Kenangan Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014

Spread the love

Assalamualaikum Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin Allah s.w.t, Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 8 Mac 2014 dengan kehadiran seramai 350 orang yang bertempat di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ini adalah kali yang ke-3 diadakan semenjak tahun 2012 lagi. Tahniah kepada mereka yang turut serta dalam majlis ini bagi memeriahkan majlis tersebut.

Sepetang Bersama Blogger 2014

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Sukari Bin Ab. Hamid yang mewakili YBHG. Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi memenuhi jemputan dari Denaihati Network untuk bersama-sama dengan warga blogger. Selain itu juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada penaja utama SBB & Yeo’s 2014, pihak Yeo’s Malaysia dan penaja bersama yang lain iaitu Lazada Malaysia, Ephyra, Mynic Berhad, Ummi Umairah, Al Ansar Health, dan Segi Seri Sdn Bhd.Tidak lupa juga kepada penaja-penaja sampingan lain yang turut menaja hadiah-hadiah buat cabutan bertuah iaitu Mymustaffa.org, Nadot.my, Amanz.my, Bachplussize, Kedaicotton.com, Lagenda otak-otak, Anjungjelita.com, Ciklaili.com, Pendekarberkuda.org, Bella Dona Shop, Littlescarf collection, Iluvtour.com, Gaya Travel, Air Asia, Jamu Ratu Malaya, ServerFreak, Halimbrothers.com, Ustaz Noehas dan mereka-mereka yang tidak mahu namanya disenaraikan. Penghargaan buat mereka semua di atas dari Denaihati Network.

Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014

Pelbagai kenangan dan memori telah pun tercipta sempena Majlis  Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 ini buat team Denaihati dan sudah pasti juga kepada rakan blogger yang hadir. Dari awal lagi  majlis ini telah pun mendapat sambutan yang hangat dari mereka di luar sana dengan proses pendaftaran hanya sempat dibuka seminggu, kesemua tempat  telah pun dipenuhi malah ada juga yang membuat rayuan kepada team Denaihati untuk menyertai majlis ini.

Sudah pasti selepas sahaja SBB & Yeo’s 2014 ini berakhir, ikatan ukhuwah antara sesama blogger menjadi rapat. Perkenalan di alam maya sebelum ini tidak cukup untuk mengenali antara satu sama lain, disebabkan itulah Denaihati Network mewujudkan platform untuk para blogger berhimpun. In Syaa Allah dengan pertemuan sesama rakan blogger di majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka. Pertukaran kad nama antara blogger juga boleh dijadikan sebuah kenangan buat mereka untuk membina hubungan yang lebih besar lagi, itulah pentingnya ‘Networking’ atau jaringan di alam maya.

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014

Memori yang paling manis pula ialah bilamana beberapa orang top blogger di Malaysia sudi untuk berkongsi pengalaman dan kisah mereka di hadapan 350 orang yang sedia menanti dan dahagakan ilmu, tips juga informasi dari mereka. Bermula dengan perkongsian dari blogger Ben Ashaari, sudah tentu rakan blogger mengenali blogger ini dengan kisah anaknya yang selalu diceritakan di blognya. Kemudian, buat julung kalinya blogger dari Niche Hartanah iaitu saudara Shafie Bustan yang terkenal di dalam pelaburan hartanah turut hadir untuk berkongsi ilmu dengan semua. 2 blogger yang berkongsi kisah  berlainan dalam blog mereka tetapi mempunyai matlamat dan misi dalam dunia blog.

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014

Selain itu juga, kenangan yang paling manis di SBB 2014 ini ialah apabila Tuan Hj Amir ataupun dikenalai dengan nama Denaihati tampil naik ke pentas sebagai Moderator bagi sesi forum yang mana 3 top blogger dari berlainan niche untuk berkongsi kisah mereka pula. Bermula dari ‘The Singing Blogger’, En. Zarul Husin kemudian disusuli pula dengan top blogger wanita yang  tidak asing lagi dalam dunia blog iaitu Redmummy dan seterusnya ‘Malay Food Blogger’, En Hazman Fadzil.

Penghargaan juga kepada salah seorang panel dari Lazada iaitu Mr Nicola Fusco dari Italy yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini, lebih-lebih lagi beliau sudi naik ke pentas untuk berkongsi ilmu dengan rakan blogger yang lain. Ephyra juga turut menampilkan duta mereka iaitu Norman dan Memey.

Nikola Fusco panel dari Lazada

En Sukari Ahmad memberi ucapan di Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014

Kalau diamati ada beberapa kelainan yang terdapat dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger kali ini jika dibandingkan dengan 2 majlis terdahulu. Tahun ini boleh dikatakan majlis ini adalah majlis yang besar kerana Denaihati Network mendapat kerjasama dari beberapa organisasi yang besar seperti Yeo’s dan penaja penaja lain seperti yang disebutkan di atas. Alhamdulillah, Denaihati Network selangkah lagi maju kehadapan untuk tahun 2014 ini.

Majlis ini juga tampak lebih berbeza kerana adanya beberapa slot permainan dari Yeo’s untuk peserta pada hari tersebut. Ini merupakan salah satu inisiatif yang baik buat peserta yang hadir untuk menghiburkan mereka dengan pengisian permainan ini dan bukan itu sahaja, malah mereka yang menang juga dalam permainan tersebut akan diberi hadiah. Secara tidak langsung dengan adanya permainan-permainan ini, kita dapat lihat lebih dekat lagi kemesraan sesama blogger di atas pentas dan sikap kerjasama sesama mereka.

Pelbagai hadiah yang telah diberikan kepada peserta yang bertuah antaranya gajet seperti iPhone 5s, iPhone 5c, iPad Mini, Motorola Moto G, hadiah pakej percutian, hadiah tiket penerbangan ke Krabi, dan pelbagai lagi. Semua ini hanya untuk peserta-peserta yang hadir ke majlis ini dan bagi mereka yang bertuah Denaihati Network mengucapkan tahniah.

Kenangan manis juga sudah pasti terpahat di dalam hati 2 blogger dari seberang, Indonesia  yang ditaja khas oleh pihak Air Asia untuk hadir ke majlis yang gilang gemilang ini. Ini membuktikan bahawa walaupun berlainan negara, tetapi kita dalam satu dunia yang sama turut memberi sokongan kepada rakan blogger di negara yang lain. In Sya Allah semoga jalinan persahabatan ini akan terus berkekalan sehinggan akhir hayat walaupun jarak memisahkannya.

Lebih manis lagi ialah apabila Denaihati memenangi Best Micro Blog 2014 pada Majlis Sosial Media Malaysia 2014 tempoh hari. 3 tahun berturut-turut Blog Denaihati memenangi anugerah di MSMW dalam kategori yang berbeza iaitu Best Blog of the year 2012 dan Most Creative blog 2013. Pencapaian yang memberangsangkan dan semoga kita semua diberikan kejayaan dan keberkatan dalam apa jua urusan yang kita lakukan.

Anugerah yang dimenangi oleh Denaihati di MSMW Awards

Sekalung penghargaan kepada Team Denaihati yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini

Jutaan terima kasih kepada team Denaihati yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini tidak lupa juga kepada sukarelawan yang membantu kami sepanjang majlis ini berjalan. Semoga majlis SBB 2014 ini akan memberi manfaat kepada yang hadir juga kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Semoga berjumpa di majlis yang akan datang, In Syaa Allah.

Antara gambar-gambar yang menggamit kenangan di SBB 2014, terima kasih kepada Iluvtour sebagai jurugambar rasmi :

[customgallery]


Spread the love

76 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Tahniah team Denai Hati diatas kejayaan menganjurkan majlis yang sangat bermanfaat kepada bloggers2@keyboard warrior yang secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan.

    Semoga Team Denai Hati success dan dipermudahkan segalanya, insya Allah…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!