Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi pengalaman buat salah dan terus dapat balasan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Beberapa hari lepas kami satu group lebih kurang dua belas orang pergi makan di sebuah restoran di Shah Alam. Waktu makan tengahari, restoran penuh jadi terpaksa kami duduk berpisah.
Sedang sibuk-sibuk memilih menu untuk dipesan kelihatan ada satu meja sebelah group satu lagi yang kosong. Sebelum itu ada seorang wanita cina duduk sendirian. Abang nak pindah ke sana. Kawan kata dah ada orang booking. Yang Abang faham crew restoran tu yang book untuk pelanggan mereka. Jadi Abang pergi kat crew minta pindah meja. Crew tu nampak keliru semasa Abang minta kebenaran.
Kami berpindah ke meja tersebut dan pindahkan kad bisnis yang ada atas meja ke meja sebelah yang baru kosong. Rupanya pelanggan perempuan cina yang beritahu pada kawan Abang bukan crew restoran. Bila dia datang balik, dia nak duduk meja itu tapi Abang minta dia duduk meja lain dengan cara yang tak berapa bagus sikit. Dia tak gembira dengan apa yang Abang buat tapi duduk juga di meja kosong sebelah sambil tak berhenti menjeling kami. Setelah menunggu lama kawan dia tak sampai-sampai, dia pun keluar dari restoran tanpa memesan makanan.
Maka bermula sessi ujian darpada ALLAH …
Antaranya berlaku di restoran tersebut apabila makanan yang kami pesan lambat sampai. Pelanggan yang lewat sudah makan dahulu sehingga terpaksa Abang pergi ke kaunter bertanya, mengapa makan kami tak sampai lagi sedangkan pelanggan yang datang kemudian sudah menikmati hidangan yang dipesan.
Pada malam harinya semasa nak check in disebuah hotel di Sepang kami dimaklumkan hotel hanya boleh bagi dua katil bujang sedangkan selama ini sudah berpuluh kali buat tempahan di Agoda tidak pernah jadi begini melainkan memang minta dua katil bujang. Abang minta juga crew hotel sediakan katil queen atau king untuk kami suami isteri. Alhamdulillah dapat juga akhirnya itu pun selepas lebih lima minit adik itu mencari bilik yang kosong.
Sebelum itu di KLIA2 pun ada masalah nak check in ketika membantu sahabat yang hendak pulang ke Indonesia dan beberapa ujian kecil yang lain sepanjang hari selepas kes di restoran di Shah Alam.
Kata kepada isteri inilah kifarah tunai bila buat silap kepada sesama manusia. Kena terima dengan redha dan jangan ulang kesilapan pasti ada hikmahnya.
Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik.
Pernahkan kawan-kawan melalui pengalaman begini?
Amir Denaihati
Founder Denaihati
(jangan lupa klik dan follower FB Abang ini untuk banyak lagi kisah motivasi)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
62 Comments
what you do, you will get back. saya selalu hadam ayat ni.
bila ada benda tak kena pada saya, saya akan fikir balik, apa yang saya telah lakukan.
semoga hati kita sentiasa bersih.
Allahhh
Ada lagi, what come surround, goes surround lebih kurang begitu la pepatahnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Berniaga Dengan Modal RM100 Ribu
Allahuakbar. Mohon iktibar kepada semua. Muhasabah diri kepada semua. Moga kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Cara Suruh Suami Berhenti Merokok Tanpa Perlu Gunakan Suara
Semoga ikhtibar kepada semua yg membaca… Kekadang ibubapa yg buat salah.. Anak yg dapat kifarah… Renung renungkan lah..
Curahan rasa Nor hazmira @ ..HAMPIR KEMALANGAN
Begitulah kitaran kehidupan, kita buat salah tapi ahli keluarga yang mendapat balasannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Pernah. Selalu je jadi bermacam benda-benda yang tak elok. Biasa la kita ni cuma manusia biasa je, selalu lupa dan ulang semula kesilapan yang hampir serupa.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..EXA Global SetiaWalk Outpost – Let’s Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment!
Bukan kita tak pernah buat dosa, tapi ada masa Allah simpan aib kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Biskut Di Bulan Ramadan
dosa sesama manusia ni, cuma manusia yg boleh maafkan.
iklan petronas (ke kompeni lain?) pun pernah pesan dulu..benda yang kita tak suka jadi kat diri sendiri, jangan buat kat orang lain 🙂
Curahan rasa Amir Mazlan @ ..Pakar pemasaran Instagram ni dedah rahsia kenapa orang sekarang lebih suka layan IG berbanding FB
Semoga pesalah dan orang yang terlibat dapat bermaaf maafan antara satu sama lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Dan Kereta Guna Wang Dividen
Nampak kecil kesalahan yang kita buat, tapi impaknya buat kita belajar banyak benda. Kadang-kadang benda begini memang Allah bayar cash. Yang best nya kalau kita cepat-cepat sedar, mungkin dah tak akan buat masa-masa akan datang.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
kira beruntung juga kalau kena dengan bayaran cash…
di akhirat nanti tidak ditanya lagi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya
Benar, kalau salah kecil impaknya besar, salah yang besar pasti lebih hebat impaknya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Dan Kereta Guna Wang Dividen
Alhamdulillah, pesanan yang baik untuk kita semua. Pentingnya jaga bab hubungan dengan manusia nie kan, bukan hubungan dengan Allah saja yang kena dijaga.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Apa Bukti Produk Shaklee Ada Kelulusan KKM?
Benar, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah perlu dijaga untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Dan Kereta Guna Wang Dividen
saya juga nak ambik iktibar juga…supaya tidak mengulangi apa yang tuah telah buat…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya
alhamdulillah allah dan sedarkan kita. semoga sentiasa diberi petunjuk oleh NYA
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Selamatkan Telefon Masuk Air
Apa yang berlaku ini perlu dijadikan pedoman dan iktibar..
semoga tuan Denaihati tetap sudi berkongsikan cerita suka begini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
Pernah juga terjadi perkara macam ni pada diri sendiri
Apa-apa pun kita hendaklah sentiasa menjaga hati orang sekeliling dan saling memaafkan jika melakukan kesalahan tanpa sedar
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2017 1438 Hijrah
saya suka dengan statement..saling memaafkan..
tak kira siapa mereka..
kaya atau miskin…
buat silap minta maaf,
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
Alhamdulillah..maknany aAllah sayang sebab terus tegur kita.. moga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan ilham dari Nya
Curahan rasa nikrohayu @ ..Cun melecun bila boleh pakai princes maxi design sendiri saiz sendiri!!!!
Sesungguhnya kita manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan lagi ibadah kepada Nya dan amalan kebaikan.. Salam Ramadhan Karim.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Cetak Baju Berkolar Samtech Seri Iskandar
yalah…sikap kita kadang-kadang terlalu gopoh dan menurut hawa nafsu.
dalam bulan ramadan ini kita perlu bermuhasabah diri untuk melihat kembali kelemahan dan kesilapan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
begitu banyak kesilafan yang sering dilakukan maka hendaknya kita selalu muhasabah diri setiap harinya
Curahan rasa newbie blogger @ ..RESEP NASU ITIK /AYAM PALEKKO KHAS BUGIS LEZAAAT
Esok dah masuk bulan Ramadhan…
Inilah masa dan peluang terbaik untuk kita bermuhasabah diri..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang Buat Duit Raya Melalui Laman Web Jamumall.com
bermuhasabah diri sangat penting untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk terhadap apa yang kita telah lakukan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
Boleh jadikan pengajaran masa akan datang. Kadang kita tak perasan ada terbuat silap. Banyakkan istighfar sesunguhnya manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Collagen Penting Untuk Kesihatan Sendi
Comments are closed.