Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. Dlm bulan puasa ni, ada ke contest yg besar2, hendak mengejar amalan pahala berganda takut nanti kurang penyertaan bila dibuat, hrp2 tiada halangan, puasa atau bukan bulan puasa sama saja, agama tidak melarang kita membuat sesuatu pekerjaan asalkan tidak melanggar larangannNya.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan BerpuasaMy Profile

  2. thanks bro..bro, nak jemput bro dan denaihati jadi pengadil contest eyriqazz vs denaihati tu boleh? Maybe boleh ubah term n condition juga..lagipun contest ni lama lagi berlangsung…
    Curahan rasa eyriqazz @ ..Eyriqazz vs The BloggersMy Profile

  3. Ini cuma pendapat saya kurang cekap dari segi SEO.

    Domain baru ada kelemahannya – dipanggil sebagai “honeymoon”. Tempoh turun tu biasanya bukan sekejap. Berada diatas sekejap dan kemudian turun balik entah kemana. Kalau tersilap gaya kena sandbox. Untuk naik balik memerlukan usaha. Sama juga untuk contest eyriqazz vs denaihati pun. TLD domain tetap mendapat kelebihan. Walaupun cuma post sahaja dikira, tapi kena ingat domain yang ada kat atas untuk keyword yang sama mempunyai kelebihan sitelink (biasanya jika dapat PR2 ke atas. ). Blog saya yang PR1 pun ada sitelink. Adakah link dari sitelink tidak dikira dalam pertandingan eyriqazz vs denaihati?

    Lagi satu, kalau nak diikutkan adil contest eyriqazz denaihati tidaklah adil sangat, kerana blog yang mempunyai PR3 ke atas sudah tentu mempunyai kelebihan dari segi ranking. Masuk lah last minute, dan rank.

    Kalau nak betul-betul adil buatlah contest ikut PR blog masing-masing. Ataupun semua orang perlu start fresh blog tanpa guna domain yang ada keyword. Baru adil.
    Curahan rasa zuls @ ..Muhasabah : Ramadhan dan Pengurusan MasaMy Profile

    1. Honeymoon period ni tak sampai sebulan pun biasanya, jadi takde masalah untuk join contest yang berlangsung selama 3 bulan.

      Tak semestinya juga dan tiada jaminan high PR = high ranking. Advantage? Ya, memang ada kepada pemilik domain yang ada PR tinggi tapi blog lain yang ada PR rendah boleh je lawan balik.

      Kena ingat, Google sendiri tak pentingkan sangat tentang PR. Tengok dalam laman web/webmaster blog mereka, ada ke diorang announce pasal PR? PR adalah lebih kepada panduan dan bukan ciri utama dalam SEO sekarang.
      Curahan rasa ariff @ ..Handphone Untuk AnakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!