Kesusahan Adalah Ubat Kesenangan

Spread the love

Mengikut sejarah lama-lama dan kehidupan kita ni sekarang … tiada kejayaan dan kebahagian tanpa melalui kesusahan dan pengorbanan.

Kita ambil contoh Rasulullah yang perlu berjuang di Mekah dan berjaya setelah hijrah di Madinah. Apa sahaja di sebut kesusahan telah di lalui oleh Baginda semasa di Mekah .. dihina, dicederakan, dipulaukan, diserang, tidak makan berhari-hari dan sebagainya yang pasti tidak mampu untuk AKU lalui … Baginda adalah kekasih Allah tetapi masih diduga dengan pelbagai dugaan.

Kita lihat insan yang berjaya dalam politik, kerjaya, perniagaan dan sebagainya pasti melalui masa susah sebelum mereka berjaya. Bagi AKU kesusahan itu adalah ubat yang terbaik untuk kita jadi sihat dan berjaya. Lihat lah sekeliling kita … ubat itu mesti rasanya pahit dan tak sedap. Tapi kalau yang sedap seperti gula dan makanan yang sedap-sedap berlemak tu pasti akhirnya mengakibatkan penyakit yang pelbagai jika diambil berlebihan.

Begitu juga keadaan negara kita ni jika dipandang dari sudut yang berbeza … kita sudah senang lenang bertahun-tahun. Sekarang ini diduga dengan kesusahan untuk kejayaan yang lebih baik sekiranya Pemimpin & Rakyat Malaysia boleh melalui dengan sabar dan melakukan tindakan-tindakan yang wajar… Tetapi jika tidak maka ini akan menjadi bencana kejatuhan suatu Bangsa Malaysia. Janji Allah bahawa dia hanya akan menguji umatnya atas kemampuannya untuk menanggung ujian tersebut…Allah tidak akan menguji apa yang tidak mampu kita lalui.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

208 Comments

    1. apa yang membuat kalimat itu menjadi sistim budaya yang walaupun hanya sekedar ucapan gampang mengoh, tak lain dan tak bukan hanyalah pengaruh external dari fitrah manusia tadi.

  1. Saya boleh kata, org yg menetap dlm kotak hdup penuh dgn alasan. Janji sering tinggal janji. Ala..janji melayu. Saya bukan menghina bngsa sendri, tp sbb saya hdup di kalangan bgsa sndri dan inilah sikap2 yg ada pd bgsa ini. Sungguh bosan dgn segelintar org yg begini.

  2. Biar susah harini, tp utk kesenangan masa akan dtg. Masa ni, org yg terkurung dlm kotak, meronta2 nk kluar bkn sbb nk duduk di luar kotak dan terus maju, tp meronta2 nk kluar nk tumpang senang je.

  3. Sedih melihatkn org2 yg sudahla hanya mahu duduk dlm kotak lamanya, malahan sibuk berusaha gigih mencacatkn kotak baru org lain. Kalau boley mahu saje saya sealed kotak org itu supaya tidak gngu org2 yg telah berada di luar kotak.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Indonesia MerdekaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!