Kesilapan ketika solat Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.

Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.

1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s
mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s

3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.


Spread the love

158 Comments

  1. Selalu lihat ada budak-budak pergi makan di kedai makan bersebelahan masjid, sebelum waktu azan Jumaat dilaungkan. Masalahnya adalah waktu diorang makan tu, terlalu dekat dengan waktu azan, dan dibimbangi waktu bayar makanan tu adalah ketika sudah masuk azan Jumaat. Sedangkan Nabi menegah sesiapa berjual beli ketika ibadah Jumaat
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  2. Satu lagi cara nak elak tidur ketika Jumaat, adalah dengan berada di saf hadapan atau sekurang-kurangnya lebih dekat dengan saf hadapan. Dengan cara ini, kita akan fokus melihat wajah khatib memberikan khutbah, bukannya dengan tunduk ke bawah atau ke tiang, yang hanya akan menghanyutkan kita ke dunia mimpi. Huhu
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  3. Terdapat juga larangan oleh para ulama’ dalam bab memotong kuku. Walaupun ianya sunnah sebelum datang ke solat Jumaat untuk potong kuku, tetapi jangan potong kuku ketika dalam perjalanan ke masjid atau ketika dekat-dekat waktu Jumaat. Dibimbangi ia akan melewatkan kita ke masjid, sedangkan pahala datang awal itu lebih besar dan potong kuku boleh dilaksanakan kemudian.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  4. Ketika khutbah disampaikan, cara nak elak tidur ada beberapa cara, antaranya dengan memikirkan dengan teliti akan isi khutbah disampaikan. Dengan cara ini, fikiran kita tidak cepat hilang fokus dan tidak akan tidur. Saya juga ada sebut tadi supaya tidur sebentar sebelum datang ke solat Jumaat
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  5. Saya tak kata saya ni sempurna. Cuma saya senaraikan kesalahan demi kesalahan yang kita lakukan ketika Jumaat adalah sebagai peringatan kepada semua, termasuk kepada diri saya sendiri juga. Ada kala kite terleka sehingga tidak fokus kepada isi khutbah yang disampaikan. Sebaiknya akal fikiran juga kena fokus
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  6. Bermain-main dengan telefon ketika khutbah disampaikan, adalah satu lagi sikap yang dibenci oleh Rasulullah. Bayangkan ketika zaman baginda, bermain-main dengan batu kecil pun nabi dah tegur. Nabi tegur terang-terang secara terus walaupun khutbahnya sedang diperdengarkan. Lihat, betapa nabi tak suka sikap bermain-main dengan benda lain ketika khutbah
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  7. Satu lagi, kekadang kita ni terlupa satu lagi perkara. Alang-alang datang ke masjid, jangan lupa beriktikaf. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berniat sahaja. Selagi anda tak keluar masjid, selagi tu pahala berterusan dapat. Sayang tak amalkan, sedangkan ia hanya perlu niat sahaja
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  8. Yang bertambah geram, bapak budak dan mereka yang dah dewasa pun masih buat perangai sama duduk di atas motorsikal. Apabila imam solat sehingga ke memberi salam, serta-merta terdengar bunyi motorsikal berderu keluar. Cepat benar kamu keluar, imam baru je beri salam!
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  9. Yang aku geram dengn sebahagian kecil jemaah masa Hari Jumaat ni, adalah budak-budak yang duduk atas motorsikal. Haish, carilah tempat dalam masjid, sebab kalau duduk kat luar ni, nanti jadi tempat sembang je. Pahala Jumaat mu sudah tersia-sia begitu sahaja. Sedih dan geram
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

  10. Selain itu, sikap tidak berwangi-wangian dengan minyak wangi atau atar adalah satu lagi perkara yang dipandang ringan oleh jemaah pada hari Jumaat. Bukankah nabi suka kepada wangi-wangian, dan ia menyenangkan diri dan jemaah yang berdiri di sebelah kita. Asalkan baunya tidaklah menusuk hidung yang melampau.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai BloggerMy Profile

    1. Betul tu. Kalau sekali pandang, nampak je perkara ni remeh. Tapi yang remeh itulah yang kita selalu buat. Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Walaupun wawa ni perempuan, tapi tak salah klau wawa nak menegur kawan/ayah/adik/abg sendiri yang melakukan kesilapan ketika solat jumaat dengan cara baik.
      Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDAMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!