Konvoi Freedom Flotilla di Mavi Marmara diserang Israel – ALLAHU AKBAR

Spread the love

Salam 1Malaysia, rasa letih dari ziarah Kemboja masih belum hilang tetapi apa yang berlaku ke atas Konvoi Freedom Flotilla sangat menyahat hati. Israel telah menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa Konvoi Freedom Flotilla yang mengakibatkan korban melebihi 16 orang sehingga saat tulisan ini ditulis.

Sehingga saat tulisan ini ditulis nasib 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care serta 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya masih belum diketahui akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Perasaan sedih yang amat sangat ini kerana :

1. Anak-anak aku dengan penuh semangat telah menderma untuk tabung Konvoi Freedom Flotilla yang dianjurkan oleh HALUANPalestin dan juga ikut serta dalam perhimpunan Life Line 4 GAZA di Stadium Melawati, Shah Alam beberapa minggu lepas. Salah seorang NGO Malaysia adalah ayah kepada kawan anak aku.

2. Ketika dalam perjalanan menuju ke Airport Senai untuk ke Kemboja aku dengar wawancara LIVE di IKIM.fm bersama Saudara Noorazam Shamsudin yang mengatakan bahawa semua peserta rombongan telah bersedia untuk berkorban masa, harta dan nyawa untuk membantu Rakyat Palestin di GAZA. Semuga yang terkorban itu akan di tempatkan di Syurga, insyallah.

3. Melihat berita di CNN menyatakan bahawa serangan Israel ini dilakukan kerana mereka diserang oleh aktivis. Tak logik lansung alasan yang diberi oleh Israel jahanam ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt.

Untuk  1Dunia sila terus bersama Life Line 4 Gaza dan HALUANPalestin untuk berita terkini. Semuga ada hati yang tersentuh dan sila copy paste dan hebahkan sebanyak yang boleh…silakan…


Spread the love

80 Comments

    1. @aura pelupa, itulah yg sebaik2nya..tp kempen boikot nie tak berterusan & kurang berjaya…
      .-= Nadri´s last blog ..Sudah Tersepit Diperkosa Pulak =-.

  1. inilah masanya untuk kita boikot produk2 yahudi terutama produk2 makanannya.. dan bertukar kepada produk2 halal lagi baik.. sebagai contoh produk daripada HPA…
    .-= Syafrizal´s last blog ..Tesco disaman RM1.6 juta kerana jual ayam tak halal =-.

  2. antara topik yg dibincangkan semalam bersama azmanishak, noktahhitam, blowie dan qillans87 (meet up at setiawangsa). memang tidak berperikemanusiaan lansung. hate israel!
    .-= mohdisa´s last blog ..MASUM Cup 2010 =-.

  3. Pingback: IMCurtain.com
    1. @Bang Iwan, dalam negara Islam ada Yahudi yg akan pastikan Islam tidak bersatu lihat sahaja di Malaysia dan Indonesia pun tak bisa bersatu inikan pulak seluruh negara Islam.

  4. Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
    Turunkan para Malaikat-Mu untuk membantu konvoi misi kemanusiaan ke Gaza ini, sebagaimana telah Engkau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.

    Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
    Ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fisabilillah.

    Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
    Janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami. Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.

    Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.

    Ya Hayyu Ya Qayyum,Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
    Anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.
    .-= Bang Iwan´s last blog ..Sehidup (tak) Semati | Sinopsis | Movie Trailer =-.

  5. Sebagaimana diberitakan, kapal berbendera Turki itu tidak hanya berisi 10.000 ton bahan bantuan kemanusiaan, seperti obat-obatan, makanan, peralatan rumah sakit, peralatan sekolah, peralatan pemurnian air, bahan konstruksi dan kebutuhan gizi balita.

    Tetapi kapal itu juga berisi lebih dari 600 orang dari berbagai bangsa, dari berbagai profesi dan termasuk pula anggota parlemen Israel. Di antara penumpang terdapat perempuan dan anak-anak.

    Bahkan kapal ini pun dikawal beberapa kapal lain yang berukuran lebih kecil yang berasal dari Turki, Yunani dan Inggris.

    Inilah pertama kalinya sejak 3 tahun blokade Israel terhadap Gaza ditembus kapal membawa bantuan kemanusiaan.

    Namun semua itu tidak dapat menghentikan nafsu binatang tentara Israel untuk menyerang membabi buta terhadap para penumpang di dalam kapal. Dan setiap kali mereka melakukannya, selalu ada dalih yang dikemukakan, seperti yang dikatakan Avital Leibovich di atas.
    .-= Bang Iwan´s last blog ..Sehidup (tak) Semati | Sinopsis | Movie Trailer =-.

  6. rase sgt sedey/geram dll tengok brite ini ..
    semalam tgok berita…ase nk bom je dorg balik… haih tak mampu.. tp sama-sama kita doakan mereka selamat dr kekejaman yahudi yng tak sedar diri tu……..!! 🙁
    .-= mummynana´s last blog ..Buah Hati Pengarang Jantung =-.

    1. @mummynana, setiap umat Islam yg normal pasti ada perasaan begitu terutama apabila melihat alasan Israel dalam berita CNN.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!