat memanglah best tengok video kucing yang ada kat blog ini kalau tak percaya tengoklah terutama kepada yang minat kucing. Kucing yang dipaparkan di blog Curious Cat memanglah tersangat cute membuatkan aku bersemangat nak pelihara kucing tapi tak pelah simpan sebagai impian sebab pasti tidak akan dapat perkenan my darling. Kepada peminat kucing yang dah klik blog Curious Cat jangan lupa pulak klik dan like Fanpage Curious Cat dan follow Twitter untuk kongsi cerita.

Ini sebahagian daripada video kucing yang sangat cantik kalau nak tengok banyak aksi menarik kucing ini lansung je lah ke blog Curious Cat. Rugi kalau tak tengok.

---

  1. Kadang-kadang suka pelihara kucing..kadang2 tak suka..hehe..kena ada pengurusan yang betul baru best pelihara kucing..kat rumah ada sekor..hehe
    Entri terbaru Hafizul – Cabaran SEO – Lelaki KacakMy Profile

  2. comelnya dua-dua ..kucing dengan anak :D

  3. lucu sekali kucing yang ada digambar itu…
    Entri terbaru Dadan – Daftar Pemain EPL Masters Indonesia Cup 2012My Profile

  4. Pernah terbaca riwayat kisah tersebut… Baru dapat memori recall.. thks DH.
    Entri terbaru irsah – Anti Virus Norton 2012 Product Key Free dan Percuma untuk 6 Bulan DownloadMy Profile

  5. Baru tahu bahwa nama kucing kesayangan Nabi Muhammad SAW adalah Mueeza
    Entri terbaru Dadan – SUPER BIGMATCH : Persija Jakarta vs Persib BandungMy Profile

  6. saya ada kisah di mana ada seorang jiran bekas bos saya.. dia ada seekor kucing dan alami kerosakan tulang belakang (patah agaknya). jadi dia sanggup habiskan RM20K untuk rawatan tulang belakang kucing itu. Itulah kisahnya mereka yang kaya raya dan ada kucing.. suatu tempat di setiabakti, bukit damansara.. :)
    Entri terbaru KiD – Masterchef Selebriti Malaysia 26 Mei 2012My Profile

  7. suka juga kucing tp keadaan x izinkan nak bela.. heheh
    Entri terbaru gnesop – Cabutan bertuah Pretty Smart KITCHEN oleh IKEAMy Profile

  8. aku sukanya hamster imut dan lucu
    Entri terbaru smp3lembang – Jaclyn Victor menjadi juri tamu Indonesian Idol 25 Mei 2012/ 6 Besar Indonesian IdolMy Profile

  9. la yang curious cat kak jie dok cerita ada fanpage rupanya
    mahal tak beli sekor ni..huhu
    Entri terbaru syahrilhafiz – Bagaimana Saya Menjaga Bounce Rate Blog Bawah 1% ?My Profile

  10. memang comel kucing2 yang ada kat blog curious cat tu. Don sendiri pun amat meminati kucing. Tapi sejak di cakar kucing satu ketika dulu Don bertukar kepada haiwan lain.
    Entri terbaru donnyien – Bila boring, apa saya buat…My Profile

  11. kata org utk mencari kucing yg elok kena tengok lelangit dia, kalau ada warna hitam, itu tandanya kucing baik dan bawak tuah pada tuannya entah ye ke, kata org tua dulu2 la :)
    Entri terbaru auc dot com – Amaran Doktor: Jeans Ketat Punca Kerosakan SarafMy Profile

  12. masa kat asrama dulu benci sangat kat kucing sebb hari2 berak bawah katil aku, mcm x de tempat lain gamaknya
    Entri terbaru auc dot com – Amaran Doktor: Jeans Ketat Punca Kerosakan SarafMy Profile

  13. Minat pada kucing tiada batasan,
    Rela habis wang ringgit untuk makanannya,
    Rupanya menarik bulunya lebat menawan,
    Cukup selesa bila bergurau dengannya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.My Profile

  14. K-Kelibatnya seperti seekor sang belang.
    U-Untuk menjadikan teman kepada manusia.
    C-Cukup ceria melihat aksi dan karenahnya menjilat bulu.
    I-Ia bukan sekadar binatang piliharaan.
    N-Namun apabila dibelai ia cukup manja.
    G-Gayanya membuat kanak-kanak teruja.
    Entri terbaru sensasi2020 – Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.My Profile

  15. Kucing dipilihara penuh minat,
    Sudah tentu kanak-kanak suka,
    Mereka adalah teman bukannya pengkhianat,
    Boleh menceriakan dikala kita berduka.
    Entri terbaru sensasi2020 – Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.My Profile

Trackbacks