Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hampir setiap hari Rakyat Malaysia akan didedahkan dengan berbagai kontroversi Pusat Fidlot Nasional. Aku rasalah tak ramai rakyat yang faham maksud Fidlot ni. Aku nak tanya pada Rakan Blogger tahu ke apa itu Pusat Fidlot Nasional atau National Feedlot Corporation (NCF)? Aku dah tahu lama tentang projek NCF ini yang kebetulan tak sampai 15km daripada kampung aku di Gemas.
Tujuan projek ini dibuat sangat bagus mencontohi pertanian modern yang diamalkan di Belanda tetapi malangnya perlaksaannya sangat mengecewakan. Kes ini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia setelah Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan berbagai kepincangan dan apalagi peluang terbaik untuk pembangkang hentam atas bawah kiri kanan Kerajaan.
Yang aku tak faham kenapalah DS Shahrizat Abdul Jalil bangang sangat (Maaf ya Datuk Seri guna bahasa kasar) membiarkan suaminya menguruskan projek ini dah lah tu semua anak-anaknya pun masuk sekali. Nampak sangat pengali lubang sendiri yang ditunggu-tunggu pembangkang jadi tak salahlah kalau pembangkang ambil peluang semaksimum yang boleh dalam isu NFC. Adakah DS Shahrizat nak ikut cara segelintir ahli politik yang anak beranak menguasai Parti Politik tapi sibuk memperjuangkan kronisme … itu yang orang kata cakap tak serupa bikin.
Kepada yang belum tahu cerita panas NFC bernilai RM250juta atau Rupiah722Milyar boleh baca panjang lebar @ Kontrovesi NFC.
Ramai yang sedang melihat bagaimana DS Najib Razak akan menyelesaikan masalah ini. Kontroversi NFC boleh menjadi penentu Pilihanraya Umum ke 13 untuk DS Najib Razak dan Barisan Nasional. Pasti DS Najib tidak akan mengambil risiko hanya untuk menyelamatkan 2 – 3 orang yang salah urus NFC seperti yang telah dilaporkan oleh Audit Negara. Penyelesaian isu ini pasti akan meningkatkan Ramalan Undian PRU 13 untuk Barisan Nasional.
Kalau ada berita terkini kontroversi NFC jangan lupa update untuk makluman kita semua.
115 Comments
setuju dgn entri ni, rasanya DS Sharizat mcm gali kubur sendiri. dan jelas, kredibiliti beliau utk rampas kerusi Lembah Pantai mcm tipis je berhubung kait dgn isu ni. bagi saya, eloklah jika beliau undurkan diri. rosak rosak.
Curahan rasa riffzam @ ..#22 – Hijau Rosak
ye itulah politik . ape nak buat..
Curahan rasa alpian @ ..3 Kebiasaan Pemicu Gairah
dah nama menteri mestilah ada jugak dapat bahagian…..tgk lah anak gan suami leh dapat, mau tak jd jutawan segera
Curahan rasa hafizal @ ..Siapa Nak Hadiah Pekej Percutian…Jom….!!!!
Benar sekali kita semua harus sejahtera
Sejak akhir2 ini byk isu panas baik BN maupun parti pembangkang, sama2 ada masaalah masing2. Rakyat semakin keliru dgn permainan politik. Apa yg penting adalah keikhlasan hati dlm menjalankan tugas, amanah dlm kerja yg diberi, jujur dlm melaksanakan tanggungjawab, setia berkhidmat utk agama, bangsa dan negara. Barulah tiada isu berbangkit dan rakyat tidak pandang serong terhadap pemerintah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Seharusnya pemimpin lebih adil
Semoga isu ini ditangani dgn sebaik mungkin, DS Shahrizat perlu meletakkan jawatan yg dipegangnya sbg tanda kesetiaannya pada parti pemerintah. Tidak perlu bercuti pjg kerana ini tidak akan menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh suaminya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
–>> Byk ada ketirisan dlm BN, cuma individu yg dipertanggungjawab tidak bertanggungjawab dlm melaksanakan tugas2 mereka.
–>> Kerajaan bantu itu dan ini, tapi segala kepercayaan yg diberi disalah gunakan. Inilah yg selalu berlaku.Setiap amanah diberikan oleh kerajaan tidak dilaksanakan dgn sebaik mungkin.
–>> Ctnya: Kerajaan beri kita BR1M (RM500), jika kita digunakn sebaik mungkin dgn RM tu, apa akan jadi, sudah tentu bertambah lebih drp RM500 dan jika RM500 tu kita guna di jalan yg salah spt membeli handphone. Duit tu akan mati di situ.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
ada dgr suami cerita … tp kureng faham sgt sbb malas amik port hal2 politik ni
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #22 : Oh Pizza ! (teringinlah pulak …)
tak tau laa apa nak dikata..
saya x berapa mengikuti isu ni, so x berapa faham akan apa yang berlaku
Curahan rasa Juan @ ..Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak
corrupt , isk2 hancur2. ape la nk jadi dgn politik malaysia.
Sharizat tu senator je kan…kan…
Curahan rasa Syarih @ ..Ikan Bakar Mengelupur…Sedap.
aku kekadang pening dengan politik Malaysia nih. Sorang kata macam nih, sorang lagi kata macam tu, masing-masing nak menang je. Pelik juga ye nak bela lembu pun kena modal juta-juta ke…erm…
Curahan rasa Syarih @ ..Ikan Bakar Mengelupur…Sedap.
tu projek utk menampung bekalan daging negara..tp jatuh ketangan yang menagmbil kesempatan..
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Tips Penjimatan Minyak
Politik mmg begitu…jrg sekali bersih…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
Dunia politik tu biasala..
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #9
politik dalam malaysia ni mana ada yg betul-betul sahih…semua pk duit je…
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia
Comments are closed.