Kenapa Abang Denaihati jadi Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Denaihati mula menulis blog seawal akhir 90 an ketika itu guna platform Skybiz kemudian Geocities dan Empire dream sebelum berpindah ke Blogspot dan sekarang Wordpress. Tujuan awal dulu menulis nak asah bakat menulis dengan betul dan mengekalkan momentum membaca. Semakin lama Abang mendalami ilmu blog semakin nampak peluang yang sangat besar.

Kalau nak cerita memang panjang lebar peluang besar yang Abang nampak dan pasti tak ramai yng sudi nak baca. Antara blogger idola Abang dari dulu sampai sekarang adalah blogger dari Australia, Problogger. Abang masih berangan nak jadi macam dia dan blog Abang nak jadi macam blog dia, tapi belum tercapai lagi.

Beberapa bulan lepas Abang berpeluang hadir satu majlis anjuran Google Malaysia. Lebih 500 jemputan tapi usahawan digital Melayu tak sampai 50 orang. Google kata dari data terkini dari 31.7 juta penduduk Malaysia, 25 juta online. Daripada 25 juta tersebut, 92% mencari semua informasi untuk kehidupan dan bisnis di carian Google. Pastilah Abang antara yang termasuk dalam statistik 92% tersebut mencari dan memberi informasi.

Peratusan statistik ini sama dengan apa yang Abang nampak sejak bertahun dulu. Memang tak salah Abang jadi Blogger dan masih kekal jadi blogger dimasa orang lain sibuk menulis di sosial media yang laim terutama Facebook. Abang pun tulis kat Facebook kemudian pindahkan catatan ke blog seperti artikel ini.

Bayangkan apabila 92% dari 25juta mencari segala informasi di Google tetapi tak jumpa bisnis atau produk atau servis yang anda jual di page pertama Google. Apa akan berlaku kepada bisnis anda di masa depan? Sebab itu semakin banyak syarikat yang menggunakan khidmat blogger terutama blogger yang ada ramai pembaca untuk memastikan produk mereka sentiasa berada dalam carian Google.

Majoriti blogger di Malaysia kurang minat menguruskan blog secara profesional dan ini merupakan peluang sangat besar untuk team Denaihati Network memposisikan diri dalam dunia siber yg pantas berubah. Kepada yang berminat nak belajar menguruskan blog secara profesional sehingga ada aplikasi iOS dan android seperti blog Denaihati, sila email ke admin@denaihati.com.

Bagaimana pula misi anda Blogger Malaysia?

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

53 Comments

  1. Betul bang dengan blog InshaAllah mudah untuk kita berbisnes terutama dengan teknik SEO.Cuma ketika ini google adwords mula mengambil tempat.Teknik SEO tak wajib lagi janji ada duit beriklan di google adwords.

  2. saya semakin terkesan dengan panggilan abang denaihati..macam mesra banget tuh..

    oh ya..penglibatan awal saya menjadi blogger sejak tahun tahun 2012 kerana pengaruh blog denaihati..

    semakin lama jadi blogger baru sedar blog ialah usaha jangka panjang..kalau boleh blog nak diwarisi kepada anak jika kita dah ‘gol’..he..he..
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Aplikasi Duit Itu Tipu Kalau….My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!