Assalamualaikum dan salam sejahtera, pengalaman perjalanan kembara rohani menjadi tetamu ALLAH adalah refleksi kepada kehidupan yang kita lalu sepanjang hidup selama ini.
Tiada kepuraan yang boleh diselindungi siapa diri kita sebenar kepada manusia apatah lagi kepada ALLAH. Kalau kita pemarah maka kita adalah pemarah. Kalau kita penyabar kita adalah penyabar. Kalau kita perungut maka kita akan terus merungut. Kalau kita suka berkhidmat maka kita akan terus berkhidmat. Kalau kita suka ber al quran maka kita akan terus ber al quran. Kalau kita suka berpeleseran maka kita akan terus berpeleseran. Mencari dunia maka dunialah yang dapat.
Tetapi bukan tiada ruang untuk memperbaiki diri kerana dengan kembara rohani inilah yang kurang baik akan jadi baik dan yang baik akan jadi lebih baik apabila kita redha dengan pemberian dan rezeki yang susah dan senang sebagai tetamu ALLAH. Ketika duit tiada nilai dan segala lintasan hati akan menjadi kenyataan bagaikan keajaiban tidak pernah terfikir.
Merasa diri tiada apa melainkan kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa dengan perancangan yang terindah. Ketika langit terbuka luas hamba yang kerdil tersungkur sujud merendah diri tiada nilai diri di sisi ALLAH walau harga tinggi segunung sebagai hadiah kepada yang mendapat hidayah. Telah terbukti ramai yang mampu berhijrah sebagai balasan keikhlasan pergorbanan mencari ALLAH. Begitu juga kelak di akhirat semua akan terpampang tanpa kepura-puraan kalau kita tidak bersedia untuk berhijrah di dunia nyata.
Dunia maafkan aku untuk semua kealpaan, kebodohan, kesombongan, keegoan, keborosan, kenafsuan, kejelikan dan segala dosa kata manusia yang pasrah dan bersyukur kerana terpilih mengembara kusut masai ke alam rohani yang penuh misteri.
Maafkan aku manusia, Maafkan aku ALLAH.
Salam Aidiladha. Maaf Zahir Batin.
Abang Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
8 Comments
MasyaAllah indah dan tenang suasan disana
Harapnya tertunai jugalah hasrat saya kesana akan datang nanti
Curahan rasa nurmisnan @ ..Seminar Facebook percuma
Allah saja yang tahu betapa teringinnya hendak menjejakkan kaki ke tanah suci itu…
Curahan rasa yangbaik @ ..Perkongsian : Tempoh Makan Daging Korban
Alhamdulillah.. Tahniah tuan haji Amir kerana satu di jemput untuk menjadi tetamu Allah.. doakan semoga saya juga berpeluang ke sana satu hari nanti.
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
In shaa Allah… semoga lambaian itu sampai kepada kita dan dipermudahkan urusan kita ke sana kelak…
Curahan rasa yangbaik @ ..Gunakan dengan jalan betul
in-sha Allah.
akan pergi juga satu hari nanti untuk jadi tetamu Allah.
Semoga kita semua akan dijemput jadi tetamunya pada satu hari nanti.
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 722-796
Ya. In shaa Allah, satu hari yang pasti kita akan menjadi tetamuNya juga.
Curahan rasa yangbaik @ ..Muhasabah diri
alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat menjejakkan kaki di sana…moga dapat haji yang mabrur. Doakan saya juga dapat ke sana ye 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja 2017-2018
sungguh bertuah abang Denaihati dapat menjejak kaki ke Tanah Haram buat ke sekian kali..semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya.
Curahan rasa JMR @ ..Anak Tiru Aksi Sekeliling.
Comments are closed.