Kesilapan ketika solat Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.

Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.

1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s
mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s

3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.


Spread the love

158 Comments

  1. Adalah satu tindakan yang bijak dan baik apabila Johor kembali bercuti pada hari Jumaat. Sebenarnya bekerja pd hari Jumaat walaupun tiada halangan dlm Islam, tetapi ianya banyak mengganggu ibadat kita pada hari Jumaat apabila terbatas dgn jadual waktu kerja sehingga menghalang dari merebut ganjaran besar dan berganda untuk solat Jumaat.
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rateMy Profile

  2. Alhamdulillah, saya suka dengan bos DenaiHati kerana memastikan hadis itu diperiksa semula oleh ustaz supaya tiada kesilapan ketika mentakhrijkan hadis. Sepatutnya semua blogger ikuti cara ini supaya maklumat salah tidak disebarkan di blog memasing, apatah lagi ia berkaitan kata-kata dan perbuatan nabi ini.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  3. Kepada yang datang masjid untuk tunaikan Solat Jumaat, jangan lupa untuk bawa duit untuk bersedekah. Tak perlu marah-marah orang yang tak edarkan tabung, kerana selepas habis pusingan tabung tu pun, sesiapa sahaja boleh menderma. Bawa seringgit dua dan ajar anak masing-masing agar belajar menderma ke masjid
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  4. Solat Jumaat ni, perempuan pun boleh datang sekali. Tetapi itu kalau ada ruang untuk mereka solat. Seharusnya diutamakan lelaki dulu. Jika ada ruang, maka tidak salah perempuan datang solat Jumaat. Jika ada perempuan datang solat jumaat, jangan rasa pelik kerana walaupun ia bukan wajib untuk mereka, tetapi mereka boleh lakukan.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  5. Antara tuntutan pada hari Jumaat adalah membaca surah al-Kahfi, ia amalan sunnah yang jelas digalakkan oleh Nabi Muhammad. Oleh itu, sebaiknya sebelum datang solat Jumaat tu, kita dah habis baca surah al-Kahfi. Kerana selepas Jumaat, kita akan berehat di rumah bagi yang cuti hari Jumaat, dan sambung sibuk bekerja bagi mereka yang tak cuti pada hari Jumaat

  6. Saya juga puji kepada imam dan khatib yang membuat inisiatif menyediakan powerpoint, ianya membuatkan isi khutbah lebih mudah dihadam. dan saya bertambah respek imam yang boleh berkhutbah tanpa membaca teks, dengan nada yang turun naik, bukannya mendatar yang membosankan. Bukan mahu lawak, tetapi mengharapkan cara khutbah yang lebih bagus. Supaya hati kita lebih terkesan dan tiada orang mengantuk
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  7. Satu lagi, sebaiknya kita menunaikan solat Jumaat di masjid kawasan kita, bukannya masjid kawasan lain. Ini kerana setiap tempat solat jumaat disyaratkan 40 orang bermastautin, oleh itu ambillah ingatan ini, terutamanya jika penduduk kampung atau kawasan anda cuma sekitar 100-150 orang sahaja lelaki.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  8. Sedih juga sebab pernah lihat penjaga kedai mahupun budak remaja yang baru selesai makan di kedai mamak, sedangkan solat Jumaat baru sahaja selesai (baru beberapa minit). Ia menunjukkan mereka tidak solat Jumaat, sedangkan sudah jelas mereka duduk di mukim tersebut, bukannya sedang bermusafir pun.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  9. Saya cukup pantang mereka yang datang solat Jumaat tetapi membawa smartphone. Tinggalkanlah di rumah kerana anda tak telefon sesiapa pun ketika solat Jumaat. Dibimbangi ia hanya mengundang jemaah fokus kepada smartphone pula. Apatah lagi jika deringannya berbunyi kerana terlupa nak turn off. Nak keluar jumaat tu, sekejap je. Bukan lama pun. Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi. Maka hendaklah fokus ketika menyahut panggilan Ilahi.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  10. Kalau kawan sebelah tidur sambil berdengkur (ada kes pernah berlaku), cuitlah dia supaya tersedar, asalkan jangan keluarkan suara kita. Sebabnya berdengkur tu sahaja mengganggu ramai jemaah sekitarnya, dan ia juga mengaibkan. Maka cuitlah sambil tidak hilang fokus kepada khutbah yang disampaikan
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  11. Saya sarankan sesiapa yang nak datang solat Jumaat hendaklah berpakaian kemas, bukannya sekadar baju dalam Pagoda, atau sekadar pakai seluar sukan. Bukan tak boleh, tetapi sebaiknya pakailah seperti kita nak menghadap Allah. Sedangkan nak datang meeting atau majlis dengan orang kenamaan pun pakai kot dan berpakaian istimewa, takkan depan Allah pencipta segalanya ~ kita tak nak jaga penampilan kita?
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!