Kucing siapa suka

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, anak bujang aku sorang ini memang suka sangat dengan kucing. Kalau mengadap kucing boleh berjam-jam tetapi malangnya permintaan beliau nak memelihara kucing tidak mendapat perkenan ibu tercinta. Untuk melepaskan rindu pada sang kucing hanya apabila pulang menziarahi atok di kampung yang mempunyai minat yang sama. Abah memang minat sangat dengan kucing sejak aku kecil lagi memang tidak pernah tidak ada kuching di rumah.

Anak bujang minat dengan kucing.

Orang tua kata kalau anak-anak suka dengan binatang peliharaan seperti kucing sifat caring nya tinggi jadi khidmat kepada orang tua juga sangat tinggi. Mungkin ada betulnya sebab aku tengok adik aku no tiga memang suka sangat dengan kucing dan sekarang sudah enam tahun dengan penuh sabar menjaga ibu dan arwah bapak mertua dengan sabar. Semuga anak bujang aku juga mempunyai sifat sabar dan boleh memberi khidmat kepada aku dan isteri suatu masa nanti.

Kucing juga binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Kucing ini memang binatang yang unik dan sangat manja. Aku bukanlah peminat kucing tetapi seronok juga melayan apabila kucing datang nak bermanja-manja. Aku tahu ramai juga Rakan Blogger yang suka dengan kucing antaranya Kak Jie, Mr Kay dan Emila Yusof.

Ala comelnya kucing ni

Baru-baru ini ketika aku seronok menjelajah blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa blog Curious Cat memanglah best tengok video kucing yang ada kat blog ini kalau tak percaya tengoklah terutama kepada yang minat kucing. Kucing yang dipaparkan di blog Curious Cat memanglah tersangat cute membuatkan aku bersemangat nak pelihara kucing tapi tak pelah simpan sebagai impian sebab pasti tidak akan dapat perkenan my darling. Kepada peminat kucing yang dah klik blog Curious Cat jangan lupa pulak klik dan like Fanpage Curious Cat dan follow Twitter untuk kongsi cerita.

Ini sebahagian daripada video kucing yang sangat cantik kalau nak tengok banyak aksi menarik kucing ini lansung je lah ke blog Curious Cat. Rugi kalau tak tengok.


Spread the love

240 Comments

  1. Assalammualaikum.

    Memang suka kucing dari kecil. Masuk ni dah berapa kali bela kucing. Dulu ada kucing. Siap bela lama, dua-dua akhirnya mati pada umur 18tahun dan 17tahun. Dua2 meninggal memang tangkap sedih la. Sebab bela dari sekolah rendah, meninggalnya bila dah umur lewat 20an.

    Lepas tu bela lagi, hilang pada umur 8 tahun. Sedih lagi. Bela lagi kucing yang bertandang ke rumah. Meninggal tahun ni umur 9 tahun. Tahun lepas ada kutip anak kucing jantan di pasar sebab anak kucing tu jatuh longkang tak dak siapa nak selamatkan. Alhamdulilah, masih ada, tapi la ni tengah tempang sebab tiba-tiba kaki bengkak, ganas sebab nak jaga kawasan tu.

    Satunya bila bela kucing ni memang kena sabar, taik kucing tu kadang2 ada la juga, tapi dah jadi sabar aje. Nak ajar kucing ke tandas, senang je, kalau dia terpoo, ambil sedikit najis tu, campak di dalam tandas, biar la aroma tuu naik secukup rasa secukup masa, hehee, lain kali, kalau kucing nak kencing atau berhajat, secara auto dia akan ke tandas. Hehee.
    Curahan rasa RestNrilekS @ ..Made with Paper. Love IT.My Profile

  2. suami dan anak sy yg sulung suka kucing , sy dan 2 lagi ank kurang .. entah kenapa.. mungkin kerana org yg suka kucing ni penyabar , dan saya bukan kategori penyabar
    Curahan rasa puanbee @ ..Kerenah AnakMy Profile

  3. Masa kecik-kecik dulu saya suka kucing.. Bila jumpa kucing dekat jalan, saya akan bawa balik rumah dan bela.. Sampai emak saya naik marah.. sebab dah banyak sangat bela kucing.. Ada kalanya kena basuh berak kucing lagi..

    Tapi bila dah kahwin, saya tak berani bela kucing.. Sebab keluarga disebelah isteri saya ramai yang mengidap penyakit asma.. 2 orang anak lelaki saya juga turut mengidap penyakit asma..

    Walaupun kedua-dua anak saya dengan kucing, kami terpaksa menghalang mereka daripada bermain dengan kucing.. Kena ikut nasihat doktor..

    Saya turut mengakui kebenaran kata-kata denaihati, orang yang suka kucing ni seorang yang baik dan penyayang.. 😉
    Curahan rasa Anuar @ ..Tips Diet ke 61 hingga 65My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!