Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas di bawah.
Manusia dicipta oleh ALLAH bersifat bermasyarakat iaitu manusia tidak mampu hidup sendiri untuk meneruskan hidupnya dengan baik. Semua manusia saling perlu memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini bermakna bahawa manusia amatlah lemah dan perlu kepada sesuatu untuk membantu mereka. Salah satu kuasa yang boleh membantu manusia ialah doa. Ya, KUASA DOA!!!
Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.
Begitu juga firman ALLAH ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.
Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah ofer nak minta apa sahaja sila minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang larangnya tak? Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang. Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.
Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu, bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak tadi.
Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari dia dan dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan disimpan untuk kebaikan akhirat.
Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.
Pesanan entri ini, amalkan betul DUIT untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Apa maksud DUIT? Ni maksudnya: Doa Usaha Idea Tawakkal.
194 Comments
doa kalau mintak bersungguh-sungguh dan ada usaha pasti akan dimakbulkan doanya
Curahan rasa misz aa @ ..physics
selalulah berdoa dalam apa keadaan sekalipun, masa susah atau masa senang.
Teruskan doa kita wahai sahabat, pada setiap masa dan di mana jua.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sesungguhnya orang yang berusaha untuk berdoa, Allah pasti dengar doanya. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Jangan jemu dan bosan untuk berdoa, kerana sesungguhnya kuasa doa itu begitu hebat.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Mungkin doa kita tidak dikabulkan pada waktu sekarang, tetapi yakinlah pasti suatu hari akan dimakbulkan juga. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Yang penting jangan berasa kecewa apabila doa kita belum dikabulkan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tatkala berdoa juga, kita kena yakin bahawa Allah pasti akan makbulkan Tuhan kita. 🙂
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
doa mengingatkan kita kepada Allah, terasa dekat denganNya bila kita selalu berdoa meminta padaNya
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
Berdoa sebanyak mana yang kita mahu kepada Allah. Jangan jadikan dosa sebagai persempadan untuk kita malu berdoa kepada Allah. Teruskan bertaubat dan tinggalkan perkara yang tidak baik.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Yang lalu, jangan diungkit lagi. Terus mara ke hadapan dan terus berdoa kepada Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Usah dikenang masalah silam, kerana yang lalu tidak dapat diputar kembali.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sebaiknya fikirkan perancangan masa hadapan kita, mulai dari saat sekarang lagi.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Harus kita bayangkan kejayaan yang bakal kita kecapi di hari kemudian.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Agar kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai matlamat dan impian kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
kalau seseorang itu ikhlas berdoa, dia akan merasa sebak dan tidak mustahil untuk sesorang itu menitiskan air mata. Betapa Allah sayangkan hamba hambaNya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Benar, tatkala berdoa juga kita harus menjiwai apa yang kita hajatkan itu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Paling bagus apabila sampai tahap kita mengalirkan dan menitiskan air mata.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana air mata itu berharga sekali, iaitu air mata kerana Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sesungguhnya juga air mata yang mengalir kerana takutkan Allah itu amat bernilai sekali.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Semoga kita mampu berdoa dengan bersungguh-sungguh dan khusyuk. In sha Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Semoga Allah mendengar dan memakbulkan hajat dan doa yang kita panjatkan kepada Dia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
sebenarnya Allah suka tahu apa yang hambanya inginkan, salah satu cara menyampaikan apa yang kita inginkan ialah melalui doa.
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
Doa sememangnya satu kuasa yang hebat. Pernah memohon sesuatu ketika dulu, tak sampai 10 minit Allah sudah kabulkan. Betapa hebatnya kuasa Allah dan tidak dapat ditandingi oleh siapa siapa pun.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Alhamdulillah, apabila doa kita dimakbulkan dengan cepat, rasa bersyukur yang teramat.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Selain kita konsisten dalam berdoa, kita juga harus tahu waktu dan tempat yang mustajab untuk berdoa.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana pada waktu-waktu mustajab inilah doa kita akan dan pasti dimakbulkan oleh Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Antara waktu yang mustajab untuk berdoa ialah ketika hujan, ketika sepertiga malam dan ketika sedang bermusafir.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bahkan ada juga tempat-tempat yang apabila kita berdoa di situ, pasti Allah makbulkan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Contohnya, di depan Kaabah. Allahu Akbar, untung sekali mereka yang dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sesungguhnya berdoa di hadapan Kaabah, lain perasaannya ketika berdoa di tempat lain.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Dengan mudah sahaja hati kita tersentuh apabila memandang bangunan Kaabah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Dan juga sudah pasti mudah sekali untuk air mata ini gugur tatkala berdoa di hadapan Kaabah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
nak minta apa apa kena mintak dengan allah. dan allah akan tnjukkan jalan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Benar, hatta perkara yang kecil sekalipun, bergantung haraplah kepada Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Pemberi dan Maha Mengetahui segala apa yang berlaku.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Maka usah segan silu untuk meminta apa apa sekalipun dari Allah, Tuhan sekalian alam.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Apapun, pastikan apa yang kita minta itu adalah benda yang baik-baik sahaja.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kalau tak, mana mungkin Allah bisa memakbulkan doa kita yang tidak mengikut syariah itu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Mintalah kepadaKu dengan sabar dan solat.Allah dah berfirman.Jadi sebagai hambaNya bersolat dan berdoalah.Kita hanya perlu bersabar kalau permintaan kita belum lagi ditunaikan
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Benar sekali, sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin yang beriman kepada Allah. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tatkala kita solat juga, kita sebenarnya sedang memohon doa dari Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana setiap apa yang kita lafazkan itu, akan mengingatkan diri kita kepada Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Dalam berdoa juga kita sebenarnya telah melazimi zikrullah yang membuatkan kita teringat kepada Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Semoga apabila kita sentiasa mengungkapkan zikirullah, hati kita akan sentiasa tenang.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Apabila kita memperbanyak zikrullah juga, syaitan akan susah untuk mengganggu kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana syaitan itu suka sekali membisikkan sesuatu yang tidak baik kepada kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Dan hal itu akan membawa kepada perasaan was-was atau ragu-ragu dalam diri kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Perasaan was-was itu akan membuatkan kita rasa tak tenang untuk melakukan ibadah dan perkara lain.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Contohnya, apabila nak angkat takbiratulihram, ada yang sampai ulang takbir.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bahkan nak baca surah Al-Fatihah sekalipun kekadang timbul perasaan waswas yang datang dari syaitan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ya Allah ya Tuhanku, kau makbulkanlah doa para blogger yg ikhlas berkongsi ilmu dan berusaha untuk mencari rezeki dalam dunia blogger. Murahkanlah rezeki kami, jika rezeki kami jauh kau dekatkanlah. Jika rezeki kami sukar untuk diperolehi, kau mudahkanlah, amin.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Aaamin.Semoga tercapai hajat semua blogger. Ya Allah permudahkan la jangan la Kau sulitkan
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Semoga Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita dan memberikan kita kesabaran dalam menrima segala ketetapannya
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
Jika apa yg kita doakan belum dimakbulkan, jangan bersangka jahat pada Allah. kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
doa memang sangat hebat diselangi dengan usaha..yang paling penting doakan ibubapa kita..mahupun yang hidup dan yang dah meninggal dunia
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Doa juga merupakan senjata untuk umat Islam. Itulah senjata terakhir yg kita gunakan untuk melawan musuh.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
hanya pada allah tempat kita memohon. ingat allah masa susah dan senang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kebanyakkan manusia hanya ingat Allah bila ditimpa kesusahan. Apabila senang tidak ingat untuk bersyukur.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Siapa lagi yang kita mahu minta kalau bukan pada Allah. Sungguh Allah Maha Memberi Pertolongan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Selain kita berdoa untuk diri sendiri, kita boleh berdoa untuk sahabat2, guru2, ibu bapa dan kaum kerabat kita. Moga Allah melimpahkan kurnia dan kasih sayangnya kepada kita.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Ya. Bila Allah datangkan ujian kepada kita bermakna Dia rindu nak dengar rimtihan kita.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
hanya allah tempat kita memohon. ayat ini ada dalam surah al fatihah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.