Kisah pengalaman hubungan suami isteri

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semalam dapat berita gembira adik dapat hak sepenuh penjagaan anaknya setelah bekas suaminya menarik diri daripada kes. Alhamdulillah syukur sahabat aku peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Md. Zain  dapat menguruskan dengan baik kes adik daripada awal memohon perceraian sehingga memohon hak penjagaan anak. Tiada pasangan suami isteri yang ingin hubungan yang dibina berakhir dengan perceraian tetapai kekadang itulah jalan terbaik.

Mungkin kawan-kawan sudah membaca entri “Suami isteri bukan untuk dimiliki” yang ditulis sempena ulang tahun perkawinan aku dan isteri yang ke dua puluh tahun. Berbagai pengalaman hubungan suami isteri telah kami lalui selama tempoh itu sebagai mana pasangan yang lain. Paling mencengkam apabila kami hidup berjauhan selama tiga tahun diperantauan jauh di negara orang dengan isteri perlu menguruskan anak-anak dan kehidupan sendirian. Bukan mudah tak percaya tanyalah Kak Jie yang sudah lali hidup berjauhan dengan suami.

Yuyu Zulaikha Kahwin
Akad nikah Blogger Yuyu Zulaikha

Hubungan suami isteri yang berjaya bukan datang bergolek begitu sahaja ianya perlu ilmu yang perlu dicari. Majoriti pasangan suami isteri sekarang ambil ringan malas nak belajar seni berumah tangga sehingga timbul berbagai masalah. Nak jadi doktor kena belajar, nak jadi jurutera kena menuntut, nak jadi ustaz kena mencari Ulama, nak jadi kaya juga kena tahu ilmu nak jadi kaya. Tapi kenapa nak jadi suami isteri kita tak nak belajar dengan mengharap kebahagian turun dari langit.

gambar keluarga Denaihati
Kebahagian perlu dibina bukan datang bergolek

Ilmu hubungan suami isteri boleh belajar daripada ibu bapa kita tetapi berapa ramai yang pengantin baru yang duduk dengan ibu bapa mereka dan ibu bapa mertua mereka untuk menuntut. Ibu bapa kita kalau tak ditanya tak kan mereka nak sibuk-sibuk mengajar sebab anak-anak zaman sekarang kan tak boleh diajar. Kalau zaman dulu anak-anak akan mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa mereka sebelum berkahwin daripada soal pengurusan luaran sehinggalah urusan dalam kelambu.

[box type=”shadow”]Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata, “Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mau belajar ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah‘, halaman 14-15) [/box]

Berapa ramai dikalangan suami isteri sekarang yang belajar bagaimana cara melayan seksual pasangan dengan cara yang betul. Mungkin ada tetapi tidak ramai yang belajar, yang lain gagal mengurus seksual suami isteri dengan betul dan ini adalah faktor paling utama berlaku perceraian di Malaysia. Kita tidak mahu belajar mungkin kita rasa sudah pandai atau mungkin kita malu sebab itu bukan amalan biasa masyarakat Malaysia. Dalam Islam memang mewajibkan umatnya belajar dan kalau tak tahu bertanya kepada yang tahu kerana kalau malu bertanya kita akan menjadi manusia yang rugi dan sesat dalam kehidupan. Tanpa ilmu maka berlaku perceraian dan mencari pasangan yang lain tetapi masalah tetap tidak selesai.

gambar nikah ariff shah
Blogger Ariff Shah bersama cinta hatinya

Sudah tiba masa kita mengubah persepsi dalam hubungan suami isteri dengan membawa elemen-elemen baru dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan hubungan bahagia berkekalan bukan sekadar memberi bunga di hari valentine. Dengan ilmu kita akan dapat membina hubungam suami isteri yang sentiasa segar dan sentiasa merasa kehangatan walaupun sudah bertahun-tahun.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini

Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini

Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]

Bagaiman hubungam suami isteri anda adakah masih segar dan hangat atau sekadar menghabiskan masa-masa yang berlalu?

——————————————————————

Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.

Rahsia terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

Antara penawar yang paling mujarab yang sudah membantu ramai para suami adalah dengan mengambil makanan sampingan VITALPLUS yang dapat membantu meningkatkan tenaga lelaki untuk bersama isteri tersayang. Cuba sekarang hanya RM290 sahaja yang boleh mengubah kehidupan anda dan isteri. Bukan viagra dan bukan bahan kimia yang akan memberi kesan sampingan kepada para suami. 100% herba yang selamat dan sudah mendapat paten daripada pihak berkuasa.

Pakej Percubaan : Sekotak Codi Cafe + 10 kapsul Vitalplus + Sebotol Codi Juice =RM290

Apakah VITAPLUS?

VITAPLUS adalah gabungan unik herba Cordyceps militaris dan Diserticola Cistancheyang dirumuskan untuk meningkatkan daya ingatan, mental dan stamina. Cordiceps militaris dipatenkan (WIPO: 2005/058022A1) yang mengandungi bahan aktif seperti Cordycepin,-asid cordycepic, asid glutamik, polisakarida, asid amino dan vitamin B12.

Vitalplus meransang seks lelaki

Cistanche deserticola dinamakan “Rou Congrong” di China, adalah pembual semula jadi penting. Dalam tradisi, pengamal perubatan Cina mencatatkan sebagai perangsang organ seksual untuk mengatasi masalah mati pucuk, ejakulasi pra – matang dalam lelaki dan kemandulan, Lukoria, metrorhagia banyak di kalangan wanita. Malah, cistanche telah saintifik dikaji dan dilaporkan bahawa ia kaya di phenylethanoid, jenis komponen aktif yang merangsang badan manusia untuk sistem pembiakan.

Kepada yang ingin mencuba sila buat pesanan

beli sekarang

Bertindak sekarang sebelum terlambat kerana ada ramai lelaki dan suami orang yang mempunyai daya seks yang kuat sehingga boleh menambat hati isteri anda yang sedang gersang.


Spread the love

140 Comments

  1. Terima kasih diatas perkongsian diatas DH. Memang penceraian bukan pilihan seorang perempuan sebenarnya. PG tidak pakar tentang ini, tapi sebagai perempuan dan melalui kehidupan sebagai seorang isteri, pastinya PG nak yang terbaik dalam rumahtangga. PG doakan yang baik-baik sahaja buat adik DH ya. Syukur alhamdulillah kes telah selesai.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  2. Membaca kisah kehidupan keluarga orang lain yang bahagia bersama pasangan masing2 dan dikurniakan anak2 yang baik, pasti timbul rasa cemburu… Namun cemburu sekadar ingin sekali menikmati seperti yg anda semua rasai…
    Percayalah setiap orang ada cabaran dan dugaannya masing2 dan ianya pasti ada hikmah dan rahmat disebaliknya…
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rateMy Profile

    1. Membaca kisah kehidupan keluarga orang lain juga sebenarnya, boleh kita jadikan contoh untuk kita pula dalam menjalani kehidupan seharian. Sekurang-kurangnya ilmu itu ada. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan pada keluarga kita, bolehlah kita rujuk dan bandingkan kenapa keluarga tidak bahagia. Dari sana, kita masih boleh memperbetulkan keadaan keluarga kita sebelum terlambat.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  3. ilmu rumah tangga bagi aku datang secara tak formal…untunglah kalau ada orang sudi ajar kita satu persatu sampai ilmu dalam kelambu pun diajar…bagi aku nak belajar kita perlu praktikal…jadi bila dah kahwin kita belajar perlahan-lahan sambil carilah bimbingan daripada orang yang boleh dipercayai
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5sMy Profile

  4. Suami dan isteri pun kenalah belajar menghormati dan memahami sikap pasangan memasing.

    jangan nak keras kepala dan terlalu menekan mereka kononnya nak tunjuk kuasa seorang suami.

    Ya, seorang suami perlu menjaga maruah dan ada ego tersendiri, tapi bukan bermakna tak boleh tolong isteri di rumah uruskan kerja-kerja dapur, dan bukan bermakna tak boleh bermesra dengan isteri apabila tiada orang di sekeliling. Bergurau sendalah kerana ia merapatkan hubungan suami isteri.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

    1. Betul tu Majalah Jualan. Suami kenalah membantu sama. Lebih-lebih lagi jika masing-masing bekerjaya. Isteri pun nak rehat juga. Ada masanya bantulah tanpa dipinta. Sebenarnya tidak menjatuhkan air muka suami pun kalau nak bantu isteri buat kerja rumah kan 😉
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!My Profile

  5. Nak bahagia ni, tak semestinya kepada seks. Kena tahu juga macam mana nak jaga perasaan isteri, mendidik mereka dan bagaimana menimbulkan suasana romantik.

    Ada kisah seorang suami yang romantik tempat duduk kereta di bahagian hadapan penumpang tu, dia khaskan kepada isterinya sahaja. Jadi kalaulah satu masa isteri dia tak ada bersama dan ada kawan ank menumpang, maka dia letak barang-barang di bahagian tempat duduk penumpang sebelah kiri tu. Jadi terpaksa la kawan-kawan yang menumpang, duduk di sebelah kanan.

    Ini contoh romantisnya seorang suami. Tak kata suruh ikut, tapi sebenarnya di luar sana ada banyak cara yang kita boleh ikut dan pelajari. Nabi pun ada bagi hadiah kepada para isteri, malah disuruh supaya rahsiakan hadiah tersebut hingga ke mati. Sedangkan semua isteri baginda mendapat hadiah yang sama sahaja. Kan bijak begitu? Dalam kes ni, baginda tak cakap pun hadiah diberi cuma satu, tetapi baginda minta dirahsiakan sahaja. Hebat kan seorang insan teragung bernama Muhammad.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  6. Ya, Nabi Muhammad pun seorang yang romantik. Maknanya kita sendiri kena berusaha dan kena tahu juga ilmu dan tips bagaimana menghangatkan kembali hubungan antara suami isteri.

    Melancong, berjalan-jalan, bersembang santai dan sebagainya adalah antara cara yang boleh dilakukan oleh suami isteri dalam memastikan hubungan kekal segar dan semakin menyeronokkan dari semasa ke semasa.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  7. Semua perkara jika kita nak berjaya mesti ada ilmu mesti dan penasiha/ guru. Pantang aku ialah bila ada masalah keluarga cerita dengan orang lain. Aku mmg dah nasihat awal2 dengan isteri, kalau boleh cerita dgn mak bapa pun jangan selagi masalah kita boleh selesaikan bersama.
    Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

    1. InshaAllah wira merah. Masalah rumahtangga kalau boleh memang nak elakkan juga dari pengetahuan ibu bapa. Fikir sebaiknya masalah datangnya dari mana dan mana. Cuba selesaikan sendiri selagi mampu. Untuk bercerita kepada ibu bapa, selalunya isteri kan (hehe) itu perkara terakhir. Mencari penyelesaian sesuatu masalah, adakalanya kita perlu bertanya pada mereka yang telah makan garam sebelum kita. InshaAllah. Semua orang ada pandangan masing-masing.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!My Profile

      1. Betul wawa. Kena fikir sebaik mungkin juga. Jangan hanya kerana melihat orang lain telah mendirikan rumahtangga, kita pun nak. Sedangkan sebelum bernikah kahwin, kena banyak benda yang perlu kita belajar. SEKS bukanlah semata-mata untuk berkahwin. Harap PG tidak keterlaluan sebut perkataan itu disini ya. hurm.
        Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!My Profile

  8. nak kemudi bahtera rumahtangga, bukan hanya melalui pembacaan..paling penting, kena tahu buat analisis n solve problem bila timbul sesuatu masalah..masalah dan situasa memang berbeza depends on pasangan tu kan..semoga adik tuan terus tabah mengharungi hidup dgn anak2 tersayang
    Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!