Kisah pengalaman hubungan suami isteri

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semalam dapat berita gembira adik dapat hak sepenuh penjagaan anaknya setelah bekas suaminya menarik diri daripada kes. Alhamdulillah syukur sahabat aku peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Md. Zain  dapat menguruskan dengan baik kes adik daripada awal memohon perceraian sehingga memohon hak penjagaan anak. Tiada pasangan suami isteri yang ingin hubungan yang dibina berakhir dengan perceraian tetapai kekadang itulah jalan terbaik.

Mungkin kawan-kawan sudah membaca entri “Suami isteri bukan untuk dimiliki” yang ditulis sempena ulang tahun perkawinan aku dan isteri yang ke dua puluh tahun. Berbagai pengalaman hubungan suami isteri telah kami lalui selama tempoh itu sebagai mana pasangan yang lain. Paling mencengkam apabila kami hidup berjauhan selama tiga tahun diperantauan jauh di negara orang dengan isteri perlu menguruskan anak-anak dan kehidupan sendirian. Bukan mudah tak percaya tanyalah Kak Jie yang sudah lali hidup berjauhan dengan suami.

Yuyu Zulaikha Kahwin

Akad nikah Blogger Yuyu Zulaikha

Hubungan suami isteri yang berjaya bukan datang bergolek begitu sahaja ianya perlu ilmu yang perlu dicari. Majoriti pasangan suami isteri sekarang ambil ringan malas nak belajar seni berumah tangga sehingga timbul berbagai masalah. Nak jadi doktor kena belajar, nak jadi jurutera kena menuntut, nak jadi ustaz kena mencari Ulama, nak jadi kaya juga kena tahu ilmu nak jadi kaya. Tapi kenapa nak jadi suami isteri kita tak nak belajar dengan mengharap kebahagian turun dari langit.

gambar keluarga Denaihati

Kebahagian perlu dibina bukan datang bergolek

Ilmu hubungan suami isteri boleh belajar daripada ibu bapa kita tetapi berapa ramai yang pengantin baru yang duduk dengan ibu bapa mereka dan ibu bapa mertua mereka untuk menuntut. Ibu bapa kita kalau tak ditanya tak kan mereka nak sibuk-sibuk mengajar sebab anak-anak zaman sekarang kan tak boleh diajar. Kalau zaman dulu anak-anak akan mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa mereka sebelum berkahwin daripada soal pengurusan luaran sehinggalah urusan dalam kelambu.

Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata, “Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mau belajar ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah‘, halaman 14-15) 

Berapa ramai dikalangan suami isteri sekarang yang belajar bagaimana cara melayan seksual pasangan dengan cara yang betul. Mungkin ada tetapi tidak ramai yang belajar, yang lain gagal mengurus seksual suami isteri dengan betul dan ini adalah faktor paling utama berlaku perceraian di Malaysia. Kita tidak mahu belajar mungkin kita rasa sudah pandai atau mungkin kita malu sebab itu bukan amalan biasa masyarakat Malaysia. Dalam Islam memang mewajibkan umatnya belajar dan kalau tak tahu bertanya kepada yang tahu kerana kalau malu bertanya kita akan menjadi manusia yang rugi dan sesat dalam kehidupan. Tanpa ilmu maka berlaku perceraian dan mencari pasangan yang lain tetapi masalah tetap tidak selesai.

gambar nikah ariff shah

Blogger Ariff Shah bersama cinta hatinya

Sudah tiba masa kita mengubah persepsi dalam hubungan suami isteri dengan membawa elemen-elemen baru dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan hubungan bahagia berkekalan bukan sekadar memberi bunga di hari valentine. Dengan ilmu kita akan dapat membina hubungam suami isteri yang sentiasa segar dan sentiasa merasa kehangatan walaupun sudah bertahun-tahun.

Bagaiman hubungam suami isteri anda adakah masih segar dan hangat atau sekadar menghabiskan masa-masa yang berlalu?

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Wan sendiri pernah berada dalam fasa yang sukar.
    Paling perit dalam hidup dan tak pernah terfikir untuk alaminya.
    Alhamdulillah, akhirnya wan temui jalan yang betul. Kadangkala Allah uji sejauh mana kekuatan kita kerana Allah tahu kita mampu.
    Entri terbaru Mohd Ridzwan – Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  2. Semua perkara jika kita nak berjaya mesti ada ilmu mesti dan penasiha/ guru. Pantang aku ialah bila ada masalah keluarga cerita dengan orang lain. Aku mmg dah nasihat awal2 dengan isteri, kalau boleh cerita dgn mak bapa pun jangan selagi masalah kita boleh selesaikan bersama.
    Entri terbaru Wira Merah – Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

  3. Perlu ada ilmu rumah tangga yang mencukupi agar masjid yang terbina akan teguh selamanya.

  4. Tolak ansur tu penting.. kawin in bukan sehari dua. Seumur hidup… sebab itu kena plan awal-awal..
    Entri terbaru amirnawawi – Laman Sosial Bukan Laman So Sial.My Profile

  5. Bukan mudah berkahwin ni. Dan jangan fikir berkahwin sama macam bercinta. Lain sebenarnya.
    Entri terbaru Fadzi Razak – CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free MealMy Profile

Trackbacks

  1. […] berkelakuan hingga mendatangkan rasa tak selesa isteri sendiri. Kena banyak belajar lagi ni tentang kisah pengalaman hubungan suami isteri daripada orang yang berpengalaman dalam mengemudi bahtera rumahtangga lagi ni. Paling penting, try […]

  2. […] perlukan hari-hari tertentu untuk memperingati kekasih atau insan yang anda kasihi? Cinta dan kasih sayang boleh ditunjukkan setiap hari dan bukannya hanya sehari dalam setahun. Jangan suramkan hubungan […]

Artikel pilihan...close