Kenapa Abang Denaihati jadi Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Denaihati mula menulis blog seawal akhir 90 an ketika itu guna platform Skybiz kemudian Geocities dan Empire dream sebelum berpindah ke Blogspot dan sekarang Wordpress. Tujuan awal dulu menulis nak asah bakat menulis dengan betul dan mengekalkan momentum membaca. Semakin lama Abang mendalami ilmu blog semakin nampak peluang yang sangat besar.

Kalau nak cerita memang panjang lebar peluang besar yang Abang nampak dan pasti tak ramai yng sudi nak baca. Antara blogger idola Abang dari dulu sampai sekarang adalah blogger dari Australia, Problogger. Abang masih berangan nak jadi macam dia dan blog Abang nak jadi macam blog dia, tapi belum tercapai lagi.

Beberapa bulan lepas Abang berpeluang hadir satu majlis anjuran Google Malaysia. Lebih 500 jemputan tapi usahawan digital Melayu tak sampai 50 orang. Google kata dari data terkini dari 31.7 juta penduduk Malaysia, 25 juta online. Daripada 25 juta tersebut, 92% mencari semua informasi untuk kehidupan dan bisnis di carian Google. Pastilah Abang antara yang termasuk dalam statistik 92% tersebut mencari dan memberi informasi.

Peratusan statistik ini sama dengan apa yang Abang nampak sejak bertahun dulu. Memang tak salah Abang jadi Blogger dan masih kekal jadi blogger dimasa orang lain sibuk menulis di sosial media yang laim terutama Facebook. Abang pun tulis kat Facebook kemudian pindahkan catatan ke blog seperti artikel ini.

Bayangkan apabila 92% dari 25juta mencari segala informasi di Google tetapi tak jumpa bisnis atau produk atau servis yang anda jual di page pertama Google. Apa akan berlaku kepada bisnis anda di masa depan? Sebab itu semakin banyak syarikat yang menggunakan khidmat blogger terutama blogger yang ada ramai pembaca untuk memastikan produk mereka sentiasa berada dalam carian Google.

Majoriti blogger di Malaysia kurang minat menguruskan blog secara profesional dan ini merupakan peluang sangat besar untuk team Denaihati Network memposisikan diri dalam dunia siber yg pantas berubah. Kepada yang berminat nak belajar menguruskan blog secara profesional sehingga ada aplikasi iOS dan android seperti blog Denaihati, sila email ke admin@denaihati.com.

Bagaimana pula misi anda Blogger Malaysia?

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

53 Comments

  1. boleh tak blogger pemula macam saya ikut comment kat sini? hihihi.
    nice info kak, i will write betterlah lepas baca post kakak ni :p

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!