Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, biasa sangat apabila dengar ceramah agama pak ustaz akan menasihati kita supaya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian ALLAH samada yang senang atau susah. Tetapi, menjadi lumrah manusia semasa senang kekadang terlupa pada ALLAH tetapi apabila ditimpa kesusahan tidak lekang di bibir memohon pertolongan. Ramai ustaz yang memberi peringatan tetapi sering kali kita terlupa. Mungkin kisah ini akan membuka hati kita ..
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syilling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku” Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu) – Surah Azzumar ayat 49.
Ramai kata kawan semasa senang ramai tetapi semasa susah ramai yang melarikan diri. Fakta ini hanya benar sekiranya semasa senang kita lupa pada kawan-kawan dan hanya berkawan dengan yang setaraf sahaja. Daripada pengalaman aku kalau kita tidak lupa kepada ALLAH dan kawan semasa senang pasti di masa susah berbagai bantuan akan tiba tanpa disangka-sangka.
Semuga kisah duit syilling jatuh dari langit menjadi pengajaran kepada kita supaya jangan sesekali lupa pada kawan-kawan dan paling penting sekali jangan lupa pada ALLAH apabila kita senang kerana hidup ini bagai roda sekali di atas sekali di bawah sentiasa kena bersiap sedia dalam apa juga keadaan.
Mungkin anda ada kisah yang sama boleh dikongsikan di ruangan komen untuk dijadikan pengajaran kita bersama.
423 Comments
kisah yang boleh kita mengambil ibrah disebalik kisah ini semoga dapat menambah khazanah kita akan kehidupan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Ingatlah Sang Pemutus Segala Kelezatan
kita sering ambil yang mudah saja tapi yang susah kita lupakan, nak yang senang tapi tak mahu yang susah.
Curahan rasa ikhwan @ ..Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di Ashadee
begitulah simbolik dalam kehidupan, kita sering ambil nikmat yang diberi tetapi tidak memahami sakit yang mempunyai mesej.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
sebab itu kita perlu rasa sentiasa bersyukur.. walaupon dapat rezeki sikit kita perlu tetap rasa syukur tu..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
semoga kita sellau diingatkan untuk selalu mensyukuri setiap nikmat Allah yang begitu banyak
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
kisah yang menarik untuk dijadikan pelajaran dan diambil sebagai pengalaman dalam kisah kehidupan
Curahan rasa risalah @ ..BACAAN SURAT SETELAH AL FATIHAH
Manusia sukar bersyukur atas pemberian Allah. Kerana ego, merasa diri hebat tidak nampak kebesaran Allah. Sedangkan terlalu banyak nikmat Allah .Minta di jauhkan.
Curahan rasa rika @ ..Kerana Gadjet Rosak Komunikasi Keluarga
Zuhud adalah yang utama sahabat Nabi selalu mengutamakan kezuhudan meski mereka memegang dunia di tangannya
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
tak ada duit jatuh dari langit. semua kena usaha baru dpt hasilnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Secara logiknya pasti lah ada yang membalingnya dari atas.. hehe..tak dernya duit tuh datang bergolek kepada kita kalau tak diusahakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
betul tu..usaha mesti dilakukan untuk menggapai sebarang kejayaan..rezeki takkan bergolek jatuh
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tanpa usaha yang berterusan, jangan harap rezeki akan datang bergolek depan mata..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kita harus yakin bahwa Allah Maha Pemurah lihatlah begitu banyak nikmat yang telah diberikan keoada kita
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Kisah yang mempunyai pengajaran..bila batu jatuh barulah tengok atas
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Mana yang baik kita ambil sebagai pengajaran.. banyak unsur2 positif dari kisah seperti ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.