Kisah penipuan di Low Yat Plaza

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, kecoh 1Malaysia kisah pelanggan mengamuk di Low Yat Plaza Bukit Bintang katanya kena tipu oleh peniaga. Pemuda tersebut dikatakan telah ditipu oleh peniaga yang telah menjual smartphone Oppo tiruan dan tidak mahu menukar semula apabila diminta oleh pelanggan tersebut. Malah budak Melayu itu pulak dituduh mencuri. dipukul dan diserahkan kepada pegawai keselamatan. Penyiasatan sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Teringat pengalaman sendiri kena tipu beribu dollar beli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Kepada yang pernah menjejaki Sim Lim Square pasti setuju kalau aku katakan tiada bezanya dengan Low Yat Plaza yang menjadi pusat produk teknologi dan gajet terkenal. Semua gajet dan produk teknologi dari sekecik anak hingga sebesar emak semua produk dan jenama ada dijual.

iphon5s-penipuan-sim-lim-square

Ramai kawan-kawan kata mereka pernah tertipu membeli produk tiruan di Sim Lim Square seperti kes terbaru penipuan produk Oppo tiruan di Low Yat Plaza. Berbagai sungutan telah disuarakan pelanggan yang tertipu di sosial media tetapi tidak mendapat respond daripada pihak berkuasa. Pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan adalah mereka yang zero ilmu teknologi.

Penyokong pemuda yang dituduh mencuri serbu Low Yat Plaza
Penyokong pemuda yang dituduh mencuri serbu Low Yat Plaza
Di Sim Lim Square lebih teruk buka sekadar menipu dengan produk tiruan malah pelanggan ditipu dengan berbagai cara yang mengelirukan. Paling banyan penipuan adalah mengenakan kos tambahan untuk mengaktifkan sesuatu jenanama smartphone yang dibeli. Low Yat Plaza kalau dibiarkan pasti akan menjadi lebih teruk dari Lim Sim Square. Pasti lebih ramai pelanggan tempatan dan pelancong yang akan diperdaya. Penipuan ini pasti akan mencemarkan imej Malaysia.

Low Yat Plaza Bukit Bintang

Semuga kejadian terbaru di Low Yat Plaza akan membuka mata penguatkuasa dan Kementerian yang terlibat untuk bertindak. Jangan biarkan samseng bisnis mengaut keuntungan sewenang-wenang dengan menipu pengguna. Kisah penipuan di Low Yate Plaza bukan perkara baru tetapi sudah maklum di kalangan pelanggan.

Mengikut kata polis budak tu memang mencuri dan sudah didakwa di makmah tapi ini bukan bermakna tiada penipuan di Low Yat Plaza. Kisah terkini penipuan di Low yat Plaza di SINI.


Spread the love

103 Comments

  1. memang zero knowledge juga tentang teknologi ni.malas sangat nak fikir sebab beli handphone pun bukan mahal mana pun, still elok lagi pakai sampai sekarang 😀

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!