Kenaikan tol membebankan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar ringgit berbanding US dollar yang semakin meningkat sehingga mencecah RM4.40 masa paling tidak sesuai untuk kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya di Malaysia. Bayangkan akibat daripada nilai ringgit yang semakin tinggi eQurban Resources kehilangan beratus ribu ringgit yang sepatutnya diinfaqkan kepada saudara Islam miskin tetapi lesap kepada money changer.

Lebuhraya-Utara-Selatan-PLUS-Hari-Raya-Aidilfitri-2015

Alasan kerajaan untuk menggunakan kenaikan kadar tol untuk menampung pembangunan negara tidak sesuai kerana ketika rakyat sedang semput ekonomi bukan pembangunan yang diharapkan. Rakyat mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan bukan menambah kesengsaraan kehidupan.

Kadar tol baru lebuh raya Malaysia

Kadar asal – kadar baru. (% kenaikan)
SILK: RM1 – RM1.80 (+80%)
DUKE: RM2 – RM2.50 (+25%)
MEX (Salak): RM1.50 – RM2 (+33%)
MEX (Putrajaya): RM2.50 – RM3 (+20%)
KLK (Gombak): RM5 – RM6 (+20%)
KLK (Bentong): RM3 – RM3.50 (+17%)
LATAR (Ijok): RM2 – RM2.50 (+25%)
NPE (Pantai Dalam & PJS 5): RM1.60 – RM2.30 (+44%)
BESRAYA: RM1.30 – RM 2 (+54%)
AKLEH: RM1.50 – RM 2.50 (+67%)
GUTHRIE: RM1.40 – RM1.90 (+36%)
LKSA (S.Muda): RM1.20 – RM1.70 (+42%)
LKSA (A.Impian): RM0.60 – RM0.90 (+33%)
SMART: RM2 – RM3 (+50%)

Kesengsaraan pengguna lebuh raya di rumah tol yang selalu tersangkut dengan menggunakan smartTag baru bermasalah tiada siapa yang ambil kisah. Adakah dengan kenaikan kadar tol akan dapat menyelesaikan masalah smartTag baru yang bermasalah tetapi aku rasa tidak akan ada siapa yang kisah.


Spread the love

382 Comments

  1. kita harus melihat dari dua sisi, memang bagi orang miskin akan terbebani oleh kebijakan ini.
    Namun uang dari bayar tol akan digunakan untuk rakyat miskin juga..

  2. Kami memang telah merasa beban dengan segala kenaikkan. Rakyat terpaksa menanggung segala malah GST setiap hari. Harapan mengharapkan kerajaan membantu dengan mengurangkan yuran persekolahan dan perubatan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!