Kucing siapa suka

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, anak bujang aku sorang ini memang suka sangat dengan kucing. Kalau mengadap kucing boleh berjam-jam tetapi malangnya permintaan beliau nak memelihara kucing tidak mendapat perkenan ibu tercinta. Untuk melepaskan rindu pada sang kucing hanya apabila pulang menziarahi atok di kampung yang mempunyai minat yang sama. Abah memang minat sangat dengan kucing sejak aku kecil lagi memang tidak pernah tidak ada kuching di rumah.

Anak bujang minat dengan kucing.

Orang tua kata kalau anak-anak suka dengan binatang peliharaan seperti kucing sifat caring nya tinggi jadi khidmat kepada orang tua juga sangat tinggi. Mungkin ada betulnya sebab aku tengok adik aku no tiga memang suka sangat dengan kucing dan sekarang sudah enam tahun dengan penuh sabar menjaga ibu dan arwah bapak mertua dengan sabar. Semuga anak bujang aku juga mempunyai sifat sabar dan boleh memberi khidmat kepada aku dan isteri suatu masa nanti.

Kucing juga binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Kucing ini memang binatang yang unik dan sangat manja. Aku bukanlah peminat kucing tetapi seronok juga melayan apabila kucing datang nak bermanja-manja. Aku tahu ramai juga Rakan Blogger yang suka dengan kucing antaranya Kak Jie, Mr Kay dan Emila Yusof.

Ala comelnya kucing ni

Baru-baru ini ketika aku seronok menjelajah blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa blog Curious Cat memanglah best tengok video kucing yang ada kat blog ini kalau tak percaya tengoklah terutama kepada yang minat kucing. Kucing yang dipaparkan di blog Curious Cat memanglah tersangat cute membuatkan aku bersemangat nak pelihara kucing tapi tak pelah simpan sebagai impian sebab pasti tidak akan dapat perkenan my darling. Kepada peminat kucing yang dah klik blog Curious Cat jangan lupa pulak klik dan like Fanpage Curious Cat dan follow Twitter untuk kongsi cerita.

Ini sebahagian daripada video kucing yang sangat cantik kalau nak tengok banyak aksi menarik kucing ini lansung je lah ke blog Curious Cat. Rugi kalau tak tengok.

---

  1. Oh ya…Sahabat Nabi SAW pun ada yang suka kucing…
    Entri terbaru Dadan – SUPER BIGMATCH : Persija Jakarta vs Persib BandungMy Profile

  2. Dulu waktu belum nikah saya punya kucing jantan berwarna putih, namanya Onet
    Entri terbaru Dadan – SUPER BIGMATCH : Persija Jakarta vs Persib BandungMy Profile

  3. alamak terbongkar juga akhirnya rahsia kenapa i buat blog nama kittymuiza… sempena nama kucing Nabi saw.. sengaja ambil berkat binatang kesayangan Nabi saw..

  4. Saya dan anak2 suka kucing….
    Entri terbaru Dadan – SUPER BIGMATCH : Persija Jakarta vs Persib BandungMy Profile

  5. ingatkan kopi tadi
    Entri terbaru auc dot com – Google Tablet Nexus Keluar Julai NantiMy Profile

  6. btol tu org tua selalu kata org yg suka binatang ni penyayang… Tp saya bela ikan pun selalu mati… Heheheheh

  7. saya suka binatang. lagi2 kucing!!hahahahaha. dari kecik mmg xpernah xder kucing dlm rumah kami. paling byk, pernah ada 11 ekor dalam 1 masa.
    Entri terbaru Lizz – Kesan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta – Ramai Wanita Bakal Bekerja?My Profile

  8. sukaa gila kucing
    Entri terbaru eyra – When women get angryMy Profile

  9. kucing mmg sgt comel..nk plak kalau dpt y gebus2..besar gabak tu..syok giler dpt peluk…
    hehehehehehe…
    Entri terbaru are_rull – Movie : Dark ShadowsMy Profile

  10. kucing comel :D
    Entri terbaru azriMy – Aplikasi Facebook CameraMy Profile

  11. nice info gan
    mantaap

  12. Saya suka kucing tapi tak suka bela :) sebab wife tak minat sgt kucing – ades…
    Entri terbaru azman – Siapa Lelaki Kacak Pemilik WWW 1?My Profile

  13. org tua ckp, laki yg suka kuceng ni, romantik.
    Entri terbaru faizfakhirin – #Tension Billionaire China Bayar 5 Million Untuk Mencari Gadis Masih Dara Dijadikan IsteriMy Profile

  14. akak tak berapa suka sangat dengan kucing, memang dari kecik kat rumah arwah emak/bapak tidak ada kucing yang dipelihara, sekali sekala kucing sesat adalah… macam ada betulnya jugak.. orang yang sayang kucing sangat “perhatian” orangnya….
    Entri terbaru sweetkurma – buah hati suami orang….. ampunnnnnMy Profile

  15. Memang seronok melayan kerenah si comel
    terutama bila dia gemar bermain dgn kita…
    Entri terbaru nurmisnan – Kopi main sorok2 dengan tuan rumahMy Profile

Trackbacks

  1. [...] baca entri “Kucing siapa suka” di blog Denaihati, teringin nak bercerita tentang kucing, haiwan peliharaan yang aku paling [...]

Artikel pilihan...close