Kifarah tunai bila buat silap

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi pengalaman buat salah dan terus dapat balasan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa hari lepas kami satu group lebih kurang dua belas orang pergi makan di sebuah restoran di Shah Alam. Waktu makan tengahari, restoran penuh jadi terpaksa kami duduk berpisah.

Sedang sibuk-sibuk memilih menu untuk dipesan kelihatan ada satu meja sebelah group satu lagi yang kosong. Sebelum itu ada seorang wanita cina duduk sendirian. Abang nak pindah ke sana. Kawan kata dah ada orang booking. Yang Abang faham crew restoran tu yang book untuk pelanggan mereka. Jadi Abang pergi kat crew minta pindah meja. Crew tu nampak keliru semasa Abang minta kebenaran.

Kami berpindah ke meja tersebut dan pindahkan kad bisnis yang ada atas meja ke meja sebelah yang baru kosong. Rupanya pelanggan perempuan cina yang beritahu pada kawan Abang bukan crew restoran. Bila dia datang balik, dia nak duduk meja itu tapi Abang minta dia duduk meja lain dengan cara yang tak berapa bagus sikit. Dia tak gembira dengan apa yang Abang buat tapi duduk juga di meja kosong sebelah sambil tak berhenti menjeling kami. Setelah menunggu lama kawan dia tak sampai-sampai, dia pun keluar dari restoran tanpa memesan makanan.

Maka bermula sessi ujian darpada ALLAH …

Antaranya berlaku di restoran tersebut apabila makanan yang kami pesan lambat sampai. Pelanggan yang lewat sudah makan dahulu sehingga terpaksa Abang pergi ke kaunter bertanya, mengapa makan kami tak sampai lagi sedangkan pelanggan yang datang kemudian sudah menikmati hidangan yang dipesan.

Pada malam harinya semasa nak check in disebuah hotel di Sepang kami dimaklumkan hotel hanya boleh bagi dua katil bujang sedangkan selama ini sudah berpuluh kali buat tempahan di Agoda tidak pernah jadi begini melainkan memang minta dua katil bujang. Abang minta juga crew hotel sediakan katil queen atau king untuk kami suami isteri. Alhamdulillah dapat juga akhirnya itu pun selepas lebih lima minit adik itu mencari bilik yang kosong.

Sebelum itu di KLIA2 pun ada masalah nak check in ketika membantu sahabat yang hendak pulang ke Indonesia dan beberapa ujian kecil yang lain sepanjang hari selepas kes di restoran di Shah Alam.

Kata kepada isteri inilah kifarah tunai bila buat silap kepada sesama manusia. Kena terima dengan redha dan jangan ulang kesilapan pasti ada hikmahnya.

Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik.

Pernahkan kawan-kawan melalui pengalaman begini?

Amir Denaihati
Founder  Denaihati
(jangan lupa  klik dan follower FB Abang ini untuk banyak lagi kisah motivasi)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

62 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!