Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semalam dapat berita gembira adik dapat hak sepenuh penjagaan anaknya setelah bekas suaminya menarik diri daripada kes. Alhamdulillah syukur sahabat aku peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Md. Zain dapat menguruskan dengan baik kes adik daripada awal memohon perceraian sehingga memohon hak penjagaan anak. Tiada pasangan suami isteri yang ingin hubungan yang dibina berakhir dengan perceraian tetapai kekadang itulah jalan terbaik.
Mungkin kawan-kawan sudah membaca entri “Suami isteri bukan untuk dimiliki” yang ditulis sempena ulang tahun perkawinan aku dan isteri yang ke dua puluh tahun. Berbagai pengalaman hubungan suami isteri telah kami lalui selama tempoh itu sebagai mana pasangan yang lain. Paling mencengkam apabila kami hidup berjauhan selama tiga tahun diperantauan jauh di negara orang dengan isteri perlu menguruskan anak-anak dan kehidupan sendirian. Bukan mudah tak percaya tanyalah Kak Jie yang sudah lali hidup berjauhan dengan suami.
Hubungan suami isteri yang berjaya bukan datang bergolek begitu sahaja ianya perlu ilmu yang perlu dicari. Majoriti pasangan suami isteri sekarang ambil ringan malas nak belajar seni berumah tangga sehingga timbul berbagai masalah. Nak jadi doktor kena belajar, nak jadi jurutera kena menuntut, nak jadi ustaz kena mencari Ulama, nak jadi kaya juga kena tahu ilmu nak jadi kaya. Tapi kenapa nak jadi suami isteri kita tak nak belajar dengan mengharap kebahagian turun dari langit.
Ilmu hubungan suami isteri boleh belajar daripada ibu bapa kita tetapi berapa ramai yang pengantin baru yang duduk dengan ibu bapa mereka dan ibu bapa mertua mereka untuk menuntut. Ibu bapa kita kalau tak ditanya tak kan mereka nak sibuk-sibuk mengajar sebab anak-anak zaman sekarang kan tak boleh diajar. Kalau zaman dulu anak-anak akan mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa mereka sebelum berkahwin daripada soal pengurusan luaran sehinggalah urusan dalam kelambu.
[box type=”shadow”]Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata, “Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mau belajar ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah‘, halaman 14-15) [/box]
Berapa ramai dikalangan suami isteri sekarang yang belajar bagaimana cara melayan seksual pasangan dengan cara yang betul. Mungkin ada tetapi tidak ramai yang belajar, yang lain gagal mengurus seksual suami isteri dengan betul dan ini adalah faktor paling utama berlaku perceraian di Malaysia. Kita tidak mahu belajar mungkin kita rasa sudah pandai atau mungkin kita malu sebab itu bukan amalan biasa masyarakat Malaysia. Dalam Islam memang mewajibkan umatnya belajar dan kalau tak tahu bertanya kepada yang tahu kerana kalau malu bertanya kita akan menjadi manusia yang rugi dan sesat dalam kehidupan. Tanpa ilmu maka berlaku perceraian dan mencari pasangan yang lain tetapi masalah tetap tidak selesai.
Sudah tiba masa kita mengubah persepsi dalam hubungan suami isteri dengan membawa elemen-elemen baru dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan hubungan bahagia berkekalan bukan sekadar memberi bunga di hari valentine. Dengan ilmu kita akan dapat membina hubungam suami isteri yang sentiasa segar dan sentiasa merasa kehangatan walaupun sudah bertahun-tahun.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
Bagaiman hubungam suami isteri anda adakah masih segar dan hangat atau sekadar menghabiskan masa-masa yang berlalu?
——————————————————————
Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.
Rahsia terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi
Antara penawar yang paling mujarab yang sudah membantu ramai para suami adalah dengan mengambil makanan sampingan VITALPLUS yang dapat membantu meningkatkan tenaga lelaki untuk bersama isteri tersayang. Cuba sekarang hanya RM290 sahaja yang boleh mengubah kehidupan anda dan isteri. Bukan viagra dan bukan bahan kimia yang akan memberi kesan sampingan kepada para suami. 100% herba yang selamat dan sudah mendapat paten daripada pihak berkuasa.
Pakej Percubaan : Sekotak Codi Cafe + 10 kapsul Vitalplus + Sebotol Codi Juice =RM290
Apakah VITAPLUS?
VITAPLUS adalah gabungan unik herba Cordyceps militaris dan Diserticola Cistancheyang dirumuskan untuk meningkatkan daya ingatan, mental dan stamina. Cordiceps militaris dipatenkan (WIPO: 2005/058022A1) yang mengandungi bahan aktif seperti Cordycepin,-asid cordycepic, asid glutamik, polisakarida, asid amino dan vitamin B12.
Cistanche deserticola dinamakan “Rou Congrong” di China, adalah pembual semula jadi penting. Dalam tradisi, pengamal perubatan Cina mencatatkan sebagai perangsang organ seksual untuk mengatasi masalah mati pucuk, ejakulasi pra – matang dalam lelaki dan kemandulan, Lukoria, metrorhagia banyak di kalangan wanita. Malah, cistanche telah saintifik dikaji dan dilaporkan bahawa ia kaya di phenylethanoid, jenis komponen aktif yang merangsang badan manusia untuk sistem pembiakan.
Kepada yang ingin mencuba sila buat pesanan
Bertindak sekarang sebelum terlambat kerana ada ramai lelaki dan suami orang yang mempunyai daya seks yang kuat sehingga boleh menambat hati isteri anda yang sedang gersang.
140 Comments
selamat ulang tahun perkahwinan tuan ilham 🙂
Curahan rasa Farid Laham @ ..Rose2Rose Walk For Humanity
happy anniversary ke 20 buat Tn Hj Ilham dan wife… semoga kekal bahagia ke syurga. Amin
betul tu, konsep ilmu tu juga sangat luas, termasuklah ilmu memasak ..hehehehe banyak lagi menu2 yg sha tak habis belajar dan praktikkan huhuhu
Curahan rasa sha @ ..Tiada yang lama, tiada yang baru
Alhamdulillah, saya ada mentua dan mak kandung yang mengambil berat. Saling mengingati dalam urusan rumah tangga. Paling penting yang sentiasa diingatkan jgn lupa pada Allah.. Semoga tuan denaihati, rakan, dan saya sentiasa dirahmatiNya dan berbahagia dengan pasangan masing2…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Anak Lambat Cakap
masam manis, asam garam dalam berumah tangga pasti akan ada…
Curahan rasa mancai @ ..Berapa besarkah keseluruhan data yang tersalur di seluruh dunia?
Selagi bernafas, selagi itu kita dituntut untuk belajar dan terus belajar. Tiada noktah dalam pembelajaran sepanjang hayat dikandung badan. Hal-hal seperti rumah tangga pun sama tidak terkecuali.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Berkasih Sayang
teringat masa saya bekerja di Sekolah swasta Genting.. Isteri sedang mengandung di Putrajaya.. Balik sebulan dua kali.. huhuhu
Curahan rasa KiD @ ..Tangguh ke Legoland Demi #SBB2014
paling lama saya tinggal isteri dua bulan.. dah macam man sewel pon ada waktu tu..
Curahan rasa azlanvai @ ..Cara Mengatasi SPAM pada Blog
InsyaAllah… yang penting perkahwinan jarak jauh nih semamngnya memerlukan kejujura dan kepercayaan.. namun jgn pula diambil kesempatan atas apa yg telah diberikan
Curahan rasa nurmisnan @ ..YEO’S PILIHAN SEMULAJADIKU
Ilmu kewangan juga penting di dalam membina keluarga bahagia. Ketidakcukupan dalam kewangan juga merupakan antara penyumbang terbesar perceraian di malaysia
Curahan rasa eXplorasa @ ..Gaya Hidup Sihat Bersama Yeoâs
Hubungan seksual di dalam rumahtangga tidak boleh dipandang ringan. Kekurangan dlm aspek ini blh membawa kepada kehancuran sebuah ikatan perkahwinaan
Curahan rasa sohoque @ ..Kelebihan Berdoa Selepas Asar Hari Jumaat
Cinta dan kasih sayang boleh ditunjukkan setiap hari dan bukannya hanya sehari dalam setahun. Say NO to Valentine’s Day!
Curahan rasa UpProfits @ ..Valentine’s Day Haram ! Full Stop!
Semoga hubungan suami isteri tuan dan juga rakan2 lain termasuklah saya akan berkekalan hendaknya.
Sama2 menuntut ilmu kebahagiaan rumahtangga..
Sweet tengok gambar tuan sekeluarga, anak2 saling tak tumpah mengikuat acuan mak bapak 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Mega Giveaway di blog Celoteh MJ
Betul tu. Kita tak boleh berserah tanpa usaha. Teruskan belajar
Curahan rasa Que @ ..Pesta Buku Lelong Big Bad Wolf 2014 | Mines Seri kembangan
Saya setuju dengan pendangan ini, kita memang kena belajar, orang Malaysia kita ni ada sifat malu untuk bertanya walhal benda yang ditanya itu langsung x mendatangkan salah didalam Islam pun, kena ubah mindset
Curahan rasa Juan @ ..Resepi Buat Roti Canai Segera Dengan Mudah
Comments are closed.