Kisah pengalaman hubungan suami isteri

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semalam dapat berita gembira adik dapat hak sepenuh penjagaan anaknya setelah bekas suaminya menarik diri daripada kes. Alhamdulillah syukur sahabat aku peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Md. Zain  dapat menguruskan dengan baik kes adik daripada awal memohon perceraian sehingga memohon hak penjagaan anak. Tiada pasangan suami isteri yang ingin hubungan yang dibina berakhir dengan perceraian tetapai kekadang itulah jalan terbaik.

Mungkin kawan-kawan sudah membaca entri “Suami isteri bukan untuk dimiliki” yang ditulis sempena ulang tahun perkawinan aku dan isteri yang ke dua puluh tahun. Berbagai pengalaman hubungan suami isteri telah kami lalui selama tempoh itu sebagai mana pasangan yang lain. Paling mencengkam apabila kami hidup berjauhan selama tiga tahun diperantauan jauh di negara orang dengan isteri perlu menguruskan anak-anak dan kehidupan sendirian. Bukan mudah tak percaya tanyalah Kak Jie yang sudah lali hidup berjauhan dengan suami.

Yuyu Zulaikha Kahwin
Akad nikah Blogger Yuyu Zulaikha

Hubungan suami isteri yang berjaya bukan datang bergolek begitu sahaja ianya perlu ilmu yang perlu dicari. Majoriti pasangan suami isteri sekarang ambil ringan malas nak belajar seni berumah tangga sehingga timbul berbagai masalah. Nak jadi doktor kena belajar, nak jadi jurutera kena menuntut, nak jadi ustaz kena mencari Ulama, nak jadi kaya juga kena tahu ilmu nak jadi kaya. Tapi kenapa nak jadi suami isteri kita tak nak belajar dengan mengharap kebahagian turun dari langit.

gambar keluarga Denaihati
Kebahagian perlu dibina bukan datang bergolek

Ilmu hubungan suami isteri boleh belajar daripada ibu bapa kita tetapi berapa ramai yang pengantin baru yang duduk dengan ibu bapa mereka dan ibu bapa mertua mereka untuk menuntut. Ibu bapa kita kalau tak ditanya tak kan mereka nak sibuk-sibuk mengajar sebab anak-anak zaman sekarang kan tak boleh diajar. Kalau zaman dulu anak-anak akan mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa mereka sebelum berkahwin daripada soal pengurusan luaran sehinggalah urusan dalam kelambu.

[box type=”shadow”]Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata, “Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mau belajar ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah‘, halaman 14-15) [/box]

Berapa ramai dikalangan suami isteri sekarang yang belajar bagaimana cara melayan seksual pasangan dengan cara yang betul. Mungkin ada tetapi tidak ramai yang belajar, yang lain gagal mengurus seksual suami isteri dengan betul dan ini adalah faktor paling utama berlaku perceraian di Malaysia. Kita tidak mahu belajar mungkin kita rasa sudah pandai atau mungkin kita malu sebab itu bukan amalan biasa masyarakat Malaysia. Dalam Islam memang mewajibkan umatnya belajar dan kalau tak tahu bertanya kepada yang tahu kerana kalau malu bertanya kita akan menjadi manusia yang rugi dan sesat dalam kehidupan. Tanpa ilmu maka berlaku perceraian dan mencari pasangan yang lain tetapi masalah tetap tidak selesai.

gambar nikah ariff shah
Blogger Ariff Shah bersama cinta hatinya

Sudah tiba masa kita mengubah persepsi dalam hubungan suami isteri dengan membawa elemen-elemen baru dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan hubungan bahagia berkekalan bukan sekadar memberi bunga di hari valentine. Dengan ilmu kita akan dapat membina hubungam suami isteri yang sentiasa segar dan sentiasa merasa kehangatan walaupun sudah bertahun-tahun.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini

Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini

Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]

Bagaiman hubungam suami isteri anda adakah masih segar dan hangat atau sekadar menghabiskan masa-masa yang berlalu?

——————————————————————

Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.

Rahsia terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

Antara penawar yang paling mujarab yang sudah membantu ramai para suami adalah dengan mengambil makanan sampingan VITALPLUS yang dapat membantu meningkatkan tenaga lelaki untuk bersama isteri tersayang. Cuba sekarang hanya RM290 sahaja yang boleh mengubah kehidupan anda dan isteri. Bukan viagra dan bukan bahan kimia yang akan memberi kesan sampingan kepada para suami. 100% herba yang selamat dan sudah mendapat paten daripada pihak berkuasa.

Pakej Percubaan : Sekotak Codi Cafe + 10 kapsul Vitalplus + Sebotol Codi Juice =RM290

Apakah VITAPLUS?

VITAPLUS adalah gabungan unik herba Cordyceps militaris dan Diserticola Cistancheyang dirumuskan untuk meningkatkan daya ingatan, mental dan stamina. Cordiceps militaris dipatenkan (WIPO: 2005/058022A1) yang mengandungi bahan aktif seperti Cordycepin,-asid cordycepic, asid glutamik, polisakarida, asid amino dan vitamin B12.

Vitalplus meransang seks lelaki

Cistanche deserticola dinamakan “Rou Congrong” di China, adalah pembual semula jadi penting. Dalam tradisi, pengamal perubatan Cina mencatatkan sebagai perangsang organ seksual untuk mengatasi masalah mati pucuk, ejakulasi pra – matang dalam lelaki dan kemandulan, Lukoria, metrorhagia banyak di kalangan wanita. Malah, cistanche telah saintifik dikaji dan dilaporkan bahawa ia kaya di phenylethanoid, jenis komponen aktif yang merangsang badan manusia untuk sistem pembiakan.

Kepada yang ingin mencuba sila buat pesanan

beli sekarang

Bertindak sekarang sebelum terlambat kerana ada ramai lelaki dan suami orang yang mempunyai daya seks yang kuat sehingga boleh menambat hati isteri anda yang sedang gersang.


Spread the love

140 Comments

  1. Saling mengerti dan mempercayai satu sama lain adalah penting dalam suatu hubungan, saling bekerjasama melakukan kerja rumah bukan suatu yang memalukan.. apabila cuti bekerja, suami boleh tolong isteri melakukan kerja rumah, pasti isteri akan merasa dihargai. Bukan nak merendahkan darjat suami menolong isteri, tetapi perlu juga suami bekerja sama dengan isteri agar terjalin hubungan yang mesra diantara keduanya.
    Curahan rasa nila anggraini @ ..Bahaya Kanser Prostat Intai LelakiMy Profile

  2. Jangan salah anggap bila PG banyak komen dekat sini. Bukan apa, memandangkan ada komen-komen yang PG baca, lots of them mungkin para suami, dan PG is ‘isteri’, tapi sebenarnya, ianya membantu untuk PG lebih mengenali hati lelaki seorang suami. Kiranya korang pengomen suami, mewakili sama suara hati seorang suami diluar sana. Its nice to be share kan. Ilmu rumahtangga, kena cari untuk dipelajari, bukan? 🙂
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!My Profile

  3. hidup berumah tangga ni banyak cabarannya. Walaupun wawa belum berpengalaman dalam isu suami isteri ini, tapi wawa tahu setiap pasangan mesti menginginkan rumah tangga yang baik, kekal sehingga akhir hayat. tak ada siapa yang nak rumah tangga diaorang berakhir dengan penceraian. Namun, kita hanya mampu merancang. Apa-apa pun, wawa doakan adik tuan denaihati.com bahagian bersama anaknya.
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOMMy Profile

    1. Setuju dengan wawa. Sampaikan ada satu tahap, rakan-rakan PG yang belum bertemu jodoh untuk berumahtangga, seakan takut untuk mendirikan rumahtangga, hanya kerana membaca dan melihat sendiri di Malaysia sahaja, berapa kes penceraian yang meningkat dari hari ke sehari. Semoga adik DH dan anaknya berbahagia. InshaAllah 🙂
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of HijabMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!