Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kita selalu mengeloh apabila diuji dengan kesusahan. Sering menyalahkan sahabat dan keluarga tidak mehu membantu apabila kita dalam kesusahan. Sebenarnya segala kesusahan yang menimpa kepada kita adalah kerana kezaliman kita kepada diri kita.
Setiap perbuatan kita pada masa ini akan memberi kesan pada suatu masa di masa hadapan. Bermakna apabila kita susah sekarang pasti ada kesilapan yang kita lakukan suatu saat dahulu samada kita sedar atau tidak sedar.
Penjelasan ini telah sebut dalam Al Quran cuma kita yang tidak pernah ambil tahu atau kita tak pernag teringin nak membaca seperti maksud ayat 30 surah As Syura.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Setiap tindakan kita hari ini ada kesannya di masa akan datang contoh :
- Sebagai usahawan jika hari ini kita rajin promosi bisnis samada berbayar atau tidak berbayar pasti di hari-hari akan datang akan ada jualan. Kalau kita tidak melakukan iklan atau penjenamaan jangan harap bisnis akan berhasil di masa akan datang.
- Sebagai ibu apa jika hari ini kita mengajar ilmu dan disiplin yang baik-baik pada anak pasti besar nanti dia menjadi anak yang baik.
- Sebagai seorang suami atau isteri jika hari ini kita asyik goyang kaki layan FB tanpa aktiviti yang berfaedah tidak mustahil akan datang isteri atau suami akan lari sebab kurang kasih sayang dan duit memanjang tidak mencukupi.
- Sebagai seorang blogger jika hari ini kita malas nak update blog pasti esok lusa pembaca akan berpindah ke blog orang lain dan pengiklan pun tidak berminat untuk membayar perkhidmatan kepada blog kita.
Kita apa yang kita buat, setiap kesusahan adalah kerana kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri bukan kezaliman orang lain apatah lagi bukan kezaliman daripada ALLAH.
Amir Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
74 Comments
Sebab itu ada yang pesan, jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri dahulu. Tunjuk satu jari ke orang, 4 jari kembali tunjuk kepada diri sendiri.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Salahkan orang lain lagi senang, diri sendiri tiada salah macam 100% suci murni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
ya..saya rasa juga demikian..
lagi banyak dosa maka lagi banyak bencana yang kita terima
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Allah mensucikan dosa hamba hambanya dengan sakit, demam, barang rosak dan sebagainya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rancangan Beli Rumah Pertama
Mendalam artikel ini. Mungkin saya kena mula muhasabah diri supaya kehidupan akan datang dapat diperbaiki…amin…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
itulah yang sepatunnya untuk kita…
kita bermuhasabah diri dan nilai kesalahan yang kita pernah buat
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Biasanya kita anggap ia berpunca dari orang lain, tetapi kitalah yang jadi magnet bencana tersebut.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
Hukum sebab akibat, ape yang dah dibuat suatu saat kite tetap akan merasekan akibatnye. Dah pernah beberape kali pengalaman masalahnye.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Gara-Gara Menyulap Motor Dinasnya, Polisi Perbatasan Ini Dipanggil Jokowi ke Istana Negara
Benar sebab diri sendirilah yang jadi punca dan diri sendiri juga yang kena balik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Semua perkara yang berlaku adalah atas punca dari diri sendiri, selidik kesilapan dan haruslah insaf dan berusaha untuk mengatasi masalah atau kecuaian diri.
Curahan rasa Hasrul @ ..Tempat Menarik Di Tokyo: 10 Aktiviti Popular
ada sebabnya Allah berbuat demikian untuk ..moga memberi pengajaran dan iktibar
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
betul sekali apa yang diutarakan dalam artikel diatas, makasih untuk pencerahannya
Curahan rasa icp capsule @ ..Obat Herbal Jantung Komplikasi Tanpa Operasi
Allah nak tegur diri sendiri supaya sedar dan dapat ambil pelajaran supaya dapat peringatan untuk diri sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Proses Pembelian Rumah Subsale
cara Allah uji hambaNya ada pelbagai..
bagi susah atau bagi senang..
jika dapat salah satu daripadanya..redha sahaja la
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Demi Ukhuwah Blogwalking Tetap Diteruskan
Senang pun Allah uji, susah pun Allah akan uji juga pada manusia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
sedih bila lihat apa yang berlaku, yang akan mendapat kesannya adalah generasi kita akan datang
Curahan rasa raihanah @ ..Pengguna Shaklee Paling Rendah Risiko Diabetes / Kencing Manis
Ada sebab mengapa generasi hari ni tanggung kesilapan generasi terdahulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Comments are closed.