Keputusan SPM 2015 Kakak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam Sejahtera, calon SPM 2015 terutama Kakak pasti berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada 3/3/16. Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh semak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Sms

Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

  • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 03.03.16.

semak keputusan SPM 2013

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online

Sila klik Sistem Semakan Online Keputusan SPM 2015 Lembaga Peperiksaan.

Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2015 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan. Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

famili Denaihati kembara afrika selatan

Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.


Spread the love

82 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!