KFC apa nak jadi ni

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai bekas manager di KFC hampir 9 tahun yang lepas setiap perkembangan KFC menjadi perhatian aku bak kata orang tua tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. KFC Malaysia adalah syarikat terakhir aku bekerja sebelum menjadi usahawan kecil-kecilan hingga sekarang. Secara peribadi prestasi pekerja KFC menurun berbanding pentadbiran yang dahulu kerana beberapa kali aku melalui pengalaman yang kurang enak sehingga terpaksa menasihatkan staff KFC ni.

Sebelum ini kecoh tukang masak di salah sebuah stor KFC telah menyapu ayam di tapak kaki sebelum digoreng. Kejadian ini mendapat liputan hangat sehingga KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar.

Terbaru heboh pulak staff KFC kurang ajar menumbuk salah seorang pelanggan. Mungkin pelanggan tersebut kurang ajar tetapi sebagai pekerja tidak sepatutnya bertindak seganas ini. Mengikut cerita di blog Alantanblog.com kejadian ini berlaku KFC i-City, Shah Alam.

Kita tunggu apa pulak respond KFC. Malulah KFC Malaysia sebuah syarikat kepunyaan perushaan Melayu tetapi prestasi kurang baik sepertinya pentadbiran sudah hilang kawalan dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan. Mungkin staff ini kurang latihan atau Outlet Manager tidur atau Area Manager kurang buat kerja??

Baru-baru ni aku dan famili makan di sebuah restauran makanan segera. Mamat yang ambil pesanan tu cakap aku kena tunggu 15 minit. Selepas 15 minit kami dapat semua makanan kecuali satu selepas menunggu beberapa minit anak-anak dah bising bertanyakan pesanan yang belum dapat. Aku ke kaunter bertanyakan makanan yang tak sampai lagi. Mamat kaunter tu kata tersilap hantar dan minta aku tunggu lagi 15 minit. Apalagi naik angin satu badanlah aku terus minta duit balik. Supervisor dia kata tak boleh kena tunggu juga. Memang kena ceramah panjang dengan aku dan akhirnya aku dapat duit balik dan terus keluar dari restauran tu.

Nak jadi supervisor atau manager restauran kena ada skill kawal keadaan diluar dugaan kalau tidak macam-macam boleh jadi. Pelanggan lapar dah letih tunggu lama boleh jadi sangat pemarah tetapi kalau pekerja pun nak marah siapa yang rugi. Pasti nama baik restauran terjejas terutama apabila tersebar di blog dan facebook. Bukan mudah nak membina jenama tapi boleh jatuh dalam masa yang singkat.

Video penjelasan mangsa tumbuk staff KFC i-City

Feedback dari Pengurusan KFC Malaysia :

1. A KFC staff who was seen assaulting a customer in a YouTube video that has gone viral has been suspended, said KFC Malaysia.

2. 18/2/12 : KFC mohon maaf kepada mangsa tumbuk – Malaysiakini.


Spread the love

191 Comments

      1. Mungkin sebaiknya pegawai2 yang tidak profesional dalam bekerja patut untuk diberi sanksi agar bisa menjadi pelajaran bagi mereka.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!