Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti 1Malaysia berdebar-debar menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Taiwan kali kedua untuk menentukan pasukan negara mana yang lebih layak ke pusingan seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia 2014.
Malaysia bertandang ke Taiwan dengan kelebihan 2-1 tetapi bukan satu jumlah jaringan yang selamat kalau tidak dipertahankan bersungguh-sungguh. Kepincangan pasukan Harimau Malaysia lebih ketara apabila ramai pemain utama Malaysia yang cedera dan yang pasti Safee Sali tidak akan dapat diturunkan.
Mari kita 1Malaysia mendoakan supaya pemain kita kuat semangat dan berjaya membawa Harimau Malaysia ke pusingan seterusnya untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 sehingga berjaya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia di Brazil.
Jom kita tengok Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 kedua antara Malaysia menentang Taiwan secara LIVE di Stadium Twitter bermula jam 7.00pm waktu Malaysia, mudah je letak keywords Malaysia vs Taiwan di kotak search dan rakan blogger akan dapat update setiap saat.
Keputusan Malaysia menentang Taiwan : 2 – 3 (4 – 4) Malaysia layak dengam away goal.
Malaysia akan menentang Singapore untuk pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 iaitu perlawanan pertama di Singapore pada 23 Julai 2011 dan perlawanan kedua di Malaysia pada 28 Julai 2011.
47 Comments
Tahniah diucapkan diatas kemenangan…Malaysia boleh
Mencabar jugak nak lawan S’pura ni sebab dia byk pemain luar.
Tp dgn taktik dan teknik yang betul Malaysia boleh menang.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2
harapan kembali cerah…
Tahniah Malaysia tetapi kelemahan perlu di baiki semula…
Curahan rasa Miecyber @ ..Tebuan Tanah Menyertai Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
betul tu… terutama bahagina pertahanan..
macam kucar kacir sikit..
Curahan rasa kasimo @ ..[Contest] Hadiah Topup RM10 tu milik siapa?
apa-apa pun Malaysia Boleh!!!
Curahan rasa wazy @ ..Mumble less Monday #6: a2VyamEgb2gga2VyamE=
penalti yang penuh kontroversi..cm haram!!
Itu lah tak sepatutnya
Curahan rasa denaihati @ ..Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011
betul tu… refree vietnam tu cari nahas tu…
Malaysia Boleh!!
tahniah kpd pasukan harimau malaya kerana berjaya mara ke pusingan kedua. semoga pasukan ni mcatatkn keputusan yg lebih baik pada pusingan seterusnya. apa2pun, jgn lupa menyaksikn GERGASI EROPAH LIVERPOOL FC menentang pasukan Malaysia pd 16hb july nti…
majulah sukan bolasepak untuk negara… you’ll never walk alone…
tahniah kpd pasukan harimau malaya kerana berjaya mara ke pusingan kedua. semoga pasukan ni mcatatkn keputusan yg lebih baik pada pusingan seterusnya. apa2pun, jgn lupa menyaksikn GERGASI EROPAH LIVERPOOL FC menentang pasukan Malaysia pd 16hb july nti…
majulah sukan bolasepak untuk negara… you’ll never walk alone… cheers…
Tahniah Harimau Malaya…smoga dpt kalahkan singapura pula. Teruskan perjuangan.
terlepas match ni tadi.. dengar2 je riuh kat cafe.. satu pencapaian yg bagus.. ramai cakap reff bias.. hehe
Curahan rasa Izwan @ ..Blogger Newbie Pikat Hati Pengguna Smartphone
terlalu bias la.sampai 3 penalti dia bagi.paling aku tak puas ati penalti ke 3 tu…
Curahan rasa pacifista @ ..Insentif Tunai Untuk Trafik @ Denaihati
Tahniah kepada pasukan Malaysia.
Nak lawan singapore tu, semoga boleh menang. Saiz lebih kurang lagi tu.
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Your best blogging advice
singapore ni ramai pemain ‘import’.senang je nak buat tu.bagi je kerakyatan kat diorang.confirm boleh masuk AFC ni.’pengelat’…
Curahan rasa pacifista @ ..Insentif Tunai Untuk Trafik @ Denaihati
diorg main pentingkan kemenangan… tu yg sapu pemain impot…
Malaysia main demi Negara…. Malaysia Boleh…
Curahan rasa GreenApple @ ..Sharbinee Allawee selamatkan sepakan penalti – Syabas
Skuad ini masih muda dan perlu masa dan pengalaman untuk menjadi matang. Perlawanan antara Malaysia vs Taiwan adalah pengajaran berguna kepada Malaysia supaya tidak pandang mudah pihak lawan dan mengurangkan kesilapan mudah hingga pihak lawan diberi 3 sepakan penalti
Macam tidak percaya sahaja Taiwan dihadiahkan 3 penalti. Sharbinie penjaga gol Malaysia bertindak cemerlang dengan menangkis 1 sepakan penalti.
Curahan rasa akubiomed @ ..Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011
Memang mendebarkan bila pasukan taiwan asyik dapat tendangan penalti.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..CONTEST GEMPAK DLSL 2011 : Jom Serta
Comments are closed.