Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan STAM abang sangat baik. Impian di hati nak sambung belajar ke Universiti Madinah semuga menjadi kenyataan. Memilih universiti untuk sambung belajar sangat penting kerana ia akan menentukan hajat di hati untuk mendapat kerjaya impian tercapai.
Pemilihan universiti perlu bantuan daripada Ibu bapa dan guru-guru supaya pelajar lepasan STAM, SPM dan STPM tidak tersalah pilih. Aku dahulu tidak terpilih untuk ke universiti impian hati dan akhirnya dengan rela memilih untuk masuk ke UKM. Akhirnya belajar lain, bekerja lain dan berkerjaya lain.
Kepada adik-adik yang masih ragu dengan kerjaya yang ingin diceburi mungkin boleh menonton program kerjaya impian yang di siarkan oleh Astro Tutor pada setiap hari Jumaat yang boleh dijadikan panduan untuk memilih kerjaya mengikut bidang yang berdaya saing..
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).
Pemilihan kerja sudah banyak berubah berbanding tahun-tahun kebelakangan kerana perubahan teknologi yang terlalu cepat. Zaman kami dulu tidak pernah terbayang kerjaya sebagai usahawan blogger, usahawan Affiliate, usahawan Facebook, usahawan instagram, usahawan Hartanah, usahawan ubat kuat lelaki atau usahawan emas apatah lagi seperti sekarang berbagai kerjaya baru yang bakal ditampilkan dalam program kerjaya impian musim kedua.
Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman. Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, keusahawan minyak dan gas dan pelbagai lagi.
Ramai juga yang mempunyai kerjaya impian di zaman belajar tetapi semuanya tinggal kenangan kerana perubahan masa. Kerjaya boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga sebelum menceburi diri dalam dunia perniagaan. Aku sangat menghargai pengalaman berkerja sebagai anggota kerajaan selama lebih 6 tahun dan kemudian berhijrah ke dunia perkerjaan swasta. Kedua-dua pengalaman berbeza yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang blogger dan usahawan.
Apakah kerjaya impian anda? Impian aku nak jadi Usahawan Online Jutawan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya impian samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini[/box]
142 Comments
Kerjaya impian saya adalah menjadi pemain bola bertaraf pro dan bermain untuk Man Utd. Saya rasa ia sebenarnya boleh dicapai jika saya lebih matang masa zaman kanak-kanak dahulu. Kemahuan sahaja tidak mencukupi jika tiada usaha dan keyakinan diri. Ok, saya ada usaha cuma memang amat tidak mencukupi.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Undang-Undang Liwat Di Malaysia
hehehe… ini kerjaya impian terbaik bro, kalau tak mesti dapat tgk anak malaysia main dengan rooney 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Jika Tak Lulus Peperiksaan SPM
Kita perlu pandai merancang bagaimana untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan ketika masih belajar.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
dah rancang sejak zaman belajar, sampai sekarang masih belum tercapai, mesti ada silap kat mana-mana kan…
Curahan rasa puteraduyong @ ..Alhamdulillah PU Azman Dapat Sijil Pentauliahan
Ya, setiap orang mempunyai impian kerjaya selepas belajar. Yang penting usaha & keazaman untuk mencapainya. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Hahaha… memang dah jadi kebiasaan la nih… lain yang kita belajar… lain laks kerjaya kita.. apa2 pun kita kena pandai dalam mencorak masa depan kita.
http://supernifzvitamin.com/masalah-period-tidak-teratur/
semua mesti berdoa supaya dapat kerja impian mereka yang halal dan diridhai oleh Allah SWT
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)
pastikan hubungan dengan Allah adalah baik, nescaya apa yang kita lakukan akan jadi baik.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Jaafar Onn Dieksploitasi Dalam Video Ugut Bunuh KPN
dulu MJ takde la ada impian kerjaya sangat masa belajar, yg ada hanya nak kerja dan nak dapat gaji, tp akhirnya perancangan kita lain, yg jadi lain..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Cerita Spray Rambut Prosante Suamiku
impikan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara dalam apa juga keadaan.
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
semoga berjaya mencapai impian menjadi insan berguna kepada agama bangsa dan negara ye.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Masjid Muhammadiah Masjid Yang Unik
impian tidak disusul dengan usaha pastinya tinggal impian tanpa pencapaian…
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang perbaiki diri
kadang-kadang lain yang kita impi, lain yang kita dapat..walau apa punMJ percaya yg tu adalah peluang yang bukan mudah kita nak dapat dan biasanya lebih baiklah sebenarnya. macam dulu MJ berhasrat nak bekerja hingga pencen tapi siapa sangka di usia 30an dah boleh pencen. kita merancang Tuahn menentukan.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bila Suami Merokok, Isteri Mula Merajuk, Kesihatan Bayi Merosot
rezeki di mana-mana, dan Insya’Allah akan ada sekiranya kita kuat berusaha. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
sangat setuju, memang rezeki Allah itu sangat luas, yang penting kita pandai mencari rezeki tersebut.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Chelsea Juara Piala Liga Inggeris Benam Tottenham 2-0
Kerja mmg susah skrg. Jadi perlu buat persediaan lebih awl lg utk masa dpn
Curahan rasa LUKMAN @ ..KISAH SYAITAN MEMBANTU PEMUDA KE MASJID
betul2, paling penting kena rancang dari awal. dan jgn bergantung dengan satu-satu peluang pekerjaan saja.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Memang susah untuk dapatkan kerjaya impian selepas taman belajar. Antara tips yang saya boleh kongsikan adalah pencarian mesti dimulakan sewaktu masih belajar lagi. Fokus dengan bidang yang diminati dan cari tempat latihan industri yang sesuai dengan bidang berkenaan. Mana tau ada rezeki boleh terus diserap terus menjadi pekerja tetap..
Curahan rasa Latihan Industri 2015 @ ..Internship at High Growth Education Startup
benar, semasa belajar lagi kita sudah boleh merancang kerjaya dan fokuskan apa bakal kerja yang kita mahu selepas tamat belajar nanti.
Curahan rasa Tim Infokerjaya @ ..100 Soalan Yang Biasa Ditanya Dalam Temuduga
kerja impian.
macam-macam nak jadi.
tapi yang utama, nak ada family yang baik dan kerjaya yang stabil.
kena banyak usaha lagi.
Curahan rasa hannan rifqi @ ..Pengalaman menghadapi Peperiksaan MUET
kadang-kadang dalam dunia macam skrg ni, sijil bukan jaminan kita boleh dapat kerja tetap. ap yg penting ialah usaha dan tidak putus asa. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..[E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*
time skolah rendah nak jadi cikgu, time skolah menengah nak jadi akauntan..selepas dah 4 tahun jadi akauntan, akhirnya saya memilih untuk tetap dan berpencen dengan kerjaya pengurus rumahtangga..
Anak2 dan suami lebih memerlukan saya di rumah..im hepi!!
Curahan rasa faezahjalil @ ..Ostematrix tablet kalsium mudah telan yang digemari ramai!
puan hebat kerana mengorbankan kelulusan yang anda untuk menceburi kerjaya di alam rumah tangga.
Curahan rasa Tim Infokerjaya @ ..Sambungan 100 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga
kerjaya sebagai pengurus rumahtangga ni memang terbaik, dapat melihat anak membesar dengan lebih rapat.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati
dulu masa lepas belajar tak pernah terfikir nak menjadi seorang blogger dan juga ibu yang bekerja dari rumah..peredaran masa, kehendak dan keadaan membuatkan ia berubah..walau apa pun happy sebab buat perkara yang kita suka..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Leg Cramps (Kejang Kaki) Waktu Hamil
kita cuma mampu usaha, rezeki Allah nak bagi yg mana itu hak Dia. yg pasti ianya terbaik untuk kita. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Minat bidang secretary..tp dihalang oleh ibu. Jadi amiklah engineering.
keja 7 tahun kat semi gomen company sebelum full time online bussines.
Nampaknya lebih serasi di jiwa sebab time sngt adjustable untuk anak-anak, alhamdulillah.
Curahan rasa maria @ ..Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi
dekat ofis pun sama, ada kawan dah kerja tetap dah. tapi sanggup berhenti untuk jaga anak sambil buat bisnes online. boleh tahan jgk pendapatannya. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Comments are closed.