Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, politik Selangor yang tenang setelah menyapu bersih pada PRU13 tidak bertahan lama. Kini politiknya bergolak apabila parti politik yang didokong oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sekarang bersungguh-sungguh ingin mengantikan beliau. Kesungguhannya pemimpin parti Keadilan untuk menukar Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia tetapi sudah bermula sejak Pakatan Rakyat menang besar pada PRU13 sehingga Azmin Ali merajuk apabila tidak terpilih.
Berita terkini krisis MB Selangor
9/8/2014 : Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyingkirkan Khalid dari parti berkuat kuasa serta merta.
10/8.2014 : PAS tetap dengan pendirian menyokong Khalid Ibrahim.
11/8/2014 : Sultan Selangor memperkenankan TSKI terus mentadbir Selangor.
11/8/2014 : BN Selangor menyokong Khalid tanpa syarat.
Sebagai rakyat biasa yang beristerikan orang Selangor aku sentiasa mengikuti perkembangan semasa pergolakan kedudukan Menteri Besar Selangor. Betullah kata bijak pandai kekadang kita tewas bukan kerana lawan lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Aku bukanlah peminat setia Menteri Besar Selangor tetapi aku telah mengikut cerita kehebatan beliau dari peristiwa serangan waktu suboh 1981 apabila Malaysia berjaya mengambil alih syarikat Guthrie di Bursa London hasil kecekapan Khalid Ibrahim yang ketika itu menerajui PNB. Walaubagaimanapun beliau akhirnya tersingkir dari Guthrie setelah tidak bersetuju dengan keputusan penggabungan tiga syarikat perladangan milik PNB iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi satu entiti iaitu Sime Darby.
Khalid Ibrahim seorang pakar dalam dunia ekonomi gagal untuk meletakan diri dalam kepimpinan UMNO setelah tewas disemua cubaan pemilihan Cawangan dan Bahagian UMNO yang kemudian beralih angin kepada Parti Keadilan untuk meneruskan cita-cita politik. Rezeki beliau apabila Pakatan Rakyat tanpa diduga menang PRU12 dan Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Besar. Kejujuran dan kecekapan pengurusan tanpa mengira kepentingan politik telah menyebabkan beliau sangat tidak popular di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim tidak mahu berhutang dengan syarikat politik kerana balasannya sudah pasti perlu menyerahkan projek besar Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak tersebut.
Polisi tersebut telah menjerat kerjaya politik apabila bos besar Anwar Ibrahim memulakan “Langkah Kajang” satu gerakan mengulingkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan DS Wan Azizah. Selama ini tiada siapa dari Parti Keadilan yang berjaya melawan Anwar Ibrahim sehingga berpuluh-puluh pemimpin keluar parti. Bagaimana pulak nasib Khalid Ibrahim walaupun dengan jelas mendapat sokongan Tuan Guru Hadi Awang. Mungkinkah pergolakan ini akan juga memberi tempias kepada PAS dengan menyerlahkan pemimpin yang selama ini dikatakan penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi diletak dengan penuh strategi di dalam PAS sehingga ada memimpin PAS tanpa segan silu menentang Presiden kerana menyokong pendirian Anwar Ibrahim. Ada yang kata pengulingan Khalid Ibrahim bermakna berakhirnya perjuangan reformasi Malaysia.
Secara teorinya sangat sukar untuk Khalid Ibrahim bertahan kerana sekutu Parti Keadilan, DAP juga tidak menyokong pemerintahan Khalid Ibrahim kerana tidak mendapat banyak manafaat selain lebih banyak rumah urut dibuka di negeri Selangor. Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah nafsu politik Anwar Ibrahim yang akan berjaya menumbangkan kepimpinan profesional Khalid Ibrahim walaupun mengikut survey Astroawani lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid Kekal. Dalam politik berbagai kejutan boleh berlaku kerana mengikut portan berita Asamboi.my UMNO menyokong “Langkah Khalid” jadi kita tunggu dan lihat.
Siapa pun bakal Menteri Besar Selangor adalah pilihan ALLAH untuk asbab tertentu yang hanya ALLAH sahaja yang tahu.
286 Comments
Bukan saya menidakkan sumbangan Tan Sri Khalid Ibrahim cuma cara beliau menyelesaikan hal pemasalahn rakyat sering saja alasan yang beliau keluarkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tugasan untuk mentadbir negeri Seperti Selangor ini bukannya mudah tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mengendalinya walaupun tidak 100% sempurna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
betul beliau tetap gigih berbakti kepada rakyat walaupun bnyak halangan dari segi politik dan masalah sedia ada
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Kadang-kadang kita rasa diperbodohkan oleh mainan politik yang kotor. Semoga Allah pilihara parti politik yang sebenar, betul-betul jujur dalam Malaysia ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tentu isu pemecatan adalah adalah dendam Anwar Ibrahim dulu yang dipecat oleh Tun Dr Mahathir ketika dalam UMNO dan sekarang beliau (Anwar Ibrahim) pecat Tan Sri Khalid pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Parti PKR ternyata zalim dengan pimpinan Wan Azizah walaupun hakikatnya di belakang tadbir adalah Anwar Ibrahim….kerana memecat seseorang dengan sesuka hatinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Buat masa sekarang ini tiada apa-apa berita tentang Tan Sri Khalid Ibrahim. Mungkin beliau belum ulang lagi bercuti atau terus tidak bergiat aktif lagi dengan politik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Apa akan terjadi karierpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim selepas ini. Adakah beliau masuk PAS atau UMNO. Kita tunggu dan lihat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul ke Tan Sri Khalid ada membuat pinjaman bank dan membayarnya melalui duit kerajaan negeri Selangor. ASdakah ini mainan pilitik atau sememangnya betul. Wallahualam…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tak tahu pula Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas ahli UMNO dan masuk PKR dan selepas tu dipecat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Banyak juga jasa Tan Sri Khalid untuk rakyat Selangor. Boleh juga menikmati air secara percuma walaupun sedikit. Kalau rakyar Selangor sendiri pasti dapat menilaikannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kini berakhirnya krisis Menteri Besar Selangor, sahlah Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya dan akan dipikul oleh Azmin Ali pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Sekali tengor kasian juga buat Tan Sri Khalid Ibrahim, walaupun saya tidak menyukainya atas sebab-sebab tertentu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
walau apa pun beliau dah lama juga mentadbir selangor. mmg di kadang kala melakukan kesilapan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Barisan Nasional menyokong TanSri Khalid ada sebab tersendiri. Mungkin dengan pelantikan Azmin Ali membuatkan Bn tak senang duduk. maklum sajalah…Azmin Ali anak didik Anwar Ibrahim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kita tidak boleh berkata apa dah sekarang ini, Tan Sri Khalid dah sah meletakkan jawatan. Kini Menteri besar Selangor menjadi milik Azmin Ali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Dengar khabar Tan Sri Khalid dah ke luar negara bercuti….negara Australia agaknyalah…Apa akan terjadi kepada Khalid selepas ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Comments are closed.