Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru kemaskini “biodata Denaihati“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang nak berkongi tips untuk mengurus dan mengandakan duit, pasti ramai yang suka dengan tajuk begini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Khutbah Jumaat baru-baru ini khatib berkongsi ilmu betapa pentingnya mengurus duit dan hutang. Ramai yang gagal dalam hidup hanya kerana gagal menguruskan duit dan hutang. Untuk belajar ilmu menguruskan duit boleh ikut berbagai seminar kewangan yang dianjurkan oleh berbagai organisasi. Ketua keluarga selain mesti belajar cara menguruskan kewangan juga perlu didik keluarga uruskan duit dan mesti berkongsikan status hutang semasa kepada keluarga.
Khatib membaca ayat 47 surah Yusof yang maksudnya :
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”
Belajar menguruskan duit dari Nabi Yusof
Sangat penting ilmu urus DUIT ini yang ramai dikalangan kita terlepas pandang dan akibatnya sangat teruk. Pada hal kisah mengurusan ekonomi dan kewangan sudah disebut dalam Al Quran sejak 1400 tahun dahulu. Malahan kisah Nabi Yusof menguruskan ekonomi negara sudah berlaku ribuan tahun lebih awal seperti yang disebut dalam ayat 55 Surah Yusof yang maksudnya :
Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya“.
Bagus sangat kalau kita boleh baca maksud dan fahamkan Surah Yusof berulang-ulang kali kerana dalam kisah tersebut kita diajar bagaimana untuk bekerja bersungguh-sungguh selama tujuh tahun dan membuat persediaan untuk menghadapi musim kemarau selama tujuh tahun akan datang.
Bisnis yang kita uruskan juga pasti akan melalui suasana yang sama, ada musim buah yang lumayan hasilnya dan juga pasti ada musim gugur yang kering semua daun-daunnya. Untuk bertahan lama, ketika musim buah jangan dimakan semua buahnya, perlu disimpan sebahagian untuk persediaan dimusim kering dan lebih hebat bukan setakat simpan malahan tanah bijinya untuk mengandakan hasil apabila tiba musim buah yang lain.
Kisah Kegagalan kawan-kawan mengurus duit
Beberapa hari lepas Abang bertemu sahabat yang pernah menjana pendapatan sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan dari bisnis online tetapi kini terpaksa bekerja kuat semula untuk menaikkan balik bisnis yang sudah jatuh. Katanya kelemahan paling ketara tidak dapat menguruskan duit yang masuk banyak setiap bulan. Duit habiskan dibelanjakan pada perkara yang tidak penting kerana menyangka duit yang banyak akan sentiasa diperolehi sampai bila-bila. Bukan setakat tiada ilmu menguruskan duit, ilmu nak mengandakan duit lansung zero.
Abang sudah jumpa ramai kawan-kawan yang begini, berjaya dalam berbagai jenis bisnis sehingga bergelar jutawan tapi tak lama kemudian jatuh tersembam mencium bumi. Ada yang jadi lebih miskin daripada sebelum berbisnis dan menanggung hutang yang sangat banyak. Statistik memang menunjukkan ramai sangat anak-anak muda yang muflis setiap hari. Sebab paling utama tidak pandai menguruskan duit.
Menguruskan dan mengandakan duit
Ramai diantara kita yang buat-buat tahu ilmu urus DUIT apabila ditanya tetapi akhirnya kecundang. Ilmu urus duit memang ramai sangat yang lemah apatah lagi ilmu mengandakan duit dari keuntungan bisnis jadi dua, tiga, empat kali lipat lagilah zero.
Setakat ini majoriti usahawan muda yang Abang jumpa bukan sahaja lemah ilmu menguruskan duit juga tidak ada ilmu nak gandakan duit yang telah diperolehi daripada bisnis mereka. Bisnis bukan sekadar fikir bagaimana nak untung 30 – 40 % sahaja tetapi lebih penting bagaimana untuk jadikan keuntungan itu berganda-ganda untukk persiapan tujuh tahun musim kemarau seperti yang disebut dalam Surah Yusof.
Anda pandai mengurus duit dan mengandakan duit jadi berganda-ganda?
Dalam tulisan sebelum ini Abang ada kongsikan cara mengandakan duit berdasarkan pengalaman sendiri. Ada banyak cara berbeza mengikut pengalaman sahabat-sahabat yang lain. Semua kaedah betul yang penting hasilnya mesti tercapai.
Video menarik untuk keluar dari kesesakkan hidup
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
64 Comments
Setuju dengan pendapat tuan. Untung yang banyak dalam bisnes tidak menjamin kesejahteraan selamanya
Jika tidak diuruskan dengan baik, pelbagai masalah akan timbul Malah lebih serius jika melibatkan kewangan keluarga
Zaman sekarang memang ramai anak muda yang muflis, lagi-lagi yang baru masuk ke alam pekerjaan & tidak pandai mengurus duit untuk masa depan
Curahan rasa Hidayah Azman @ ..5 MAKANAN NAIKKAN HB KETIKA MENGANDUNG
Betul.. pesanan ini juga saya tujukan buat diri saya yang tidak konsisten dalam pengurusan kewangan..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Adakalanya nafsu dan keinginan sukar untuk dibendung sehingga menyebabkan kita terjerumus berbelanja melebihi daripada kemampuan..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
bisnes kalau untung pun tak menjamin kesenangan. itulah betapa pentingnya pengurusan yg bijak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Terima kasih Tuan atas entri yang awesome ni! Terbaik sgt!
Curahan rasa Farah Alina @ ..Wajib Baca : Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung
yang muda muda ni lemah sangat. sebab banyak terpengaruh dgn kawan2 yang bergaya. dia pun nak bergaya jgk
Curahan rasa nikkhazam @ ..Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Kerana pandai uruskan duit, untung berniaga boleh jadi berlipat kali ganda.
Arwah ayah lepas pencen, beliau tolng jiran jual telur itik jeruk. Untung adalah dalam beberap ringgit untuk sebekas.
Alhamdulillah, dalam setahun dua gitu, boleh kumpul jadi 4 angka dan boleh topup duit pergi haji dengan mak.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Cara Rawat Penyakit Kencing Tikus Yang Boleh Bawa Maut
Benar, bila ada pelanggan yang berpuas hati, mereka akan cadangkan pada kawan kawan dan buat tempahan sekali lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
ya..kalau pandai urus duit..
hidup akan sempurna..
itulah nak nak saya usahakan sekarang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti
Betul tu setuju… boleh jadikan Abang Ensem sebagai contoh. Beliau bijak mengurus duit sehingga mampu menjadi antara ikon pelaburan hartanah terbaik di Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Dalam ekonomi sekarang bukan masalah mengurus. tetapi masalah untuk mendapatkan barang yg murah. Kuasa membeli makin kecil.
Nabi Yusof menjadi menteri ekonomi di zamannya. Sebelum itu tingkat kesabaran Yusof diuji dengan begitu hebat termasuk dibuang oleh saudaranya di dalam perigi dan berpisah jauh dari ayahnya Nabi Ya’akub. Kesabaran Yusof harus menjadi contoh buat kita.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Toreh Batang Pokok Akasia Untuk Dapatkan Getah Al-Manna
InshaAllah tengah berusaha ke arah itu. Jom sama sama usaha
Samalah kita..
Saya pun sedang berusaha ke arah itu..
Good luck!!
Semoga kita sama2 berjaya mengurus dan menggandakan duit..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
tengah berusaha untuk memantapkan kemasukan duit..
konsep mudah ialah:
banyak masuk > keluar sikit = terbaik
sikit masuk > keluar banyak = naya
hehehe
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti
Duit..oh…duit….banyak duit pun susah,tiada duit lagi susah…apalagi kalu tidak pandai mengurus…..
Terima kasih dengan info Abang.
Betul tu! Duit bisnes ni kita tak bole belanja kehendak, kene grow grow grow kembangkan untuk prolong effect yang lebih stabil
Curahan rasa Syakilla @ ..5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan
Benar, belanja untuk kembangkan bisnes seperti iklan berbayar tak mengapa, sebab ia akan bawa masuk keuntungan pada syarikat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Calon Simpanan Separa Perubatan
Biar pun dilanda inflasi setiap tahun, wang tidak boleh diperam begitu sahaja. Harus ada jalan untuk melipatgandakan nilainya supaya dapat digunakan untuk masa hadapan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya
Menarik juga kalau ada perkongsian ilmu tentang kepentingan dan mengandakan duit terutama untuk masa hadapan macam ni
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Alhamdulillah…33 tahun Yang Penuh Bermakna Buat Diriku
Insha allah mahu juga menimba ilmu mengandakan dengan bertentang mata dengan tuan apabila ada peluang.
Curahan rasa onlajer @ ..Pengalaman membeli mesin basuh Auto terbaik dengan harga murah
Setuju Tuan. Bisnes yang masyuk bukan jaminan hidup dah ok. Duit dari bisnes kena urus dan kembangkan.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Betulkah Nenas Tak Boleh Makan Semasa Mengandung?
Comments are closed.