Kod Etika penulis blog perlukah?

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pena ini ibarat mata pedang yang tajam yang boleh meruntuhkan sebuah kerajaan dan menghancurkan sebuah kuasa. Ketika zaman penjajahan samada di Malaysia dan Indonesia penulis menjadi musuh kepada penjajah. Penulis ditakuti kerana penulisan mereka boleh mempengaruhi minda masyarakat yang terjajah. Penulis akan menulis dengan penuh rasa tanggungjawab dan padat dengan fakta kerana mereka tahu apa akibat daripada penulisan mereka, Begitulah hebatnya penulis suatu masa dahulu.

Zaman dah berubah kini siapa sahaja boleh menulis apa sahaja yang mereka nak tulis. Blog menjadi wadah yang paling popular walaupun semakin diambil alih oleh media sosial lain seperti Twitter dan Facebook. Penulis sekarang tidak boleh ditegur kerana dengan prinsip demokrasi mereka ada hak untuk menulis apa, cara apa, bagaimana, bahasa apa, mencarut, mengeji, racist, memaki dan sebagainya siapa peduli.

Kerana ini seperti seru Tun Dr Mahathir setiap penulis blog perlu ada kod etika ketika menulis blog. Kalau dulu pena itu lebih tajam dari pedang tapi kini jari jemari yang berlari di atas keyboard lebih tajam dari pedang. Aku selalu ingat kalau bukan manusia pasti Allah melihat setiap aksara yang aku ketik untuk menghasilkan entri samada di blog, twitter atau facebook…peringatan untuk yang rendah diri …AKU.

Petikan ucapan Tun Dr Mahathir : “Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak. Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti. Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati,”. Utusan.

[ad#Mangga 300]

242 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!